(((أنا المهديّ المنتظر فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر..)))
الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
11 - 09 - 2007 مــ
11: 12 م
ـــــــــــــــــــــــــــــــ
أنا المهديّ المنتظر فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر ..
Aku Adalah Al-Mahdi Al-Muntazar; Maka Sesiapa Yang Mahu Percaya, Silakan; Dan Sesiapa Yang Mahu Ingkar, Biarlah Dia Mengingkarinya..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جميع الأنبياء والمُرسلين ومن تبعهم بإحسان وكل شاهدٍ بالحقّ أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له في الأولين وفي الآخرين ولا يُفرق بين أحدٍ من رُسله ودعا إلى الله وعمل صالحاً وقال إنني من المُسلمين، أما بعد..
Sholawat serta salam tetap terlimpahkan ke atas seluruh para nabi dan rasul beserta pengikut mereka yang baik lagi setia, juga ke atas sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang yang terdahulu maupun orang-orang yang terkemudian yang menyatakan dengan kebenaran, bahawasanya tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, tidak membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain, serta menyeru ke jalan Allah sedang dia beramal sholeh dan mengatakan sesungguhnya aku ini termasuk kalangan orang-orang yang berserah diri,
amma bad'u..
يا معشر علماء الأمّة، إني أنا المهديّ المنتظر خليفة الله على البشر من أهل البيت المُطهّر الإمام ناصر محمد اليماني، أشهدُ أن لا إله إلا الله وأن نوحاً رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن إلياسَ رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن هوداً رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن صالحاً رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن إبراهيمَ رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن يونسَ رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن شُعيباً رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن يوسفَ رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن موسى رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن داوودَ رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن المسيح عيسى ابن مريم رسول الله، وأشهد أن لا إله إلا الله وأن محمداً رسول الله وخاتم النبيين إلى النّاس كافة، ولا أفرق بين أحدٍ من رسُل الله وأنا من المُسلمين.
Wahai sekalian alim-ulama umat, sesungguhnya aku adalah Imam Mahdi Al-Muntazhar, khalifah Allah bagi seluruh manusia yang berasal dari ahlul bayt yang suci, Imam Nasser Mohammed Al-Yamani.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Nuh adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Ilyas adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Hud adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Sholeh adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Ibrahim adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Yunus adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Syu'aib adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawaNabi Yusuf adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Musa adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Daub adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Al-Masih Isa putera Maryam adalah utusan Allah.
Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, penutup para nabi yang diutus kepada seluruh manusia.
Tidaklah aku membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain dan aku termasuk di kalangan orang-orang yang berserah diri..
ويا معشر عُلماء أمّة الإسلام من الذين قالوا إن الله فضّل محمداً رسول الله بقولهم فأضاف اسمه إلى اسمه بقولهم أنه لا ينطق أحد بكلمة التوحيد لا إله إلا الله إلا ونطق باسم رسول الله فيقول: "وأن محمد رسول الله"، أفلا ترون بأنّكم قد فرّقتم بين رسُل الله فحذفتم الشهادة لهم بالرسالة فلا تُضاف الشهادة إلى شهادة كلمة التوحيد إلا الشهادة لمحمدٍ رسول الله صلّى الله عليهم وسلّم أجمعين؟ فإذاً جعلتم هذه الشهادة حصرياً لاسم محمد رسول الله بقولكم أنه لا يُذكر اسم الله بكلمة التوحيد إلا وأضيف اسم محمد رسول الله ((لا إله إلا الله محمد رسول الله))، فإذا كان حسب زعمكم أن ذلك ليس إلا لمحمدٍ رسول الله إذاً كفرتم بالشهادة بالحقّ لجميع رُسل الله وفرّقتم بين رُسله وأنتم لا تعلمون أنكم أخطأتم خطأ كبيراً، فوقعتم في الكُفر برُسل الله بسبب المُبالغة والتعظيم لمحمدٍ رسول الله، وقد نهاكم أن تعظموه بغير الحقّ، بل وأشركتم بالله كونكم ترجون من محمدٍ رسول الله الشفاعة لكم بين يدي الله، فهل ترون محمداً رسول الله أرحم بكم من الله أرحم الراحمين؟ فضللتم عن صراط العزيز الحميد كما ضل النّصارى من قبلكم وبالغوا في المسيح عيسى وأمّه بغير الحقّ.
Wahai seluruh alim-ulama umat Islam, di antara orang-orang yang mengatakan bahawa Allah telah memberi keutamaan dan kelebihan kepada Muhammad Rasulullah, dengan ucapan mereka bahawa nama beliau disertakan pada nama-Nya, dengan mengatakan bahawa tidak seorangpun mengucapkan kalimah tauhid
لا إله إلا الله
'Tidak ada tuhan yang berhak disembah selain Allah'
melainkan pastilah nama Rasulullah akan turut disebut dengan berkata
"وأن محمدا رسول الله"
'dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah'.
Tidakkah kalian sadar bahawa sesungguhnya kalian telah membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain, dengan menyisihkan dan meniadakan syahadah untuk para rasul serta kesaksian terhadap perutusan mereka, hinggakan kesaksian tidak ditambahkan pada syahadah kalimat tauhid melainkan kesaksian terhadap perutusan Muhammad Rasulullah
-صلّى الله عليهم وسلّم أجمعين-
?
Jika demikian, sungguh kalian telah menjadikan syahadah ini hanya terbatas kepada nama Nabi Muhammad Rasulullah, dengan ucapan kalian bahawa tiadalah disebut nama Allah dengan kalimat tauhid melainkan pasti disertakan pula nama Muhammad Rasulullah
((لا إله إلا الله محمد رسول الله))
Sekiranya ia seperti yang kalian duga, bahawasanya tiadalah yang demikian itu melainkan hanya untuk Nabi Muhammad Rasulullah SAW, maka sebenarnya kalian telah mengingkari kesaksian yang benar bagi seluruh utusan Allah.
Kalian telah membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul-rasul yang lain, sedang kalian tidak menyadari bahawa kalian telah melakukan kesalahan yang besar, dan jatuh terjebak dalam pengingkaran terhadap para utusan Allah, disebabkan berlebih-lebihan dan terlampau ta'dzim terhadap Nabi Muhammad Rasulullah.
Padahal baginda telah mencegah kalian dari berlebih-lebihan dan terlampau ta'dzim terhadap baginda SAW tanpa ada alasan yang benar, bahkan kalian telah menyekutukan Allah kerana kalian mengharapkan syafa'at dari Nabi Muhammad Rasulullah untuk kalian di hadapan Allah.
Apakah kalian mengira bahawa Nabi Muhammad Rasulullah mengasihi kalian lebih dari Allah yang paling pengasih di antara para pengasih
?
Kalian telah tersasar dari jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, seperti tersasarnya umat Nasrani sebelum kalian yang telah berlebih-lebihan memuji Al-Masih Isa serta menyatakan terhadapnya dan ibunya tidak dengan alasan yang benar.
ويا معشر المُسلمين، إنه لا يؤمن أكثركم بالله إلا وهم مشركون بربّهم عبادَه المُقربين، فتعبدونهم ليقربوكم إلى الله زُلفى فيشفعوا لكم بين يديه إلا من رحم ربّي منكم، وأصبح مثلكم كمثل الذين يعبدون الأصنام فيدعونها من دون الله، وهل تعلمون ما هو سرّ عبادة الأصنام؟ إنها أساس بادئ الرأي تماثيلٌ لعباد الله المُقربين فيضل سرّ عبادتها بين الأجيال فيقولون إنّا وجدنا آباءنا كذلك يفعلون، فيردون علم ذلك لآبائهم الأولين وأنهم أدرى بسرّ عبادة هذه الأصنام، وقد أفتاكم الله في القرآن أنها تماثيل لعباد الله المقربين والمُكرمين في أجيال الأمم. وقال الله تعالى: {قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِهِ فَلَا يَمْلِكُونَ كَشْفَ الضُّرِّ عَنكُمْ وَلَا تَحْوِيلًا ﴿56﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ ربّهم الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ ربّك كَانَ مَحْذُورًا ﴿57﴾} صدق الله العظيم [الإسراء].
