الموضوع: أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah.. (Nabi Adam AS)

النتائج 1 إلى 2 من 2
  1. Post أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah.. (Nabi Adam AS)



    أحسن القصص..
    Sebaik-baik kisah..
    (Nabi Adam AS)


    -sumber-


    قال الله تعالى فى محكم الكتاب:
    بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
    {الر‌ ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿١﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ ﴿٢﴾ نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـٰذَا الْقُرْ‌آنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ﴿٣﴾}
    صدق الله العظيم [يوسف]


    Firman Allah SWT dalam muhkam kitab-Nya:

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

    Alif Laam, Raa. Ini adalah ayat-ayat kitab [Al Qur’an] yang nyata [dari Allah]. (1)

    Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa bacaan berbahasa Arab, agar kalian memahaminya. (2)

    Kami menceritakan kepada kalian kisah yang paling baik dengan mewahyukan Al Qur’an ini kepada kalian, dan sesungguhnya kalian sebelum [Kami mewahyukan] ini, adalah termasuk orang-orang yang belum mengetahui. (3)
    Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya

    أتشرف بأن أضع أمام أعينكم ماخطه الإمام ناصر محمد اليماني بعلم القلم الصامت.

    Dengan segala hormatnya aku persembahkan kepada kalian,
    apa yang ditulis oleh Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
    dengan qalam, pena yang tenang.
    .................................


    يا إمام الهدى كلمنا عن قصة نبي الله آدم عليه الصلاة والسلام..

    Wahai pemimpin sejati, ceritakan kepada kami kisah
    Nabi Allah Adam AS..


    بسم الله الرحمن الرحيم وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين ..
    أخي السائل والسائلة لقد سبق عرض خلافة الملكوت على السموات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها لأنها مسؤولية كُبرى سوف يسألهم الله عنها، فخشيت السموات والأرض والجبال من حمل هذه الأمانة الكُبرى فهي أعظمُ مسؤولية في الكتاب.
    ثم عرضها الله على آدم من بعد خلقه فقبلها وحملها حُباً في المُلك وليس طمعاً في تحقيق اسم الله الأعظم الذي جعل الله فيه السر من خلق آدم وزوجته وخلق الملكوت كُله ليعبدون نعيم رضوان الله، ولذلك خلقهم ليعبدون نعيم رضوان الله


    Aku mulai dengan menyebut nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam sejahtera ke atas para utusan dan segala puji hanya bagi Tuhan Semesta Alam..

    Saudaraku yang bertanya, sesungguhnya telah berlalu tawaran kekhalifahan alam kepada langit, bumi beserta gunung-ganang, namun kesemuanya menolak untuk memikul amanah kekhalifahan itu.

    Mereka khuatir akan mengkhianatinya, kerana sesungguhnya amanah kekhalifahan alam itu, merupakan sebuah pertanggungjawaban yang terbesar, yang kelak akan Allah tanyakan, dan minta pertanggungjawaban terhadapnya.

    Sebab itu langit dan bumi beserta gunung-ganang takut dan khuatir untuk mengemban amanah yang agung ini, kerana ia merupakan sebesar-besarnya pertanggungjawaban yang dinyatakan dalam Kitabullah.

    Kemudian, Allah menawarkan kekhalifahan itu kepada Adam AS setelah penciptaannya, maka Adam AS menerima amanah agung itu, dan sanggup memikul pertanggungjawaban terhadapnya.

    Ini kerana kecintaan Adam AS terhadap kerajaan yang tidak akan binasa, demi keinginannya terhadap kekuasaan yang kekal selama-lamanya, bukan kerana harapannya untuk kepuasan merealisasikan Nama Allah Terbesar.

    Yang telah Allah jadikan pada nama-Nya itu, rahsia dari penciptaan Adam dan pasangannya Hawa, juga misteri dari penciptaan alam seluruhnya, agar kesemuanya itu menyembah dan beribadat demi kenikmatan keredhaan dari Allah SWT.

    Kerana itulah Allah menciptakan mereka, agar mereka semua memuja dan mencintai nikmat redha Allah SWT.


