( ردود الإمام المهدي إلى أبي وهبي )
(Balasan Imam Mahdi Kepada Abu Wahbi)
1
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
13 - 06 - 1430 هـ
07 - 06 - 2009 مـ
01:25 صباحاً
ــــــــــــــــ
الخليفة من بعد محمد رسول الله (ص) هو الإمام علي ولكنه سكت عن حقِّه في الكتاب..
Khalifah setelah Muhammad Rasulullah SAW adalah Imam Ali RA, namun beliau tidak menuntut haknya dalam Kitabullah..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمُرسلين النَّبيّ الأميّ الأمين وآله الطيبين والتابعين للحقّ إلى يوم الدين، وأنا المهديّ المنتظَر أصلي وأسلمُ على الإمام علي وأبي بكرٍ وعُمرٍ، ثم أُصلي وأسُلم عليهم تسليماً كثيراً وأشهدُ لله بالحقّ أن الخليفة من بعد محمد رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- هو الإمام علي ولكنه سكت عن حقه في الكتاب! ولكني أشكر أبا بكر وعُمر، فلولا عُمر لعصفت بالمُسلمين فتنةٌ كُبرى من بادئ الأمر من بعد موت محمد رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم، فقال الأنصار: "بل الخليفة منا"، وقال المهاجرون: "من الأنصار خليفة والمهاجرين خليفة"، ولكن عُمر حسم الأمر فاختار أبا بكر، وغفر الله لعُمر فلا ألومه على اختيار أبي بكر ولو لم يكن هو الخليفة في الكتاب، ولكن عُمر بن الخطاب أنقذ المُسلمين من فتنةٍ كُبرى كادت تعصف بالمهاجرين والأنصار.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup Para Nabi dan Rasul, seorang Nabi yang ummi lagi terpercaya, juga ke atas keluarganya yang baik serta para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan.
Aku Al-Mahdi Al-Muntazhar, aku bersholawat dan mengucapkan salam ke atas Imam Ali, Abu Bakar dan 'Umar, aku bersholawat dan mengucapkan salam penghormatan kepada mereka semua sebanyak-banyaknya, aku bersaksi kepada Allah dengan kebenaran, bahawasanya khalifah setelah Muhammad Rasulullah SAW adalah Imam Ali, akan tetapi beliau tidak menuntut haknya dalam Kitabullah
!
Namun aku bersyukur dan berterima kasih kepada sahabat Abu Bakar dan 'Umar, kalau seandainya 'Umar tiada nescaya fitnah yang besar melanda, dan menghancurkan kaum muslimin sejak awal lagi sebaik sahaja setelah wafatnya Muhammad Rasulullah SAW, yang mana kaum Ansar berkata: "Bahkan Khalifah dari golongan kami", manakala kaum Muhajirin pula berkata: "Dari kaum Anshar seorang khalifah, dan dari kaum Muhajirin seorang khalifah".
Akan tetapi 'Umar telah mengakhiri dan memutuskan perkara dengan memilih Abu Bakar, semoga Allah mengampuni sahabat 'Umar, aku tidak mencelanya kerana memilih sahabat Abu Bakar walaupun Abu Bakar bukanlah khalifah yang sepatutnya dalam Kitabullah setelah Rasulullah, akan tetapi sahabat 'Umar Al-Khattab telah menyelamatkan kaum muslimin dari fitnah besar yang hampir-hampir sahaja menghancurkan kaum Muhajirin dan Anshar.
وأنا المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّكم أصلّي على الإمام علي وأبا بكر وعُمر، وآمر الأنصار جميعاً أن يصلوا على الإمام علي وأبا بكر وعُمر رضي الله عنهم وأرضاهم، وأنهاك يا أبا وهبي أن تخوض في أولئك القوم، فلا تذكرهم بسوءٍ ولست أنت الحكم بينهم أخي الكريم؛ بل إلى الله مرجعهم فيحكمُ بينهم فيما كانوا فيه يختلفون ولن يُحاسبك الله بأخطائهم بل حسابهم على ربّهم، وتذكر قول الله تعالى: {تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ وَلاَ تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:134].
Aku adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak dari Tuhan kalian, aku bersholawat ke atas Imam Ali, sahabat Abu Bakar dan 'Umar, aku perintahkan para ansharku semua untuk bersholawat ke atas Imam Ali, Abu Bakar dan 'Umar, semoga Allah meredhai mereka dan membuat mereka redha.
Aku larang kamu wahai Abu Wahbi (forumer) untuk sibuk masuk campur dengan mempersoalkan urusan mereka ini, janganlah engkau menyebutkan mereka dengan keburukan, bukan engkau yang menghukumi di antara mereka wahai saudaraku yang budiman; bahkan hanya kepada Allah-lah tempat kembali mereka, lalu Dia menghukumi di antara mereka pada perkara yang mereka perselisihkan.
Allah tidak akan menghisab engkau dengan kesalahan-kesalahan mereka, Dia-lah yang akan memperhitungkan amalan mereka.
Ingatlah engkau akan firman Allah Ta'ala:
Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban tentang apa yang telah mereka kerjakan. (134)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
فاسعَ مع الإمام المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّك لجمع شمل المُسلمين وتوحيد صفهم لتقوى شوكتهم فنذهب ضعفهم فتكون كلمة الله هي العُليا في العالمين إن كنت من الصادقين، وأنا الإمام المهديّ المنتظَر الحقّ من ربّك أولى منك بأبتي الإمام علي بن أبي طالب عليه الصلاة والسلام، ولكن يا أبا وهبي فلنفترض أنك أتيتنا بالبرهان أن الإمام علي هو الخليفة من بعد محمدٍ رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- فما الفائدة أخي الكريم؟ فتلك أمّةٌ قد خلت لها ما كسبت ولكم ما كسبتم ولن يُحاسبكم الله على أخطائهم، فتذكر قول الله تعالى: {تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ وَلاَ تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:134].
Berjuanglah engkau bersama-sama Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak dari Tuhanmu untuk menyatukan kaum muslimin dan menyatukan barisan mereka, untuk menguatkan kekuatan dan kekuasaan mereka, kita lenyapkan kelemahan yang ada pada mereka, agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi di seluruh dunia, jika sungguh engkau ini di kalangan orang-orang yang benar.
Aku Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak dari Tuhanmu, aku lebih utama darimu dengan ayahandaku Imam Ali bin Abi Thalib AS, namun wahai Abu Wahbi, mari kita berasumsi, katalah engkau benar-benar bawakan bukti kepada kami bahawa Imam Ali adalah khalifah setelah kewafatan Muhammad Rasulullah SAW, namun apa faedahnya wahai saudaraku yang mulia
?
Mereka itu adalah umat yang telah berlalu, bagi mereka apa yang mereka usahakan dan bagi kalian apa yang kalian usahakan, Allah tidak akan memperhitungkan kalian atas kesalahan-kesalahan mereka, ingatlah engkau akan firman Allah Ta'ala:
Itu adalah umat yang lalu; baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungjawaban tentang apa yang telah mereka kerjakan. (134)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
وأنا الإمام المهديّ المنتظَر الحقّ من ربكم، أريد أن أجعل الشيعة والسنة وكافة المذاهب الإسلامية حزباً واحداً في صفٍ واحدٍ، أولئك حزب الله الحقّ بقيادة الإمام المهديّ المنتظَر الحقّ ناصر محمد اليماني؛ أفلا يكفيكم ما مضى من السنين يا معشر الشيعة والسنة؟ فاتقوا الله واتبعوني أهدكم صراطاً سوياً وأحكمُ بينكم فيما كنتم فيه تختلفون فأوحد صفكم وأجمع شملكم فتقوى شوكتكم فيذهب ضعفكم فتكون لكم العزة والقوة في البلاد فنرفع ظُلم الإنسان لأخيه الإنسان ونأمر بالمعروف وننهى عن المُنكر ونؤمن بالله تصديقاً لقول الله تعالى:
{كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ}
صدق الله العظيم [آل عمران:110].
Akulah Al-Imam Al-Mahdi yang hak dari Tuhan kalian, aku mahu jadikan kelompok Syi'ah, Sunnah dan seluruh kelompok mazhab dalam Islam menjadi satu golongan dalam satu barisan, mereka itulah golongan Allah yang hak dengan kepimpinan Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar yang hak, Naser Mohammed Al-Yamani; apakah tidak cukup bagi kalian persengketaan yang telah berlalu selama bertahun-tahun wahai sekalian Syi'ah dan Sunnah
?
Maka bertakwalah kalian kepada Allah dan ikutilah aku, nescaya aku tuntun kalian ke jalan yang lurus dan aku berikan keputusan dengan adil antara kalian pada segala perkara yang kalian perselisihkan, aku satukan shaff kalian dan kumpulkan kesatuan dan perpaduan kalian, untuk meneguhkan kekuatan dan kekuasaan kalian dengan melenyapkan kelemahan kalian sehingga kalian mendapatkan kemuliaan dan kekuasaan di negara kalian, supaya kita dapat hentikan penindasan dan kezaliman manusia terhadap sesama manusia, kita perintahkan kebaikan dan cegah kemungkaran, dan bersama-sama kita beriman kepada Allah.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (110)
Maha Benar Allah
[Keluarga 'Imran]
ويا إخواني معشر الشيعة والسنة، ويا أحبائي معشر السنة والشيعة، اتقو الله واعتصموا بحبل الله القرآن العظيم وأعرضوا عمَّا خالف لمحكم القرآن العظيم وكونوا كالقوم الذين كانوا مع محمد رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم بادئ هذا الأمر من قبل أن يفرقوا دينهم شيعاً فكانوا يتفادون بالأرواح مُستمكين بكتاب الله وسنة رسوله الحقّ فألفَ الله بين قلوبهم فأصبحوا بنعمة الله إخوانا تصديقاً لقول الله تعالى: {وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ} صدق الله العظيم [آل عمران:103]، فتذكروا قول الله تعالى:{كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ} صدق الله العظيم.
Wahai saudara-saudaraku sekalian Syiah dan Sunnah, wahai para kekasihku sekalian Sunnah dan Syi'ah, bertakwalah kalian kepada Allah dan berpegang teguhlah kalian dengan tali Allah Al-Qur'an yang agung, dan tinggalkanlah semua perkara yang bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an yang mulia.
Jadilah kalian semua seperti kaum yang telah bersama-sama Muhammad Rasulullah SAW pada awal urusan ini sebelum mereka memecah belah agama mereka menjadi bergolongan dan berpuak-puak, mereka telah menyelamatkan jiwa-jiwa mereka dengan berpegang teguh pada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah yang benar.
Maka Allah mempersatukan hati mereka lalu mereka menjadi kerana nikmat Allah sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara, pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Dan berpeganglah kalian semua kepada tali [agama] Allah, dan janganlah kalian bercerai berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu [masa Jahiliyah] bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu menjadilah kalian karena ni’mat Allah sebagai orang-orang yang bersaudara; dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (103)
Maha Benar Allah
[Keluarga 'Imran]
Ingatlah kalian semua akan firman Allah Ta'ala:
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk.
Maha Benar Allah.
وأنا الإمام المهدي الحقّ من ربكم، ولعنة الله عليّ إذا اخترت نفسي أن أكون المهديّ المنتظَر من ذات نفسي؛ بل أقسمُ بالله العلي العظيم البر الرحيم الذي خلق الإنسان من طين وأسجد له ملائكته المُقربين أن الذي اختارني خليفة الله في الأرض أنه الله صاحب المُلك والملكوت يؤتي مُلكه من يشاء أفلا تتقون! وأيَّدني بسُلطان العلم فزادني على كافة عُلماء المُسلمين والنصارى واليهود بسطة في العلم ولن يحاجّني مُسلمٌ أو نصرانيٌ أو يهوديٌ من القُرآن العظيم إلا هيمنتُ عليه بإذن الله بسُلطان العلم حتى يُسلم للحقّ تسليماً أو يعرض عن كتاب الله فيحكمُ الله بيني وبينه بالحقّ وهو أسرعُ الحاسبين، وإن أبيتم أجمعين أظهرني الله عليكم وعلى الناس أجمعين بعذاب أليمٍ في ليلةٍ وأنتم صاغرون.
Aku adalah Al-Imam Al-Mahdi yang hak dari Tuhan kalian, laknat Allah ke atasku sekiranya aku memilih diriku untuk menjadi Al-Mahdi Al-Muntazhar dari pilihanku sendiri;
Namun aku bersumpah demi Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung, yang Maha Melimpahkan kebaikan lagi Maha Mengasihani, yang telah menciptakan manusia dari tanah, lalu Allah membuatkan para malaikat-Nya yang didekatkan bersujud menghormatinya (Adam AS), bahawasanya yang telah memilihku sebagai khalifah Allah di bumi adalah Allah.
Dia-lah pemilik kekuasaan dan pemerintahan kerajaan alam malakut seluruhnya, Dia-lah yang memberikan pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, maka mengapa kalian tidak bertakwa dan merasa takut kepada Allah
!
Allah telah meneguhkanku dengan bukti penguasaan ilmu pengetahuan Al-Qur'an, Dia telah menambahkan kepadaku ilmu pengetahuan yang luas melampaui seluruh ulama kaum muslimin, Nasrani dan Yahudi, hinggakan tiada sesiapa dari kalangan mereka yang mendebatku mengenai Al-Qur'an ini kecuali aku pasti mengungguli dan mengalahkannya dengan izin Allah, dengan penguasaan ilmu pengetahuan sehinggalah dia pasrah dan menyerah terhadap kebenaran dengan sebenar-benarnya, atau dia berpaling dari Kitabullah lalu Allah menghukumi antara aku dan dia dengan kebenaran, sedang Dia-lah yang Maha Cepat membuat perhitungan.
Jika sekiranya kalian semua enggan dan menolak, maka Allah pasti menzahirkanku kepada kalian dan semua manusia dengan azab seksaan yang pedih pada suatu malam sedang kalian tertunduk patuh.
وسلامُ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
خليفة الله وعبده الإمام المهدي ؛ ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Khalifah Allah dan hamba-Nya Al-Imam Al-Mahdi;
Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.net/showthread.php?t=1904