Wahai seluruh kaum muslimin, bahawasanya kebanyakan dari kalian tidaklah beriman kepada Allah melainkan mereka dalam keadaan mempersekutukan Tuhan mereka dengan menyembah hamba-hamba Allah yang didekatkan pada-Nya.
Kalian menyembah mereka agar mereka mendekatkan kalian kepada Allah dengan sedekat-dekatnya, supaya kelak mereka memberi syafaat kepada kalian di hadapan-Nya -kecuali sesiapa yang dirahmati Tuhanku di kalangan kalian-.
Lalu jadilah perumpamaan kalian itu seperti perumpamaan orang-orang yang menyembah berhala yang berdoa dan berharap kepada berhala sesembahannya, selain dari berharap kepada Allah.
Adakah kalian mengetahui rahasia dari pengagungan dan penyembahan terhadap berhala
?
Sesungguhnya penyembahan terhadap berhala itu berdasarkan ikut-ikutan dari singkat dan dangkalnya pemikiran yang kagum terhadap patung-patung hamba Allah yang didekatkanNya, sehingga cara penyembahan yang keliru lagi menyesatkan ini terus menerus diikuti dari generasi ke generasi seterusnya.
Mereka mengatakan bahawa sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami berbuat seperti itu, lalu berserah dan mengembalikan pengetahuan terhadap yang demikian kepada bapak-bapak mereka yang terdahulu, kerana mereka tahu asal usul bermulanya pengagungan dan penyembahan terhadap patung-patung berhala ini terjadi.
Padahal sesungguhnya Allah telah menyatakan di dalam Al-Qur'an bahawa patung-patung berhala ini sebenarnya adalah (gambaran/ukiran) hamba-hamba Allah dari umat terdahulu yang didekatkanNya lagi dimuliakanNya.
Allah Ta'ala berfirman:
Katakanlah(wahai Muhammad kepada kaum musyrik): Serukanlah orang-orang yang kalian dakwa (boleh memberi syafaat) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kalian dan tidak dapat memindahkannya. (56)
Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mereka mencari jalan untuk mendekatkan diri kepadaTuhannya (dengan beribadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (57)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]
بمعنى أنها تماثيل صوّروها لعباده المكرمين من بعد موتهم وكُل منهم لا يعلم بأنهم قد صنعوا له تمثالاً من بعد موته ويدعونه من دون الله وإلا لنهوهم عن ذلك، ولكن المُبالغة بغير الحقّ في أحد عباده المكرمين تكون من بعد موتهم وهم لا يعلمون. وقال الله تعالى: {وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ أَنتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ ۚ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ ۖ وَقَالَ شُرَكَاؤُهُم مَّا كُنتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ ﴿28﴾ فَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ إِن كُنَّا عَنْ عِبَادَتِكُمْ لَغَافِلِينَ ﴿29﴾} صدق الله العظيم [يونس].
Maknanya, patung-patung itu sebenarnya adalah merupakan gambaran / ukiran yang mereka buat untuk mengenang hamba-hamba Allah yang mulia setelah kewafatan mereka.
Semuanya (hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya) tidak mengetahui bahawa orang-orang itu telah membuatkan patung untuk kenangan setelah mereka tiada lalu kemudian berdoa kepada patung itu selain Allah.
Sekiranya hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya itu masih hidup, pastilah mereka telah mencegah orang-orang itu berbuat demikian.
Akan tetapi, terlampau ta'dzim dan berlebih-lebihan mengagungkan tanpa kebenaran itu hanya akan berlaku setelah kematian orang-orang mulia tersebut, di mana mereka sama sekali tidak tahu-menahu tentang perkara itu.
Allah Ta'ala berfirman:
[Ingatlah]suatu hari [ketika itu] Kami mengumpulkan mereka semuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan [Tuhan]:"Tetaplah kamu dan sekutu-sekutumu di tempatmu itu". Lalu Kami pisahkan mereka dan berkatalah sekutu-sekutu mereka:"Kamu sekali-kali tidak pernah menyembah kami. (28)
Dan cukuplah Allah menjadi saksi antara kami dengan kamu, bahwa kami tidak tahu-menahu tentang penyembahan kamu [kepada kami]".(29)
Maha Benar Allah
[Yunus]
ولكن الذين كانوا يعبدون عباد الله المقربين ليقربوهم إلى الله زلفى كذلك يوم القيامة يرجون منهم الشفاعة. وقال الله تعالى: {هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِنْ قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بالحقّ فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ فَيَشْفَعُوا لَنَا أَوْ نردّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ قَدْ خَسِرُوا أَنفُسَهُمْ وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ} صدق الله العظيم [الأعراف:53].
Akan tetapi orang-orang yang menyembah dan mengagungkan hamba-hamba Allah yang soleh, yakni hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya ini, mereka ini bertujuan agar hamba-hamba Allah yang soleh ini dapat mendekatkan diri mereka dengan lebih dekat lagi di sisi Allah.
Demikian juga di hari kiamat kelak, mereka mengharapkan syafaat dari hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya ini.
Allah SWT berfirman:
Tiadalah mereka menunggu-nunggu kecuali [terlaksananya kebenaran] Al Qur’an itu. Pada hari datangnya kebenaran pemberitaan Al Qur’an itu, berkatalah orang-orang yang melupakannya sebelum itu: "Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa yang hak, maka adakah bagi kami pemberi syafa’at yang akan memberi syafa’at bagi kami, atau dapatkah kami dikembalikan [ke dunia] sehingga kami dapat beramal yang lain dari yang pernah kami amalkan?" Sungguh mereka telah merugikan diri mereka sendiri dan telah lenyaplah dari mereka tuhan-tuhan yang mereka ada-adakan. (53)
Maha Benar Allah
[Al-A'raaf]
ولكنهم لا يرونهم بينهم لأنهم ليسوا مثلهم كافرين ولا مشركين بل عباد مكرمين. وقال الله تعالى: {وَلَقَدْ جِئْتُمُونَا فُرَادَىٰ كَمَا خَلَقْنَاكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَتَرَكْتُم مَّا خَوَّلْنَاكُمْ وَرَاءَ ظُهُورِكُمْ ۖ وَمَا نَرَىٰ مَعَكُمْ شُفَعَاءَكُمُ الَّذِينَ زَعَمْتُمْ أَنَّهُمْ فِيكُمْ شُرَكَاءُ ۚ لَقَد تَّقَطَّعَ بَيْنَكُمْ وَضَلَّ عَنكُم مَّا كُنتُمْ تَزْعُمُونَ ﴿94﴾} [الأنعام].
Akan tetapi mereka (hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya) ini, tidak dapat melihat para penyembah dan pengagung itu ada di antara mereka.
Ini kerana keadaan mereka (hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya) itu, tidaklah seperti para penyembah dan pengagung yang kafir, mereka juga bukanlah orang-orang yang menyekutukan Allah, bahkan mereka adalah hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya dan didekatkan-Nya.
Firman Allah SWT:
Dan sesungguhnya kalian pasti datang kepada Kami sendiri-sendiri sebagaimana kalian Kami ciptakan pada mulanya, dan kalian tinggalkan di belakang kalian [di dunia] apa yang telah Kami kurniakan kepada kalian; dan Kami tiada melihat beserta kalian pemberi syafa’at yang kalian anggap bahwa mereka itu sekutu-sekutu Tuhan di antara kalian. Sungguh telah terputuslah [pertalian] antara kalian dan telah lenyap daripada kalian apa yang dahulu kalian anggap [sebagai sekutu Allah].(94)
Maha Benar Allah
[Al-An'aam]
ومن ثم يزيل الله بينهم فيريهم شركاءهم لكي يسمعوا ردّهم فإذا هم يكفرون بعبادتهم ويكونون عليهم ضداً. وقال الله تعالى: {وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا مَكَانَكُمْ أَنتُمْ وَشُرَكَاؤُكُمْ ۚ فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ ۖ وَقَالَ شُرَكَاؤُهُم مَّا كُنتُمْ إِيَّانَا تَعْبُدُونَ ﴿28﴾ فَكَفَىٰ بِاللَّـهِ شَهِيدًا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ إِن كُنَّا عَنْ عِبَادَتِكُمْ لَغَافِلِينَ ﴿29﴾} صدق الله العظيم [يونس].
Demikianlah Allah memisahkan antara mereka, dan memperlihatkan mereka kepada sekutu-sekutu mereka, supaya mereka dapat mendengar respon dari sekutu-sekutu mereka (yang mereka agungkan) dahulu, yang pastinya mengingkari penyembahan serta pengagungan mereka kerana para sekutu (yang mereka agung-agungkan) itu sama sekali berbeza dengan mereka.
Firman Allah Ta'ala:
[Ingatlah]suatu hari [ketika itu] Kami mengumpulkan mereka semuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan [Tuhan]:"Tetaplah kamu dan sekutu-sekutumu di tempatmu itu". Lalu Kami pisahkan mereka dan berkatalah sekutu-sekutu mereka: "Kamu sekali-kali tidak pernah menyembah kami. (28)
Dan cukuplah Allah menjadi saksi antara kami dengan kamu, bahwa kami tidak tahu-menahu tentang penyembahan kamu [kepada kami]". (29)
Maha Benar Allah
[Yunus]
ويا معشر البشر إني أنا المهديّ المنتظر خليفة الله على البشر أدعوكم أن تعبدوا الله ربّي وربّكم وحده لا شريك له فلا تشركوا به شيئاً، واعلموا بأن الله لا يغفر أن يشرك به، واعلموا أنه لا يؤمن أكثركم إلا وهم مشركون بربهم عباده المقربين، فقد بيّنا لكم ذلك وفصّلناه تفصيلاً من الكتاب لأولي الألباب، وهل يتذكر غير أولوا الألباب أهل العقول المفكرة والمستنيرة؟
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku-lah Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu, Khalifah Allah untuk sekalian manusia. Aku seru kalian agar menyembah Allah Tuhanku dan Tuhan kalian yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, serta janganlah kalian menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
Ketahuilah oleh kalian semua, bahawasanya Allah tidak mengampunkan dosa menyekutukan-Nya, dan ketahuilah oleh kalian bahawasanya tidaklah beriman kebanyakkan dari kalian, melainkan mereka dalam keadaan syirik terhadap Tuhan mereka, dengan pengagungan dan penyembahan mereka terhadap hamba-hamba Allah yang sholeh.
Sesungguhnya kami telah terangkan yang demikian ini kepada kalian dengan sejelas-jelasnya dari Al-Quran bagi Ulul-Albab (orang-orang yang empunya pemikiran), adakah lagi yang dapat mengambil pelajaran selain mereka (ulul albab) yang ahli berfikir lagi mempunyai pemikiran yang cemerlang ini
?
وإني أحذركم يا معشر اليهود والمسلمين والنّصارى والنّاس أجمعين أن تشركوا بالله شيئاً، وأنذركم ببأس شديد من لدُنه ولا أدري ما يصنع الله بكم بعد ألف ساعة قمرية من ليلة السبت ليلة ميلاد هلال شوال 1428 فيهلك من يشاء منكم أو يؤخره إلى أجل مُسمى إن شاء.
Sesungguhnya aku peringatkan kalian wahai sekalian Yahudi, kaum Muslimin, kaum Nasrani dan manusia seluruhnya agar tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
Aku peringatkan kalian dengan siksaan yang dahsyat dari sisi-Nya, dan aku tidak tahu apa yang akan Allah perbuat terhadap kalian selepas lewat seribu saat Qomariyah sejak dari malam Sabtu, malam kelahiran hilal Syawal tahun 1428 Hijriyah.
Sama ada Dia akan membinasakan sesiapa yang Dia inginkan, ataupun Dia akan memberinya tangguh, sehingga sampai waktu yang ditetapkan, jika Dia menghendaki yang demikian.
وسوف أقول لكم شيئاً يا معشر المُسلمين لماذا تنكرون أمري فلا كذبتم ولا صدقتم ولا تزالون في ريبكم تترددون، فيخشى أحدكم أن يشهد بأني المهديّ المنتظر ومن ثم لا يتبين للناس أني المهديّ المنتظر فيخزى، بل الخزي عليّ وحدي وليس عليه من الخزي شيئاً، وإن كنت كاذباً فعلي كذبي ولكن إذا كنت صادقاً فأين المفرّ يا من تكذبون بشأن المهديّ المنتظر خليفة الله على البشر من أهل البيت المُطهر؟ أدعوكم أن تعبدوا الله كما ينبغي أن يُعبد، فمنكم من يلعن المهديّ المنتظر ومنكم من يصفني بالجنون، وأي صاحب منتدى يترك في منتداه ردَّ من يلعن المهديّ المنتظر ناصر محمد اليماني فهو ملعون لأن الراضي كالفاعل إلا إذا لم يكن يعلم بأن أحداً لعنني أو شتمني فلا ذنب على الذي لو علم بذلك لحذفه من منتداه، وأعلم أنّ بعض من أصحاب المنتديات يترك الذين يلعنون المهديّ المنتظر ناصر محمد اليماني لأنه يخشى غير الله ويقول في نفسه سوف أترك من يشتمه ليكون ذلك حجّة لي ليعلموا بأني لست مُقتنع به كوني تركت خطابه في منتداي، وأن لو كنت مقتنعاً بأنه المهديّ المنتظر لما تركت ردّ الذين يلعنونه ويشتمونه، وإن تبين أنه المهديّ المنتظر فسوف يكون لي فخر أن أكون من الذين شاركوا بنشر الخبر من قبل الظهور. فأقول له: اسمع يا هذا وتالله ما تركت خطابي إلا لأنك تخشى أن أكون المهديّ المنتظر، وما دمت تركت ردود الذين يلعنوني ويشتموني فليس لك من الأجر شيئاً، والراضي كالفاعل ولا حاجة لنا بأمثالك، فلو كنت لا تخاف في الله لومة لائم لنشرت الخبر والبشرى بالظهور، ولا تترك من يلعن أو يشتم ناصر محمد اليماني، وأعلم بأن أكثركم في حيرة من أمري ويخشون أن أكون المهديّ المنتظر وهم عن أمري معرضون حتى الشيعة الذين أكثر اللاعنين منهم يخشون بأن أكون المهديّ المنتظر ويتمنون أن لا أكون المهديّ المنتظر، فهل تدرون لماذا؟ لأن عقيدتهم بدأت تتزعزع في شأن الإمام محمد الحسن العسكري من الذين اطّلعوا على أمري، فأقول لهم: وتالله لا يهدي الله للحقّ الذين لا يريدون أن يكون ناصر اليماني هو حقاً المهديّ المنتظر ويبغونها عوجاً حسب ما يشاءون هم وليس حسب ما يشاء الله ويختار، وهم يعلمون بأن الخلافة ليست بالشورى بل اصطفاء من الله، فيزيد من اصطفاه بسطة في العلم فلم يغني عنهم علمهم شيئاً، فهاهم خالفوا أمر الله فاصطفوا طفلاً حسب زعمهم بغير علمٍ ولا هدًى ولا سلطانٍ منيرٍ، بل لم ينزل الله به من سلطان فهل يظنون بأنه لا بد أن يلد الإمام الأول الإمام الذي يليه! فهل الأمر وراثة ولا بُد للولد أن يرث الأب؟! فأقول: إن كان الولد أهلاً لذلك كمثل سليمان فهو كذلك، أو يؤخّر الله ذلك إلى أجل مُسمى، وكان أمر الله قدراً مقدوراً في الكتاب المسطور. فاتقوا الله يا معشر الشيعة الاثني عشر، وإني لأتحداكم أجمعين بعلم وهُدًى وكتابٍ منيرٍ بحديث الله في القرآن العظيم فإن ألجمتكم فقد تبيّن لكم الحقّ إن كنتم تريدون الحقّ، وإن ألجمتموني من القرآن العظيم فقد أثبتم أنّ المدعو ناصر محمد اليماني ما نزل الله به من سُلطان إن كنتم صادقين، وإن ألجمتكم بالحقّ وأخرست ألسنتكم بالحقّ فقد علمتم أني المهديّ المنتظر خليفة الله على البشر الإمام الثاني عشر من أهل البيت المُطهّر، فإن أخذتكم العزة بالإثم من بعد أن يتبيّن لكم أنه الحقّ فأخشى أن يمسخ الله من يشاء منكم إلى ما يشاء كما قد يمسخ من يشاء من اليهود إلى خنازير، فاحذروا الله واعلموا بأن من تبيّن له الحقّ وأعرض عنه لأنه قد خالف هواه فقد باء بغضبٍ على غضب.