    ولكن آدم وزوجته يجهلون حقيقة اسم الله الأعظم الذي جعله الله صفة لرضوانه على عباده النعيم الأعظم من نعيم ملكوت الدُنيا والآخرة.
    وقبل آدم أمانة الخلافة على الجن والملائكة والإنس من ذريته طمعاً في الملك، ولذلك جعل الله
    فتنته بسبب حُبه للملك ولولا حُبه للملك لما استطاع إبليس فتنته هو وزوجته.

    Namun begitu, Adam AS dan pasangannya Hawa tidak mengetahui hakikat dari nama Allah terbesar itu, yang telah Allah jadikan ia sebagai sebuah sifat dari keredhaan-Nya terhadap hamba-Nya

    AN-NA'EEM AL'A'DZOM

    SIFAT KEREDHAAN ALLAH DALAM DIRI-NYA TERHADAP HAMBA-NYA YANG LEBIH BESAR KENIKMATANNYA DARI SELURUH KENIKMATAN

    Sebuah kenikmatan dan kepuasan yang lebih besar dari nikmatnya alam dunia dan akhirat.

    Maka Adam AS telah menerima amanah kekhalifahan atas jinn, malaikat dan manusia yang merupakan keturunannya, kerana mengharapkan kekuasaan yang kekal selama-lamanya, loba terhadap kerajaan yang tidak akan binasa.

    Kerana yang demikianlah, Allah telah menjadikan ujian dan cobaan terhadapnya, disebabkan kecintaannya terhadap kekuasaan itu, andai tidak kerana keinginannya terhadap kekuasaan, nescaya Iblis tidak mampu menggoda
    Adam beserta isterinya.


    ولم يأكل آدم وزوجته من الشجرة إلا حين كذب عليه إبليس وقال:
    { يَا آَدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى} [طه:120]

    Adam dan Hawa tidak memakan sesuatu dari pohon larangan, kecuali ketika si Iblis telah berdusta kepada Adam.

    Iblis berkata:

    Wahai Adam, mahukah sekiranya aku tunjukkan padamu pohon keabadian dan kekuasaan yang tidak akan binasa
    [Thoha:120]


    قال : {وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَ‌بُّكُمَا عَنْ هَـٰذِهِ الشَّجَرَ‌ةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ ﴿٢٠﴾ وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ ﴿٢١﴾} [الأعراف] وكذب عدو الله اللعين..

    Katanya: ..dan Iblis berkata "Tiadalah Tuhan kalian berdua melarang kalian mendekati pohon ini, kecuali agar kalian tidak menjadi malaikat atau tidak kekal di syurga ini"(20)

    Dan Iblis bersumpah kepada mereka berdua "Sesungguhnya aku ini termasuk
    kalangan pemberi nasihat terhadap kamu berdua"(21)
    [Al-A'raaf]

    Padahal musuh Allah yang laknat itu telah berdusta..



    ونظراً لحُب آدم وزوجته للملك والنعيم الذي جعلهما الله مُسخلفين فيه أكلا من الشجرة ليدوم ملكهما فيكونا فيه من الخالدين تصديقاً منهم بقسم إبليس إن الله ما نهاهما عن هذه الشجرة التي نهاهما الله عن الأكل منها إلا لأنهما إذا أكلا منها لن يشيخا ولن يموتا ثم يكونوا في هذا الملك الذي هم فيه لمن الخالدين.

    Oleh kerana kecintaan Adam dan Hawa terhadap kerajaan dan kenikmatan yang telah Allah jadikan mereka berdua menguasainya, maka mereka memakan buah larangan dari pohon, agar mereka berdua dapat mengekalkan kekuasaan mereka, demi keabadian mereka dalam kenikmatan dan kekuasaan itu.

    Ini kerana kepercayaan mereka berdua terhadap sumpah si Iblis, bahawa Allah tidak melarang mereka berdua mendekati pohon, tidak melarang mereka berdua memakan sesuatu dari pohon larangan, kecuali kerana jika mereka berdua telah memakan sesuatu dari pohon itu, maka mereka berdua tidak akan tua dan tidak akan mati, supaya kemudian dapatlah mereka berdua nanti kekal berada dalam kekuasaan dan kenikmatan di Jannah itu selama-lamanya.


