>المصدر<
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
09 - 10 - 1429 هـ
10 - 10 2008 مـ
09:35 مساءً
ـــــــــــــــــــ
طلوع الشّمس من مغربها فهذا لن يحدث إلا حين مرور كوكب العذاب ..
Terbitnya matahari dari arah barat tidak akan terjadi melainkan ketika melintasnya Kaukab Al-'Azab
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين، وبعد ..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam,
wa ba'du..
أخي الكريم، بالنسبة لكوكب العذاب سبق وأن فصّلناه من القرآن تفصيلاً في الحوار الافتراضي للكون من البداية إلى النّهاية، وأما طلوع الشّمس من مغربها فهذا لن يحدث إلا حين مرور كوكب العذاب فيعكس دوران الأرض فتظهر الشّمس من مغربها، وأما يوم اقترابه فقد صار وشيكاً من الأرض وبدأ التأثير منه على استقرار الأرض ولكنكم إن شاء الله سوف ترونه من قبل أن يأتيكم، وأول التجلي إن شاء الله سوف يظهر للناس بأفق القطب الشمالي خصوصاً من كان في المملكة العربيّة السعوديّة واليمن يرونه بأفق القطب الشمالي وكأنه شمسٌ جديدةٌ كما أراني الله هذه الرؤيا الحقّ وأرجو أن يحققها لأنها إنقاذ للمسلمين أن يشهدوا الكوكب من قبل وصوله في سماء الكون لعلهم يوقنون، وأما حين اقترابه ليمرّ بجانب أرضكم فقد أراني الله كوكباً أحمر وكأنه فحمة من نار قد اقترب من جهة القطب الجنوبي، وأما تحديد يوم مجيئه بالضبط لم أرَه صالحاً للمسلمين لأنهم سوف يُنظِرون إيمانَهم بشأني حتى يأتي ذلك اليومُ وهذا هو الخطأ الكبير، وإن يشأِ الله أن أبيِّن لهم متى يوم وصوله حسب يومهم الأرضي، فإني أفوّض الأمر لله وإليه تُرجع الأمور.
Saudaraku yang budiman, mengenai Kaukab Al-'Azab, kami telah menjelaskannya secara terperinci dari Al-Qur'an dalam hiwar yang diasumsikan bagi alam semesta dari permulaan hingga ke akhirnya.
Adapun terbitnya matahari dari arah barat, maka yang demikian ini tidak akan terjadi kecuali ketika melintasnya Kaukab Al-'Azab, yang menyebabkan bumi berputar berlainan arah lalu matahari tampak terbit dari arah barat.
Adapun hari mendekatnya Kaukab Al-'Azab, maka sesungguhnya ia telah semakin dekat dengan bumi dan telah mula memberikan dampak dan kesan darinya terhadap kestabilan bumi, akan tetapi kelak dengan izin Allah kalian akan melihatnya sebelum ia mendatangi kalian.
Awal penampakannya kelak dengan izin Allah akan terlihat oleh manusia di ufuk Kutub Utara, khususnya bagi mereka yang berada di Saudi Arabia dan Yaman, mereka akan melihatnya di ufuk Kutub Utara seakan-akan ianya matahari baru, sebagaimana yang Allah perlihatkan padaku dalam mimpi yang benar.
Aku berharap Allah membuatnya menjadi nyata kerana ianya menyelamatkan kaum muslimin, agar mereka dapat menyaksikan Kaukab itu sebelum ia tiba di langit dunia mudah-mudahan mereka menyakini kebenaran ini.
Adapun ketika Kaukab itu semakin mendekat untuk melintas berdekatan bumi kalian ini, maka sesungguhnya Allah telah memperlihatkan padaku ianya Kaukab yang merah menyala seakan-akan batu bara berapi yang mendekat dari arah Kutub Selatan.
Adapun menentukan hari kedatangannya secara tepat, aku tidak rasa ianya baik untuk kaum muslimin kerana kelak mereka akan menunda-nunda keimanan mereka pada perkara dan urusanku ini sehinggalah hari yang ditentukan itu tiba, dan ini merupakan kesalahan yang besar untuk menunda-nunda dan menunggu.
Sekiranya Allah menghendakinya, aku jelaskan pada mereka bila hari tibanya Kaukab itu menurut hitungan hari-hari di bumi, sesungguhnya aku serahkan perkaraku hanya pada Allah, kepada-Nyalah kembalinya segala urusan.
وأما بالنسبة للصلاة. قال الله تعالى:
{إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا}
صدق الله العظيم [النساء:103]
Adapun mengenai sholat, Allah Ta'ala berfirman:
Sesungguhnya sholat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (103)
Maha Benar Allah
[An-Nisaa]
وأفضل الصلوات في الدرجات في الجامع في أوقاتها. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ (36) رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْماً تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالأَبْصَارُ (37)}
صدق الله العظيم [النور]
Seutama-utamanya sholat dalam derajatnya adalah yang dilaksanakan di masjid secara berjemaah dalam ketentuan waktunya.
Benarlah firman Allah Ta'ala:
Bertasbih [sholat] kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, (36)
Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak [pula] oleh jual-beli dari mengingat Allah, dan [dari] mendirikan sembahyang, dan [dari] membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang [di hari itu] hati dan penglihatan menjadi goncang. (37)
Maha Benar Allah
[An-Nuur]
وأما بالنسبة للأغاني فهي لهوٌ ولكنها تتوقف على كلمات الشعر في الشريط، فإذا كان من أشعار الغزل فهو فتنةٌ للمؤمنين فتلك أشرطة مكروهة ولربما تقع الفتاة في الفاحشة بسبب أنه أهدى لها أحد المراهقين شريطَ غناءٍ وقال إنّ ما في هذا الشريط من الكلمات هي تُعبر عن شعوره نحوها ومن ثم تسمعه وتسمعه ويخدعونها بقولهم حسناءُ، وتلك الأشرطة من خطوات الشيطان، وأما ما كان من الأشرطة ليس فيه فتنة وتهييج الأشجان والعاطفة فلا أرى فيها مكروهاً وخيرها ما كان فيه ذكر الله والتغني بذكره تعالى.
Adapun mengenai lagu dan nyanyian, maka ianya adalah hiburan, namun lagu dan nyanyian itu tergantung pada lirik dan syi'irnya yang terdapat pada album (kaset/cd).
Sekiranya lirik-lirik lagu itu berupa syi'ir-syi'ir percintaan, yang dipenuhi kata-kata cinta, maka ianya adalah fitnah godaan bagi orang-orang yang beriman, demikian itu merupakan album (kaset/cd/tape) yang makruh.
Barangkali ada anak gadis yang terjebak dalam kekejian disebabkan ada seseorang anak remaja kenalannya menghadiahkan untuknya album nyanyian, lalu dia mengatakan pada anak gadis itu bahawa pada album nyanyian tersebut terdapat lirik-lirik yang mengungkapkan rasa hati dan perasaannya terhadap anak gadis itu.
Kemudian si gadis akan mendengarkan lagu itu berulang kali padahal mereka sedang menipu dan mempermainkan perasaan anak gadis itu dengan kata-kata yang mempesona, maka album-album dengan nyanyian sebegitu termasuk dari langkah-langkah syaitan.
Adapun lagu dan nyanyian yang tidak mengandungi fitnah, yang tidak merangsang nafsu dan tidak membangkitkan kegelisahan, maka tiada kemakruhan padanya. Sebaik-baik lagu adalah yang padanya terdapat zikir Allah, nyanyian yang mendatangkan ingatan kepada Allah Ta'ala.
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
___________
sumber:
https://albushra-islamia.net/showthread.php?t=1159