Kelak aku akan katakan sesuatu pada kalian, mengapa kalian mengingkari perintahku dengan tidak mendustakan dan tidak pula membenarkan, sedang kalian masih tetap sahaja selalu bimbang dan ragu-ragu.
Sehinggakan ada salah seorang dari kalian takut untuk bersaksi bahawasanya akulah Al-Mahdi Al-Muntazhar, lalu kerana itu dia tidak menjelaskan kepada orang-orang bahawa akulah Imam Mahdi yang dinanti-nantikan kerana dia takut terhina.
Padahal, kehinaan itu tertimpa diriku sendiri dan tidak tertimpa padanya sedikitpun dari kehinaan, kerana jika aku dusta, maka dosa kedustaan itu akan menimpa diriku.
Akan tetapi jika aku benar, maka ke manakah tempat kalian lari wahai orang yang mendustakan perkara urusan Imam Mahdi khalifah Allah untuk semua manusia, dari keturunan ahlul bayt yang suci
?
Aku menyeru kalian agar menyembah Allah seperti selayaknya Dia disembah, lalu ada di antara kalian yang melaknat Imam Mahdi Al-Muntazhar dan ada pula yang menyifatkanku gila.
Sesiapa dari anggota forum yang membiarkan balasan orang yang melaknat Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani di forumnya, maka dia juga termasuk kalangan orang-orang yang dilaknat, kerana orang yang meredhai sesuatu perkara adalah sama seperti pelaku perkara tersebut.
Jadi, orang yang membiarkan kejahatan, adalah sama seperti pelaku kejahatan tersebut, kecuali jika dia belum mengetahui bahawa ada seseorang telah melaknatku atau mencercaku, maka tiada dosa bagi orang yang setelah dia mengetahui yang demikian, dia segera menghapusnya dari forum itu.
Aku mengetahui bahawasanya ada sebahagian dari ahli forum yang membiarkan orang-orang melaknat Imam Mahdi Al-Muntazhar Nasser Mohammed Al-Yamani kerana orang itu takut kepada selain Allah.
Dia berkata di dalam dirinya:
“Aku akan membiarkan orang-orang mencercanya supaya yang demikian itu menjadi hujjah bagiku, agar mereka tahu bahawa aku tidak puas dan yakin dengannya, kerana aku membiarkan kata-kata para pencela di forum, seandainya aku telah yakin dan puas bahawa dia benar-benar Imam Mahdi Al-Muntazhar, tentu aku tidak akan membiarkan balasan serta jawaban dari orang-orang yang mencaci-makinya.
Apabila telah jelas bagi mereka bahawa dia adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu, maka akan ada kebanggaan untukku kelak kerana aku termasuk orang-orang yang menyebarkan khabar berita sebelum tiba waktu kemunculan”.
Maka aku katakan kepadanya:
Hei orang, dengarkan ini! Demi Allah, tidaklah engkau meninggalkan pembicaraanku kecuali kerana engkau takut kelak aku menjadi Imam Mahdi Al-Muntazar, selagimana engkau membiarkan jawaban balasan dari orang-orang yang melaknat dan mencercaku, selagi itulah tiada ganjaran apapun bagimu.
Orang yang meredhai sesuatu perkara adalah sama seperti pelaku perkara tersebut, dan sesiapa yang membiarkan kejahatan, maka dia sama seperti pelaku kejahatan.
Kami tidak ada keperluan dengan orang-orang yang semisal denganmu. Seandainya engkau tidak gentar berjuang di jalan Allah menghadapi celaan orang-orang yang suka mencela, pasti engkau akan menyebarkan khabar berita gembira kemunculan Al-Mahdi terang-terangan, pasti engkau tidak akan membiarkan orang melaknat dan mencerca Nasser Mohammed Al-Yamani.
Aku tahu bahawa kebanyakan dari kalian berada dalam kebingungan penuh tanda-tanya terhadap perkaraku ini. Mereka takut aku menjadi Imam Mahdi Al-Muntazhar sedang mereka berpaling dari urusanku, bahkan kaum Syiah yang paling banyak melaknat, ada di antara mereka yang takut aku menjadi Imam Mahdi Al-Muntazhar. Mereka berharap agar aku tidak menjadi Imam Mahdi Al-Muntazhar.
Tahukah kalian mengapa
?
Ini kerana akidah mereka dalam urusan Imam Muhammad Al-Hasan Al-'Askari, diantara orang-orang yang diberitahukan terhadap urusanku ini, telah mulai bergoncang.
Maka aku katakan kepada mereka:
Demi Allah, Dia tidak menunjukkan kebenaran kepada orang-orang yang tidak mahu Nasser Mohammed Al-Yamani benar-benar menjadi Imam Mahdi Al-Muntazhar, dan mereka menginginkan agar jalan Allah menjadi bengkok sesuai keinginan mereka, bukan mengikuti kehendak Allah.
Mereka tidak mengikuti pilihan-Nya, padahal mereka mengetahui bahawasanya kekhalifahan itu bukanlah dengan syura, tidak pula dengan pemusyawaratan, bahkan kekhalifahan merupakan sebuah pilihan yang dibuat oleh Allah.
Lalu Allah menganugerahkan tambahan keluasan ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang dipilih-Nya, hinggakan pilihan-Nya itu tidak perlu lagi kepada ilmu dari orang-orang lain sedikitpun, kerana merekalah sebenarnya yang berhajat padanya.
Lihatlah mereka ini, orang-orang yang telah menyalahi perintah Allah, kerana mereka telah memilih seorang anak kecil, sesuai sangkaan mereka tanpa pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa bukti yang nyata.
Bahkan Allah tidak menurunkan sebuah keterangan pun tentang perkara itu. Apakah mereka menyangka bahawa imam yang pertama mesti menurunkan imam yang akan datang sesudahnya! Adakah dalam urusan warisan turun-temurun, anak mesti mewarisi bapa
?!
Maka aku katakan:
Sekiranya si anak memang layak untuk itu seperti Nabi Sulaiman, maka sudah semestinyalah seperti itu, atau Allah menangguhkan sehingga sampai batas waktu yang ditentukan, kerana sesungguhnya ketetapan Allah itu pasti datang di dalam kitab yang tertulis, maka bertakwalah kalian kepada Allah wahai seluruh kelompok Syiah.
Aku tantang kalian semua dengan ilmu dan petunjuk, aku cabar kalian dengan kitab yang nyata, dengan pemberitaan Allah dalam Al-Qur'an yang agung.
Sekiranya aku dapat menguasai dan mengalahkan kalian, maka jelaslah bagi kalian akan kebenaran, andai kalian benar-benar inginkan kebenaran. Dan sekiranya kalian dapat mengalahkanku dengan Al-Qur'an yang agung, maka terbukti bagi kalian bahawa orang yang bernama Nasser Mohammed Al-Yamani tidak dikurniakan Allah keluasan ilmu, andai kalian orang yang benar.
Sekiranya aku dapat mengalahkan dan mematahkan hujjah kalian dengan benar, maka tahulah kalian bahawa aku-lah Imam Mahdi Al-Muntazhar, khalifatullah bagi sekalian manusia, Imam ke-12 dari ahlul bayt yang disucikan.
Jika sekiranya bangkit kesombongan dalam diri kalian sehingga menyebabkan kalian melakukan dosa, setelah jelas bagi kalian bahawa perkara ini benar, maka aku khuatir jika Allah mengubah siapa-siapa yang Dia inginkan di antara kalian, menjadi sebagaimana yang Dia perbuat terhadap kaum Yahudi, dengan mengubah sebahagian mereka menjadi babi.
Maka berwaspadalah kalian, merasa takutlah terhadap Allah dan ketahuilah bahawa barangsiapa yang telah jelas kebenaran baginya, lalu dia berpaling dari kebenaran itu kerana tidak sesuai dengan hawa nafsunya, maka sesungguhnya dia telah mendapat murka dari Allah dengan kemurkaan yang dahsyat.
وأحذركم يا معشر الشيعة الذين يدعون المهديّ المنتظر وأهل بيته من دون الله فقد أشركتم بالله ولن يغني عنكم المهديّ المنتظر ولا أهل بيته من الله شيئاً فيعذبكم الله عذابا نكراً، ولا يغفر الله أن يشرك به إني لكم منه نذير مُبين. ولا تفسروا القرآن حسب هواكم فتقولون على الله ما لا تعلمون إني لكم منه نذير مُبين.
Dan aku peringatkan kepada kalian wahai kelompok Syiah yang berdoa kepada Imam Mahdi Al-Muntazhar beserta ahlul baytnya selain Allah, maka sesungguhnya kalian telah mempersekutukan Allah. Imam Mahdi dan ahlul baytnya sama sekali tidak akan dapat membantu kalian dari Allah.
Allah akan menyiksa kalian dengan siksaan yang tiada taranya kerana Dia tidak mengampunkan dosa jika Dia dipersekutukan, sesungguhnya aku benar-benar seorang pemberi peringatan yang nyata.
Janganlah kalian mentafsirkan Al-Quran mengikuti hawa nafsu kalian dengan mengatakan terhadap Allah sesuatu yang kalian tidak ketahui, sesungguhnya aku benar-benar pemberi amaran yang jelas nyata.
ويا معشر أهل السُّنة يا من اتبعتم كثيراً من الأحاديث اليهوديّة وهي مخالفة للقرآن جُملة وتفصيلاً ألم يُعلمكم الله بأن القرآن العظيم هو المرجع لأحاديث رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - وأن ما كان منها من عند غير الله فسوف تجدون بينه وبين القرآن اختلافاً كثيراً؟ أم إنكم يا معشر السُّنة ترون أني قد فسرت هذه الآية بالظنّ الذي لا يغني من الحقّ شيئاً؟ فإن استطعتم أن تأتوا بتفسير لها خير من تفسيري وأحسن تأويلا فقد استطعتم أن تلجموا ناصر اليماني إلجاماً وأن القرآن لم يجعله الله مرجعاً لأحاديث السنة، فإن استطعتم فقد أذهبتم سلاح المدعو ناصر محمد اليماني وذلك لأن سلاحه الوحيد هو أن يكون القرآن مرجعاً لصحة الأحاديث المُفتراة حتى يُدافع عن سنّة رسول الله الحقّ الذي لا ينطق عن الهوى، ولسوف أكتب بيان هذه الآية مرة أخرى، وأشهد الله وابن عمر وفارس الصحراء وابن حمير والهتار وجميع الذين صدقوني والله أعلم بصدقهم، وكذلك أُشهد جميع الأمّة الإسلاميّة لئن ألجمني أهل السُّنة أو الشيعة أو جميع عُلماء المذاهب الإسلاميّة فأتوا بتأويل لهذه الآية خير من تأويلي وأحسن تفسيراً فقد أثبتوا للأمّة الإسلاميّة أني لست المهديّ المنتظر، ولسوف أجعل هذه الآية حصرياً لمن أراد أن يلجمني، فهل تدرون لماذا؟ وذلك لأنه إذا استطعت أن ألجمكم بها فأخرس ألسنتكم فقد أثبتنا أن القرآن حفظه الله من التحريف ليكون مرجعاً للأمّة الإسلاميّة فيما اختلفوا فيه من أحاديث السنة حتى إذا اقتنعوا بأن القرآن حقاً هو المرجع لعلماء الحديث فعندها يستطيع ناصر اليماني أن يُغربل الأحاديث والروايات الواردة فيحق الحقّ ويبطل الباطل فيحكم بين عُلماء المسلمين فيما كانوا فيه يختلفون، فتعالوا لنجعل جميع المُسلمين المُثقفين شُهداءً بيننا بالحقّ، فإن رأيتم علماء الأمّة لم يستطيعوا أن ينكروا البيان الحقّ فقد علمتم يا معشر الباحثين أني أنا المهديّ المنتظر لمن أراد أن يتبع الحقّ، وإن ألجموني فقد كفوا المُسلمين أن أضلهم بغير علم.
Wahai sekalian ahli Sunnah, wahai yang mengikuti kebanyakan dari hadits-hadits Yahudi yang jelas-jelas bertentangan dengan Al-Quran, bukankah Allah telah mengajarkan kepada kalian bahawa Al-Quran adalah satu-satunya rujukan bagi hadits-hadits Rasulullah SAW, dan Allah juga telah mengabarkan kepada kalian, bahawa setiap hadits yang bukan dari sisi Allah, maka kalian akan dapati pertentangan dan perselisihan yang banyak di antara hadits tersebut dengan Al-Quran
!?
Ataukah kalian wahai sekalian ahli Sunnah berpendapat bahawa aku telah mentafsirkan ayat ini dengan sangkaan, yang sama sekali tidak memberi manfaat untuk menggapai kebenaran
?
Oleh itu, seandainya kalian mampu untuk mendatangkan penjelasan yang lebih baik dari penjelasanku terhadap ayat ini, dan kalian dapat menghadirkan keterangan yang lebih mantap dari keteranganku ini, maka kalian telah dapat mengalahkan Nasser Mohammed Al-Yamani dengan sebenar-benarnya, dan kitab Al-Quran tidak dijadikan oleh Allah sebagai rujukan bagi hadits-hadits sunnah Nabi SAW.
Jika kalian benar-benar mampu, maka sungguh kalian telah melenyapkan senjata orang yang bernama Nasser Mohammed Al-Yamani. Demikian ini kerana satu-satunya senjata Nasser Mohammed adalah Al-Qur'an, agar ianya menjadi rujukan utama bagi mengetahui keshahihan hadits-hadits yang direkayasa, supaya sunnah Rasulullah SAW yang benar, yaitu yang tidak beliau SAW ucapkan mengikuti hawa nafsunya dapat dipertahankan.
Kelak aku akan tuliskan keterangan mengenai ayat ini lagi, aku bersaksi kepada Allah dan kepada seluruh pengikutku beserta orang-orang yang membenarkanku juga bersaksi, dan Allah-lah Yang Maha Mengetahui kejujuran mereka.
Demikian juga aku bersaksi kepada seluruh umat Islam, sekiranya kelompok Ahlus Sunnah atau kelompok Syi'ah, ataupun seluruh para alim-ulama mazhab Islam ingin mematahkan dan mengekang ucapan-ucapanku, maka datangkanlah ta'wil bagi ayat ini, yang lebih baik dari ta'wilanku, yang lebih sempurna tafsirannya, agar dengan demikian terbukti bagi umat Islam bahawa aku bukan Al-Mahdi Al-Muntazhar, nanti aku akan jadikan ayat ini khusus bagi yang ingin membungkam lisanku, tahukah engkau mengapa
?
Demikian ini kerana jika aku dapat mengalahkan kalian dengan ayat ini, dan dengannya aku kekang lisan kalian (tidak mampu jawab), maka kami telah membuktikan bahawa Al-Qur'an itu dijaga Allah dari sebarang perubahan, agar kitab itu menjadi rujukan utama bagi umat Islam, pada segala sesuatu yang mereka perselisihkan dari hadits-hadits Nabi SAW.
Lalu setelah mereka berpuas hati dan menerima bahawa Al-Qur'an benar-benar merupakan rujukan utama, dimana ianya merupakan rujukan utama yang menjadi batu ujian bagi para ulama hadits, maka barulah setelah itu Nasser Al-Yamani dapat membuat penyaringan dan penapisan terhadap hadits-hadits dan riwayat-riwayat yang tercatat.
Maka dapatlah Imam Mahdi menetapkan yang haq dan membatalkan yang batil, kemudian menetapkan sebuah keputusan di antara ulama kaum muslimin pada segala sesuatu yang mereka perselisihkan.
Justeru itu, kemarilah kalian agar kita jadikan seluruh alim-ulama kaum muslimin yang terpelajar sebagai saksi di antara kita dengan kebenaran, sekiranya kalian dapati alim-ulama itu tidak mampu mengingkari bayan yang haq, maka tahulah kalian semua wahai pencari kebenaran, bahawa sesungguhnya aku adalah Imam Mahdi, bagi sesiapa yang ingin untuk mengikuti kebenaran, dan sekiranya mereka dapat mengalahkanku, maka cukuplah bagi kaum muslimin mengetahui bahawa aku telah menyesatkan mereka tanpa ilmu dan petunjuk.
وإليكم الآية البرهان بأن القرآن قد جعله الله المرجع لما اختلفوا فيه من أحاديث السنة. وقال الله تعالى: {وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِندِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِّنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ وَاللَّـهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ وَكِيلًا ﴿81﴾ أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقرآن ۚ وَلَوْ كَانَ مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا ﴿82﴾ وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا ﴿83﴾} صدق الله العظيم [النساء].
Sekarang, aku tujukan kepada kalian ayat yang membuktikan bahawa kitab Al-Qur'an itu, Allah telah menjadikannya sebagai sumber rujukan utama, batu ujian terhadap segala sesuatu yang mereka perselisihkan, dari hadits-hadits Sunnah Nabi SAW.
Allah SWT berfirman:
Dan mereka [orang-orang munafik] mengatakan: "[Kewajiban kami hanyalah] ta’at". Tetapi apabila mereka telah pergi dari sisimu, sebahagian dari mereka mengatur siasat di malam hari[mengambil keputusan] lain dari yang engkau katakan. Allah menulis siasat yang mereka atur di malam hari itu, maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. (82)
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan sekiranya mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya [akan dapat] mengetahuinya dari mereka [Rasul dan Ulil Amri]. Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kalian, tentulah kalian mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja [di antaramu]. (83)
Maha Benar Allah
[An-Nisaa]
ويا معشر علماء الأمّة إني لا أفسر القرآن بالرأي فأقول على الله ما لا أعلم، فتعالوا لنستنبط لكم تأويل هذه الآية حديث الله من نفس حديث الله فبأي حديث بعده يؤمنون؟ فإنهم هؤلاء الذين إذا خرجوا بعد انتهاء محاضرة النبي - صلّى الله عليه وآله وسلّم - ومن ثم يُبيتون أحاديث غير التي يقولها عليه الصلاة والسلام وآله، وإنهم طائفة من اليهود جاؤوا إلى محمدٍ رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - وقالوا بين يديه "نشهد أن لا إله إلا الله ونشهد أن محمداً رسول الله" كذباً ليكونوا من صحابة رسول الله ظاهر الأمر وليكونوا من رواة الحديث فهم لا يستطيعون أن يخدعوا المسلمين إلا أن يُسْلِموا ولو لم يُسْلِموا لما أخذ المسلمون منهم شيئاً لذلك اتّخذوا أيمانهم جنّة ستاراً ليمكروا ضدّ رسول الله في الوقت المناسب بأحاديث تخالف لكتاب الله وسنّة رسوله جُملة وتفصيلاً. وقال الله تعالى: {إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ ﴿1﴾ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿2﴾ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا ثُمَّ كَفَرُوا فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ ﴿3﴾ وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ وَإِن يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُّسَنَّدَةٌ ۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّـهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ ﴿4﴾} صدق الله العظيم [المنافقون].
Wahai seluruh alim-ulama umat, sesungguhnya aku tidak menafsirkan Al-Qur'an dengan pendapatku sendiri, hingga mengatakan terhadap Allah mengenai sesuatu yang aku tidak mengetahuinya, jadi kemarilah agar kita dapat mengetahui kebenaran mengenai ta'wil bagi ayat ini, pemberitaan Allah yang menerangkan pemberitaan itu sendiri, maka pemberitaan yang mana lagikah setelah ini kalian akan beriman
?
Ketahuilah bahawa mereka ini, yaitu orang-orang yang apabila selesai majlis bersama Nabi SAW, lalu setelah itu mereka mengatur siasat dan membuat rencana-rencana, merekayasa hadits-hadits yang tidak diucapkan oleh Nabi SAW.
Mereka adalah sekelompok dari orang Yahudi yang datang kepada Muhammad Rasulullah SAW dan berkata di hadapan Nabi SAW, “Kami bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah” dengan kesaksian dusta, agar mereka ini menjadi termasuk di kalangan para sahabat Rasulullah SAW secara luarannya sahaja, supaya mereka ini kelak menjadi para periwayat hadits, kerana mereka tidak mampu menipu kaum muslimin melainkan setelah mereka masuk Islam.
Seandainya mereka tidak masuk Islam, nescaya kaum muslimin tidak akan menerima sesuatu apapun dari mereka. Sebab itulah mereka menyembunyikan dengan rapi keimanan sebenar mereka dengan menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, agar mereka dapat melakukan makar tipu daya mereka yang bertentangan dengan Rasulullah SAW pada kesempatan yang sesuai, dengan pemberitaan-pemberitaan yang jelas lagi nyata bertentangan dengan Kitabullah dan sunnah Rasul-Nya yang haq.
Firman Allah SWT:
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (1)
Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi [manusia] dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (2)
Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir [lagi] lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti. (3)
Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh [yang sebenarnya], maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan [dari kebenaran]? (4)
Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya
[Al-Munaafiquun]
إذاً يا قوم لقد تم اختيار شخصيات مرموقة من قبل اليهود بل من علمائهم الذين يحرّفون كلام الله من بعد ما عقلوه، فهم يعرفون محمداً رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - كما يعرفون أبناءهم، وإن يروا سبيل الحقّ لا يتخذونه سبيلاً لأنهم يعلمون أنه الحقّ من ربهم، وإن يروا سبيل الغي يتخذونه سبيلاً لأنهم يعلمون أنّه سبيل الضلال، فجاء فريق منهم إلى محمدٍ رسول الله فأعلنوا إسلامهم ولكنّ الله أخبر رسوله إنهم لكاذبون وإنما اتّخذوا أيمانهم جُنَّة ليصدوا عن سبيل الله، ولكن اللهَ نهى محمداً عبده ورسوله أن يطرد هؤلاء اليهود وإنما لِيَحْذَرْهُمْ فلا يفتنونه عمّا أوحى إليه، والدليل على أن الله لم يأمر رسوله بطردهم هو قوله تعالى: {فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّـهِ وَكِيلًا ﴿81﴾}صدق الله العظيم [النساء].
Jika demikian wahai kaumku, selesailah usaha-usaha individu yang terkemuka dari kalangan Yahudi ini, bahkan mereka sebenarnya adalah dari kalangan alim-ulama Yahudi yang mengubah kalamullah setelah mereka memahaminya, padahal mereka kenal dan mengetahui bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, seperti mereka mengenal anak-anak mereka.
Jika mereka melihat jalan kebenaran, mereka tidak mau menempuhnya kerana mereka tahu itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan jika mereka melihat jalan kesesatan itu, mereka menempuh kerana mereka tahu itu jalan sesat.
Maka sekelompok dari mereka telah datang kepada Muhammad Rasulullah SAW dan mengumumkan keislaman mereka, akan tetapi Allah SWT telah memberitahukan kepada rasul-Nya bahawa mereka itu berdusta. Mereka hanya menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai agar mereka dapat menghalang-halangi manusia dari jalan Allah.
Namun begitu, Allah SWT melarang Muhammad hamba-Nya dan utusan-Nya dari mengusir orang-orang Yahudi ini, dan Allah SWT hanya memperingatkan agar mewaspadai mereka, supaya mereka ini tidak memfitnah Rasulullah SAW melalui apa-apa yang diwahyukan kepada baginda.
Bukti bahawa Allah SWT tidak memerintahkan Rasul-Nya mengusir mereka adalah firman-Nya SWT:
..maka berpalinglah kamu dari mereka dan tawakkallah kepada Allah. Cukuplah Allah menjadi Pelindung. (81)
Maha Benar Allah
فهل تدرون لماذا لم يأمر الله رسوله بطردهم؟ وذلك لينظر من يستمسك بما قاله الله في القرآن العظيم ورسوله بأحاديث البيان الحقّ التي لا تزيد هذا القرآن إلا توضيحاً، أمّا ما اختلف من الأحاديث في السُّنة عن حديث الله في القرآن العظيم ووجدنا بين حديث الله وهذا الحديث الذي قيل عن رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - فحتماً سوف نجده كما أخبرنا الله بأننا سوف نجد بين الحديث المُفترى وبين حديث الله في القرآن اختلافاً كثيراً، وتلك قاعدة لغربلة الأحاديث المُفتراة لو كنتم تعلمون! فقد أضلوكم عن الصراط المُستقيم.
Adakah kalian tahu mengapa Allah SWT tidak memerintahkan Rasul-Nya untuk mengusir saja orang-orang Yahudi yang pura-pura masuk islam ini
?
Demikian ini agar dapat diketahui siapa yang berpegang teguh terhadap firman Allah SWT dalam Al-Qur'an yang mulia, dan berpegang pada sunnah rasul-Nya yang menerangkan (Al-Qur'an) dengan haq, yang tidak menambah kepada Al-Qur'an kecuali penjelasan yang nyata terhadapnya.
Adapun segala sesuatu dari hadits-hadits Nabi SAW yang bertentangan dengan pemberitaan-pemberitaan Allah SWT dalam Al-Qur'an, maka kita akan dapati antara pemberitaan Allah dalam Al-Qur'an dan antara hadits yang dikatakan ucapan Rasulullah SAW itu, pastilah kita akan dapatkan seperti apa yang Allah beritahukan kepada kita, bahawa kita akan dapati pertentangan dan perselisihan nyata, antara hadits rekaan itu dengan pemberitaan Allah SWT Al-Qur'an.
Inilah kaedah sebenar untuk menyaring dan menapis hadits-hadits rekaan seandainya kalian mengetahui! Sungguh mereka telah menyesatkan kalian dari jalan yang lurus.
{وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ} فإذا جاءكم أمر من الأمن وذلك من عند رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، فمن أطاع الرسول وقد أطاع الله ولهُ الأمن في الحياة الدُنيا ويأتي يوم القيامة آمناً.
“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan”, yang demikian ini adalah apabila datang berita tentang keamanan, yakni hadits benar yang datang dari Rasulullah SAW, kerana barangsiapa mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah SWT, dan baginya keamanan dalam kehidupan dunia, dan mereka datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa.
وأما قوله {أَوِ الْخَوْفِ} وذلك من عند الذين يقولون أحاديث عن رسول الله غير الذي يقولها عليه الصلاة والسلام، ومن ثم يذيع الخلاف بين علماء الأمّة فمنهم من يقول إنهُ عن رسول الله ومنهم من يطعن فيه ويأتي بحديث آخر مُتناقض مع هذا الحديث المُفترى، ولو ردوه إلى الرسول وذلك إن لم يزل فيهم وإن قد مات فيرجعوا إلى أولي الأمر منهم وهم أئمتهم من بعد رسول الله، فيورثهم الله التأويل الحقّ للقرآن لعلمه الذين يستنبطونه منهم أي أنهم سوف يقومون بالحكم بين المُختلفين فيحكمون بينهم في شأن الحديث المُفترى فيستنبطون آيات من القرآن من حديث الله تختلف مع هذا الحديث الباطل اختلافاً كثيراً، ودائماً بين الحقّ والباطل اختلاف كثير بل هما طريقان متعاكسان تماماً.
Adapun firman Allah SWT“ataupun ketakutan”, maka yang demikian ini adalah hadits yang datang dari orang-orang yang mengatakan bahawa hadits-hadits ini adalah dari Nabi SAW padahal ianya berlainan dengan ucapan Nabi SAW.
Akhirnya tersebarlah khilaf yakni perselisihan demi perselisihan di antara para alim-ulama umat. Ada di antara mereka yang mengatakan ini dari Rasulullah, dan ada juga di antara mereka yang mempersoalkan tentang keshahihan hadits itu dengan mendatangkan hadits lain yang berlawanan dengan hadits rekaan tadi, “dan sekiranya mereka menyerahkan kepada Rasul”,iaitu sekiranya Rasulullah SAW masih berada di antara mereka, dan jika baginda telah tiada maka mereka menyerahkan urusan itu kepada Ulil-Amri di antara mereka, yaitu kepada pemimpin-pemimpin mereka setelah kewafatan Rasulullah SAW.
Maka Allah mewariskan ta'wil yang haq terhadap Al-Qur'an agar “orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya [akan dapat] mengetahuinya dari mereka”,yakni mereka kelak akan membuat keputusan di antara orang-orang yang berselisih, dengan membuat keputusan hukum di antara mereka dalam menghadapi perkara hadits-hadits yang direka.
Maka dengan itu mereka mencari tahu kebenaran dengan mengambil ayat-ayat Allah dari Al-Qur'an yang merupakan pemberitaan Allah, yang ternyata banyak bertentangan dengan hadits-hadits batil, kerana selama-lamanya di antara kebenaran dan kebatilan itu, terdapat banyak perselisihan yang nyata, bahkan kedua-duanya itu adalah 2 jalan yang berbeza sama sekali .
وقد أخرجوكم عن الصراط المُستقيم ولولا فضل الله عليكم يا معشر المُسلمين ورحمته لكم بالمهديّ المنتظر لاتبعتم الشيطان المسيح الدجال إلا قليلاً، ولكن الله ابتعثني لإنقاذكم والنّاس أجمعين ماعدا أولياءه الذين يعلمون أنه ليس المسيح عيسى ابن مريم وأنه كذاب وأنه الشيطان الرجيم بذاته فيتّبعون الشيطان وهم يعلمون، فغضب الله عليهم ولعنهم وجعل منهم القردة في أولهم والخنازير في آخرهم وأعد لهم عذاباً عظيماً إلا من تاب منهم فسوف يجد الله غفوراً رحيماً وجاء معترفاً بما نقوله من الحقّ إذاً لأتاه الله من لدنه أجراً عظيماً ولهداه صراطاً مُستقيماً.
Sungguh kalian telah menyimpang dari jalan yang lurus, sekiranya tidak kerana kurniaan dan rahmat Allah kepada kalian wahai kaum muslimin, dengan perutusan Al-Mahdi Al-Muntazhar, tentulah kalian mengikuti syaitan Al-Masih Ad-Dajjal, kecuali sebahagian kecil sahaja antara kalian.
Bagaimanapun, Allah telah mengutusku untuk menyelamatkan kalian dan manusia seluruhnya, kecuali penolong-penolongnya, yakni mereka-mereka yang tahu bahawa dia bukan Isa Al-Masih putera Maryam, namun dia adalah pendusta, dialah syaitan yang direjam yaitu Iblis itu sendiri.
Lalu kemudian mereka mengikuti syaitan itu padahal mereka mengetahuinya, maka Allah SWT memurkai mereka dan melaknat mereka dengan merubah mereka menjadi kera di zaman dahulu, dan merubah mereka menjadi babi di akhir zaman.
Allah SWT telah mempersiapkan bagi mereka azab yang dahsyat, kecuali orang yang bertaubat di antara mereka, dan kelak dia akan mendapati bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, lalu dia datang mengakui kata-kata kebenaran yang kami ucapkan, dan dengan demikian maka Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar untuknya dan memberinya petunjuk ke jalan yang lurus.
ولسوف يحذركم المسيح عيسى ابن مريم من اتّباع المسيح الكذاب الشيطان الرجيم والذي يريد أن يقول أنه المسيح عيسى ابن مريم وأنه الله. بل هو كذاب لذلك يُسمى المسيح الكذاب، ويقول لكم المسيح الحقّ اتبعوا المهديّ المنتظرهذا صراط مُستقيم ويكون من التابعين،فكيف لكم أن تنتخبوا من جعله الله إماماً للمسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام؟
Kelak Al-Masih Isa Putera Maryam AS sendiri yang akan memperingatkan kepada kalian, agar tidak mengikuti Al-Masih Si Pendusta Syaitan yang direjam, yang ingin mengatakan bahawa dia adalah Isa Putera Maryam, lalu kemudian (setelah ramai pengikut), dia akan mengatakan bahawa dia adalah Allah padahal dia berdusta, kerana itu dia disebut Al-Masih Al-Kazzab Si Pendusta.
Sementara Al-Masih Isa Putera Maryam AS yang sejati akan mengatakan kepada kalian agar mengikut Al-Mahdi Al-Muntazhar, inilah jalan yang lurus, sedang Isa AS termasuk kalangan pembantu dan pengikut-pengikut Al-Mahdi, bagaimana kalian pula yang dapat menentukan siapa kelak yang telah Allah jadikan Imam bagi Isa Putera Maryam
?
يا معشر المُسلمين فهل جعلتموها ديمقراطية بوش الأصغر حتى في شأن المهديّ المنتظر فحرمتم عليه أن يعرفكم بنفسه فيقول بأن الله اصطفاه عليكم خليفة وإماماً، فتقولون نحن من نقرر ذلك ونقول حين نشاء لمن نشاء إنك أنت المهديّ المنتظر؟ فكم تدخلتم في شؤون الله وكأنكم من يُقسّم رحمة الله!! قاتلكم الله أنا تؤفكون يا من تزعمون ذلك فألجموني من القرآن إن كنتم صادقين.
Wahai sekalian kaum muslimin, adakah kalian menjadikan pemilihan dan penentuan kekhalifahan itu seperti demokrasi Bush hinggakan dalam perkara Al-Mahdi Al-Muntazhar, kalian telah mencegah dan mengharamkan ke atasnya untuk memperkenalkan dirinya sendiri dengan mengatakan kepada kalian, bahawa Allah SWT telah memilihnya atas kalian sebagai Khalifah dan sebagai Imam – yang menjadi Pemimpin, lalu kalian pula yang mengatakan kamilah yang akan menentukan yang demikian, kami akan mengatakannya pada masa yang kami inginkan, dan kepada sesiapa yang kami mahu “ Engkau adalah Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu”
?
Bagaimana pula kalian dapat campurtangan dalam urusan-urusan Allah SWT seakan-akan kalian pula yang membahagi-bahagikan rahmat Allah
!!
Semoga Allah membinasakan kalian, bagaimana sampai kalian dapat dipalingkan wahai orang-orang yang menyangka seperti yang demikian, cegah dan tahanlah oleh kalian semua lisanku ini dengan ayat-ayat Allah Al-Qur'an jika sungguh kalian adalah orang-orang yang benar.
ربّ اغفر وارحم واحكم بيننا بالحقّ وأنت أسرع الحاسبين، حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو ربّ العرش العظيم، اللهم إن كنت تعلم أني أنا المهديّ المنتظر الحقّ فاجعل لي السُلطان عليهم بالبيان الحقّ للقرآن، وإن كنت تعلم بأني لست المهديّ المنتظر فاجعل لهم السلطان عليّ بالبيان الحقّ من القُرآن، واحكم بيننا بالحقّ وأنت خير الحاكمين، ومن أحسن من الله حُكماً لقوم يؤمنون؟ وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..
Tuhanku, ampunilah aku dan kurniakan rahmat serta putuskanlah antara kami ini dengan kebenaran, kerana Engkau-lah yang paling cepat membuat perhitungan, cukuplah bagiku Allah.
Tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia-lah Penguasa Arasy yang agung.
Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku adalah Imam Mahdi yang sejati, maka jadikan untukku hujjah terhadap mereka dengan bayan yang hak bagi Al-Qur'an.
Namun jika Engkau mengetahui bahawa aku ini bukan Imam Mahdi, maka jadikan untuk mereka hujjah terhadapku dengan bayan yang hak dari Al-Qur'an, putuskanlah antara kami ini dengan kebenaran sedang Engkau-lah sebaik-baik yang membuat keputusan, siapakah yang lebih baik membuat keputusan bagi kaum mukminin selain Allah
?
Salam sejahtera ke atas para utusan dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam
إمام الأمّة وكاشف الغُمَّة بإذن الله المهديّ المنتظر الناصر لمحمدٍ رسول الله؛ الإمام ناصر محمد اليماني.
Imam umat, pelenyap kesusahan dan kebingungan dengan izin Allah,
Al-Mahdi Al-Muntazhar Pembela Muhammad Rasulullah SAW
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=10276