    فعصى آدم ربه فغوى نظراً لجهله بحقيقة اسم الله الأعظم الذي يوجد فيه سر خلقهم هو وزوجته، ويوجد في حقيقة اسم الله الأعظم سر خلق الملكوت كُله ولم يعلموا أن رضوان الله لهو النعيم الأعظم من ملكوت الدُنيا والآخرة .

    Maka Adam mendurhakai Tuhannya dan sesatlah dia, kerana tiadanya pengetahuan Adam terhadap hakikat nama Allah yang terbesar, yang padanya terdapat rahsia dan misteri dari penciptaan mereka, Adam dan pasangannya Hawa.

    Pada hakikat nama Allah yang terbesar itu juga terdapat rahsia penciptaan alam seluruhnya, mereka tidak mengetahui bahawa keredhaan Allah adalah sebenar-benarnya kenikmatan yang terbesar, lebih besar dari seluruh kenikmatan yang ada di dunia dan akhirat.


    ولكن مَنْ عبد الله كما ينبغي أن يُعبد وحقق الهدف من خلقه أتاه الله ملكوت الآخرة والأولى، تصديقاً لقول الله تعالى:
    {أَمْ لِلْإِنسَانِ مَا تَمَنَّىٰ ﴿٢٤﴾ فَلِلَّـهِ الْآخِرَ‌ةُ وَالْأُولَىٰ ﴿٢٥﴾} صدق الله العظيم [النجم]

    Namun begitu, barangsiapa yang menyembah Allah seperti layaknya Dia berhak untuk disembah, dan merealisasikan tujuan penciptaan dirinya, maka Allah akan menganugerahkan padanya kenikmatan alam akhirat dan dunia.

    Pembenaran terhadap firman Allah:

    {أَمْ لِلْإِنسَانِ مَا تَمَنَّىٰ ﴿٢٤﴾ فَلِلَّـهِ الْآخِرَ‌ةُ وَالْأُولَىٰ ﴿٢٥﴾} صدق الله العظيم [النجم]

    Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya? (24)

    [Tidak], maka hanya Allah-lah yang menguasai kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. (25)
    Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya
    [An-Najm]


    ومالك الملك هو الله وحده. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}
    صدق الله العظيم [آل عمران:26]

    Maharaja Yang Menguasai Kerajaan adalah Allah sendiri, Maalikul Mulk, Dia-lah satu-satunya yang empunya kerajaan, yang menguasai kuasa pemerintahan, Dia-lah
    Tuhan yang Maha Esa.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala

    {قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}
    صدق الله العظيم [آل عمران:26]

    Katakanlah: Wahai Tuhan yang empunya kerajaan, yang menguasai kuasa pemerintahan! Engkau jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau jualah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau jualah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki, hanya dalam kekuasaan-Mu sahajalah terdapatnya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
    Maha Benar Allah dengan segala firman-Nya
    (Ali-Imran:26)


    وسلامٌ على المُرسلين ... والحمدُ لله رب العالمين

    Salam sejahtera tetap terlimpahkan ke atas para utusan

    Segala pujian hanya layak untuk Allah Tuhan Semesta Alam


    المُفتي بعلم الكتاب خليفة الله عبد النعيم الأعظم، الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Pemberi fatwa dengan ilmu Al-Kitab
    Khalifah Allah pengabdi An-Na'eem Al-A'dhom

    Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani

    ---------------------

    Alihbahasa oleh:
    Nasir Al-Mahdi

    sumber asal:
    https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=4519

  2. افتراضي

    بارك الله جهدك وزادك من العلم
    أكرمك الله
    (قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُل لِلّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ ﴿ 12 ﴾. صدق الله العظيم، سورة الأنعام.

المواضيع المتشابهه
  1. أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah (Nabi Ibrahim AS)
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 03-06-2015, 08:26 PM
  2. ٍأحسن القصص.. Sebaik-baik kisah (Al-Masih 'Isa Putera Maryam)
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 24-06-2014, 11:56 PM
  3. أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah (Ashabul Kahfi)
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-12-2013, 05:42 AM
  4. أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah (Nabi Musa AS dan Hamba Allah Yang Sholeh)
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 01-12-2013, 03:25 PM
  5. أحسن القصص.. Sebaik-baik kisah (Nabi Nuh AS)
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 23-11-2013, 12:59 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •