بيان الإمام المهديّ عن فتنة الماسونيّة العالميّة طلائع المسيح الكذاب..


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــ


بيان الإمام المهديّ عن فتنة الماسونيّة العالميّة طلائع المسيح الكذاب..

Bayan Al-Imam Al-Mahdi Mengenai Fitnah Freemason Antarabangsa, Perintis Yang Membuka Jalan Untuk Dajjal Al-Masih Al-Kadzdzaab..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمرسلين وآله الطيبين الطاهرين والتابعين للحقّ إلى يوم الدين، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Penutup para nabi dan rasul beserta keluarganya yang baik lagi suci dari syirik, juga ke atas para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan, salam sejahtera ke atas para rasul dan segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


ويا علماء المسلمين وأُمّتهم، أزفت الآزفة ليس لها من دون الله كاشفة، واقترب وعد الله بنصر خليفته ببأسٍ شديد من لدنه فيظهره على العالمين؛ بآيةٍ من السماء فيُظهره بها على العالمين في ليلةٍ وهم صاغرون، وصار عُمر دعوة الإمام المهديّ في عامها السادس وهو يدعو العالمين إلى الإيمان بكتاب الله القرآن العظيم واتّباعه والاحتكام إليه فكان أول كافرٍ بدعوة الاحتكام إلى كتاب الله وإتّباعه هُم المسلمون المؤمنون بكتاب الله القرآن العظيم إلّا قليلاً من أولي الألباب! وسبب كُفر ممّن أظهرهم الله على دعوة المهديّ المنتظَر من العالمين هو عدم تصديق المسلمين بدعوة المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني فيحسبوه رجُلاً بِهِ جنّة أو اعتراه مسّ شيطانٍ رجيمٍ ولم يقيموا لهُ وزناً، وما أُريد قوله إلى كافة علماء المسلمين وأُمّتهم هو: فهل هُم حقاً لا يزالوا مسلمين مؤمنين بما أنزل الله على محمد في القرآن العظيم؟ أم لم يبقَ من الإسلام إلّا اسمه ومن القرآن إلّا رسمه المحفوظ بين أيديهم؟ فإن كان جوابكم هو قولكم: "بل نحنُ مسلمون لربّ العالمين ومُؤمنون بما تنزّل على محمد - صلّى الله عليه وآله وسلّم - في القرآن العظيم"، ومن ثُمّ يردُّ عليهم الإمام ناصر محمد اليماني وأقول: فأجيبوا الدعوة إلى الاحتكام إلى كتاب الله واتّباعه إن كنتم صادقين

Wahai ulama muslim dan umatnya, telah dekat terjadinya Hari Kiamat, tidak ada yang menyatakan terjadinya hari itu selain Allah, dan telah dekat janji Allah dengan kemenangan buat khalifah-Nya, dengan kekuatan yang hebat dari sisi-Nya untuk menzahirkan khalifah-Nya kepada dunia; dengan petanda yang datang dari langit, lalu Dia menzahirkan khalifah-Nya dengan petanda itu kepada dunia pada suatu malam, sedang manusia dalam keadaan tertunduk patuh.

Tempoh seruan dakwah Imam Mahdi telah berada di tahun yang keenam, sedang dia tetap menyeru kepada umat manusia supaya beriman kepada Kitabullah Al-Qur’an, Imam Mahdi menyeru manusia supaya mengikuti Al-Qur’an dan kembali berhukum dengan Al-Qur’an.

Namun yang pertama-tama sekali mengingkari seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur’an dan mengikutinya adalah orang-orang Islam yang beriman dengan Al-Qur’an kecuali hanya sedikit sahaja dari kalangan Ulul Albaab
!


Penyebab keingkaran orang-orang yang telah Allah tunjukkan kepada mereka seruan Imam Mahdi adalah disebabkan tidak adanya pembenaran dari kaum muslimin terhadap seruan Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, kerana mereka menyangka dia lelaki gila atau dirasuk syaitan, lalu mereka tidak mengadakan suatu penilaian terhadapnya.

Apa yang ingin aku katakan kepada semua ulama Islam dan umatnya adalah:

Adakah mereka ini benar-benar masih sebagai orang-orang Islam yang beriman kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Muhammad dalam Al-Qur’an
?

Ataukah tidak tersisa dari Islam itu selain namanya sahaja, dan tidak tersisa dari Al-Qur’an itu selain tulisannya sahaja yang terpelihara di tangan-tangan mereka
?

Sekiranya mereka menjawab:

“Bahkan kami ini adalah orang-orang Islam yang berserah diri kepada Allah, dan kami mengimani wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW dalam Al-Qur’an”.

Untuk itu Imam Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka aku katakan:

Jika begitu, sambutlah kalian akan seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah dan mengikutinya jika sungguh kalian orang-orang yang benar.



ويا علماء أُمّة الإسلام لا تُعرضوا عن دعوة الإمام ناصر محمد اليماني على كُلّ الأحوال، سواءً يكون ناصر محمد اليماني على الحقّ أم من الضالين المُضلين، وعلى كُلّ الأحوال فقد وجب عليكم الاستجابة للحوار حتى يتبيّن لكم شأن ناصر محمد اليماني، فهل هو حقاً المهديّ المنتظَر خليفة الله المُصطفى من ربّ العالمين؟ فإن تبيّن لكم أنه ذو عِلم لما علّمه الله فلا يجتمع النور والظُلمات فاستجيبوا لداعي الحقّ واتّبعوه فعزروه فتنصروه قبل أن ينصره الله بعذابٍ شديد بآية الدُخان المُبين فيغشى الناس مِنهُ عذابٌ أليم، وإن كان ناصر محمد اليماني على ضلالٍ مُبين فسوف تُنقذون المسلمين من أن يضللهم ناصر محمد اليماني لو كان على ضلالٍ مُبين، فقد وجب عليكم الذود عن حياض الدين.

Wahai ulama umat Islam, janganlah kalian berpaling dari seruan dakwah Imam Naser Mohammed Al-Yamani dalam keadaan apapun, sama ada Naser Mohammed Al-Yamani berada di atas kebenaran ataupun dia termasuk kalangan yang sesat dan menyesatkan.

Dalam apa keadaan sekalipun, sesungguhnya menjadi kewajiban kalian untuk menyambutnya dengan berhiwar, agar jelas bagi kalian perkara Naser Mohammed Al-Yamani, adakah dia benar-benar Al-Mahdi khalifah Allah yang dipilih oleh Tuhan Semesta Alam
?

Sekiranya telah jelas bagi kalian bahawa dia memiliki ilmu pengetahuan yang Allah ajarkan kepadanya - kerana cahaya dan kegelapan tidak dapat berkumpul-, maka sambutlah penyeru kebenaran itu dan ikutilah dia dengan memuliakannya dan menolongnya, sebelum Allah menolongnya dengan azab seksaan yang keras, dengan petanda Ad-Dukhan yang nyata, yang meliputi manusia dengannya oleh azab seksaan yang memedihkan.

Dan sekiranya Naser Mohammed Al-Yamani berada di atas kesesatan yang nyata, maka kelak kalian dapat menyelamatkan kaum muslimin, dari disesatkan oleh Naser Mohammed Al-Yamani, jika dia berada di atas kesesatan yang nyata, kerana telah menjadi kewajiban atas kalian untuk mempertahankan dan membela agama Islam ini.



ويا أُمّة الإسلام فلا نزال نُشهدكم على علمائكم وعلى أنفسكم وأُشهدُ الله عليكم وكفى بالله شهيداً، فإني لا أقول لكم إني نبيٌ جديد؛ بل أشهدُ بما تشهدون أن خاتم الأنبياء والمرسلين هو محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ مَّا كَانَ محمد أَبَا أَحَدٍ مِّن رِّجَالِكُمْ وَلَٰكِن رَّسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿٤٠﴾ } صدق الله العظيم [الأحزاب]

Wahai umat Islam, kami tetap menjadikan kalian sebagai saksi terhadap ulama kalian dan terhadap diri kalian sendiri, dan aku menjadikan Allah sebagai saksi terhadap kalian, cukuplah Allah sebagai yang Maha Menyaksikan

Sesungguhnya aku tidak mengatakan kepada kalian bahawa aku ini nabi baru; bahkan aku bersaksi sebagaimana persaksian kalian bahawa Penutup para nabi dan rasul adalah Muhammad Rasulullah SAW, pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu , tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Maha Benar Allah
[Al-Ahzaab]


والسؤال الذي يطرح نفسه للعقل والمنطق: فما دام الإمام المهديّ لم يجعله الله نبياً جديداً بكتابٍ جديدٍ فأصبح من المنطق أن يُحاجكم المهديّ المنتظَر بما تنزّل على خاتم الأنبياء والمرسلين محمد صلّى الله عليه وآله وسلّم بسُلطان العِلم من مُحكم القرآن العظيم إن كان هو الإمام المهديّ الحقّ من ربّ العالمين، فقد جعل الله بُرهان الصدق هو سُلطان العِلم من ربّ العالمين، تصديقاً لقول الله تعالى:

{ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ هَٰذَا ذِكْرُ مَن مَّعِيَ وَذِكْرُ مَن قَبْلِي بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ الحقّ فَهُم مُّعْرِضُونَ }
صدق الله العظيم [الأنبياء:24]

Persoalannya:

Selagimana Imam Mahdi itu tidak dijadikan oleh Allah sebagai nabi baru dengan kitab baru, maka tentulah masuk akal Imam menghujah kalian dengan wahyu yang diturunkan kepada Penutup para nabi dan rasul, Muhammad Rasulullah SAW, dengan bukti ilmu pengetahuan dari muhkam Al-Qur’an, jika benar dia Imam Mahdi yang sejati dari Tuhan Semesta Alam.

Ini kerana sesungguhnya Allah telah menjadikan bukti kebenaran adalah kekuatan hujah keterangan ilmu pengetahuan dari Tuhan Semesta Alam, pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Katakanlah: "Unjukkanlah hujjahmu! ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang-orang yang sebelumku ". Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, karena itu mereka berpaling.
Maha Benar Allah
[Al-Anbiyaa]


ويا علماء المسلمين وأُمّتهم، إنكم تعلمون أن دعوة الإمام المهديّ إذا حضر فلا بد أن يدعو المسلمين والنّصارى والناس أجمعين. والسؤال الذي يطرح نفسه: فهل من المعقول أن يُحاجِج المهديّ المنتظَر أُمّة البشر من كتاب بحار الأنوار أو كتاب البُخاري ومسلم حتى ولو كان فيهم شيءٌ من الحقّ؟ ولكن الله لم يجعل كتاب بحار الأنوار ولا كتاب البُخاري ومسلم حُجّته على البشر؛ بل حُجّة الله على محمد - صلّى الله عليه وآله وسلّم - والأُمّيّين والناس أجمعين هو كتاب الذكر القرآن العظيم الذي أمر الله رسوله ومن تبعهُ أن يعتصموا به فيتّبعوه ويكفروا بما خالف لمُحكمه، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ فَاسْتَمْسِكْ بِالَّذِي أُوحِيَ إِلَيْكَ إِنَّكَ عَلَىٰ صِرَاطٍ مستقِيمٍ ﴿٤٣﴾ وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَّكَ وَلِقَوْمِكَ وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ ﴿٤٤﴾ } صدق الله العظيم [الزخرف]

Wahai ulama Islam dan umatnya, sesungguhnya kalian mengetahui seruan dakwah Imam Mahdi tatkala dia hadir, tentulah Al-Mahdi akan menyeru kaum muslimin, umat Nasrani dan manusia seluruhnya.

Persoalannya adalah:

Adakah masuk akal jika Imam Mahdi menghujjah umat manusia dengan kitab Bihaar Al-Anwaar atau kitab Bukhari Muslim, meskipun ada perkara yang benar dalam kitab-kitab itu
?

Akan tetapi Allah tidak menjadikan kitab Bihaar Al-Anwaar atau kitab Bukhari Muslim sebagai hujjahnya terhadap manusia; bahkan hujjah Allah terhadap Muhammad SAW, Al-Ummiyyuun dan terhadap seluruh manusia adalah kitab-Nya Al-Qur’an.

Itulah Kitabullah yang telah Allah perintahkan kepada rasul-Nya dan para pengikut rasul, agar mereka berpegang teguh dengannya dan mengikuti ajaran dan aturannya, serta mengingkari perkara yang bertentangan dengan muhkam Al-Qur’an.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus.

Dan sesungguhnya Al Qur'an itu benar-benar adalah suatu kemuliaan besar bagimu dan bagi kaummu dan kelak kamu akan diminta pertanggungan jawab.
Maha Benar Allah
[Az-Zukhruf]



إذاً أمر الاستمساك بكتاب الله القرآن العظيم صدر من الله إلى نبيّه ومن آمن به من قومه. والسؤال الذي يطرح نفسه: فهل وجدتم أمر ناصر محمد اليماني هو ذاته أمر الله إليكم أن تستمسكوا بكتاب الله القرآن العظيم وتكفروا بما خالف لمُحكم كتاب الله القرآن العظيم؟ ولن تجدوا ناصر محمد اليماني يكفُر بالتوراة ولا بالإنجيل ولا بالسُنة النّبويّة، وإنما آمركم أن ما وجدتم أنه خالف لمُحكم كتاب الله فاكفروا به سواءً يكون في التوراة أو في الإنجيل أو في السُنة النّبويّة، وذلك لأن الله لم يعدكم بحفظهم من التحريف والتزييف في التوراة والإنجيل. وقال الله تعالى:
{ فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ ﴿٧٩﴾ } صدق الله العظيم [البقرة]

Jika demikian, maka perintah untuk berpegang teguh dengan Kitabullah Al-Qur’an adalah bersumber dari perintah Allah kepada nabi-Nya dan kepada umat nabi yang beriman dengannya.

Persoalannya:

Bukankah kalian temukan bahawa perintah Naser Mohammed Al-Yamani adalah perintah yang sama dengan perintah Allah kepada kalian, supaya kalian berpegang teguh dengan Kitabullah Al-Qur’an dan menolak semua perkara yang menyalahi muhkam Al-Qur’an
?

Kalian tidak akan temukan Naser Mohammed Al-Yamani mengingkari Taurat, Injil dan tidak pula mengingkari Sunnah Nabawiyah, hanya sahaja aku perintahkan kepada kalian, jika kalian temukan suatu perkara yang bertentangan dengan Kitabullah, maka tolaklah perkara itu, sama sahaja apakah ianya dalam Taurat, dalam Injil ataupun dalam Sunnah Nabawiyah.

Demikian ini kerana Allah tidak menjanjikan untuk memelihara dan menjaga kitab-kitab itu dari sebarang perubahan dan pemalsuan, yakni pada kitab Taurat dan Injil.

Allah Ta’ala berfirman:

Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]


إذاً فقد أفتاكم الله عن المُجرمين الذين يفترون على الله في التوراة والإنجيل ويقول هو من عند الله وما هو من عند الله. وقال الله تعالى:
{ ذَٰلِكَ نَتْلُوهُ عَلَيْكَ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ ﴿٥٨﴾ إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِن تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُن فَيَكُونُ ﴿٥٩﴾ الحقّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُن مِّنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿٦٠﴾ فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وَأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ ﴿٦١﴾ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الحقّ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ ﴿٦٢﴾ فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ ﴿٦٣﴾ قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مسلمونَ ﴿٦٤﴾ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنجِيلُ إِلَّا مِن بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿٦٥﴾ هَا أَنتُمْ هَٰؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿٦٦﴾ مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمَاً وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿٦٧﴾ إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٦٨﴾ وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٦٩﴾ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ ﴿٧٠﴾ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الحقّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الحقّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٧١﴾ وَقَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٧٢﴾ وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَن تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ أَن يُؤْتَىٰ أَحَدٌ مِّثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِندَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٧٣﴾ يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿٧٤﴾ وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿٧٥﴾ بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ ﴿٧٦﴾ إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٧٧﴾ وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿٧٨﴾ مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كنتمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كنتمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩﴾ وَلَا يَأْمركُمْ أَن تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمركُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مسلمونَ ﴿٨٠﴾ وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ ﴿٨١﴾ فَمَن تَوَلَّىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٨٢﴾ أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَالنَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مسلمونَ ﴿٨٤﴾ وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْمًا كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُوا أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ وَجَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٨٦﴾ أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ ﴿٨٧﴾ خَالِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٨٩﴾ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ ثُمَّ ازْدَادُوا كُفْرًا لَّن تُقْبَلَ تَوْبَتُهُمْ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الضَّالُّونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَمَاتُوا وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَن يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِم مِّلْءُ الْأَرْضِ ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَىٰ بِهِ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُم مِّن نَّاصِرِينَ ﴿٩١﴾ لَن تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ ﴿٩٢﴾ } صدق الله العظيم [آل عمران]

Jika demikian, maka sesungguhnya Allah telah menyatakan kepada kalian mengenai para penjenayah dan pendosa itu, yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah dalam Taurat dan Injil, dengan mengatakan ini dari Allah padahal bukan dari sisi-Nya.

Firman Allah Ta’ala:

Demikianlah [kisah Isa], Kami membacakannya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti [kerasulannya] dan [membacakan] Al Qur’an yang penuh hikmah. (58)

Sesungguhnya misal [penciptaan] ’Isa di sisi Allah, adalah seperti [penciptaan] Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" [seorang manusia], maka jadilah dia. (59)

[Apa yang telah Kami ceritakan itu], itulah yang benar, yang datang dari Tuhanmu, karena itu janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu. (60)

Siapa yang membantahmu tentang kisah ’Isa sesudah datang ilmu [yang meyakinkan kamu], maka katakanlah [kepadanya]: "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta. (61)

Sesungguhnya ini adalah kisah yang benar, dan tak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Allah; dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (62)

Kemudian jika mereka berpaling [dari kebenaran], maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang-orang yang berbuat kerusakan. (63)

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah [berpegang] kepada suatu kalimat [ketetapan] yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak [pula] sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri [kepada Allah]". (64)

Hai Ahli Kitab, mengapa kamu bantah-membantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berpikir? (65)

Beginilah kamu, kamu ini [sewajarnya] bantah membantah tentang hal yang kamu ketahui, maka kenapa kamu bantah-membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui?; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. (66)

Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan [pula] seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri [kepada Allah] dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik." (67)

Sesungguhnya orang yang paling dekat kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi ini [Muhammad], serta orang-orang yang beriman [kepada Muhammad], dan Allah adalah Pelindung semua orang-orang yang beriman. (68)

Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka [sebenarnya] tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyadarinya. (69)

Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui [kebenarannya]. (70)

Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? (71)

Segolongan [lain] dari Ahli Kitab berkata [kepada sesamanya]: "Perlihatkanlah [seolah-olah] kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman [sahabat-sahabat Rasul] pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka [orang-orang mu’min] kembali [kepada kekafiran]. (72)

Dan Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk [yang harus diikuti] ialah petunjuk Allah, dan [janganlah kamu percaya] bahwa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan [jangan pula kamu percaya] bahwa mereka akan mengalahkan hujjahmu di sisi Tuhanmu". Katakanlah: "Sesungguhnya karunia itu di tangan Allah, Allah memberikan karunia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas [karunia-Nya] lagi Maha Mengetahui"; (73)

Allah menentukan rahmat-Nya [kenabian] kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah mempunyai karunia yang besar. (74)

Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. (75)

[Bukan demikian], sebenarnya siapa yang menepati janji [yang dibuat]nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa. (76)

Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji [nya dengan] Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian [pahala] di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak [pula] akan mensucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih. (77)

Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia [yang dibaca itu datang] dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui. (78)

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi [dia berkata]: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (79)

Dan [tidak wajar pula baginya] menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah [patut] dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah [menganut agama] Islam?" (80)

Dan [ingatlah], ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: "Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, niscaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya". Allah berfirman: "Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami mengakui". Allah berfirman: "Kalau begitu saksikanlah [hai para nabi] dan Aku menjadi saksi [pula] bersama kamu". (81)

Barangsiapa yang berpaling sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (82)

Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. (83)

Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ’Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri." (84)

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima [agama itu] daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (85)

Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa Rasul itu [Muhammad] benar-benar rasul, dan keterangan-keteranganpun telah datang kepada mereka? Allah tidak menunjuki orang-orang yang zalim. (86)

Mereka itu, balasannya ialah: bahwasanya la’nat Allah ditimpakan kepada mereka, [demikian pula] la’nat para malaikat dan manusia seluruhnya, (87)

mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan siksa dari mereka, dan tidak [pula] mereka diberi tangguh, (88)

kecuali orang-orang yang taubat, sesudah [kafir] itu dan mengadakan perbaikan. Karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (89)

Sesungguhnya orang-orang kafir sesudah beriman, kemudian bertambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan diterima taubatnya; dan mereka itulah orang-orang yang sesat. (90)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka emas sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan emas [yang sebanyak] itu. Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong. (91)

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan [yang sempurna], sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (92)

Maha Benar Allah
[Ali ‘Imran]


فانظروا لقول الله تعالى:
{ وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿٧٨﴾ مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كنتمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كنتمْ تَدْرُسُونَ ﴿٧٩﴾ وَلَا يَأْمركُمْ أَن تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا ۗ أَيَأْمركُم بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنتُم مسلمونَ ﴿٨٠﴾ } صدق الله العظيم

Perhatikan firman Allah Ta’ala:

Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: "Ia [yang dibaca itu datang] dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui. (78)

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi [dia berkata]: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (79)

Dan [tidak wajar pula baginya] menyuruhmu menjadikan malaikat dan para nabi sebagai tuhan. Apakah [patut] dia menyuruhmu berbuat kekafiran di waktu kamu sudah [menganut agama] Islam?" (80)
Maha Benar Allah


ويا أُمّة الإسلام لقد أخرجوكم الماسونيّة العالميّة طلائع المسيح الكذاب من النور إلى الظُلمات لأنهم يعلمون أنّهم إذا جعلوكم تُشركون بالله فسوف تكونوا معهم سواءً في نار جهنم، ولذلك جعلوكم تُعظّمون أنبياءكم فتعتقدون أن الوسيلة إلى الله هي حصرياً للأنبياء من دون الصالحين فأشركتم بالله وأضّلوكم عن سواء السبيل، ولذلك فلو يقول الإمام المهديّ لعلماء النّصارى: فهل تعتقدون أنه يحقّ لكم أن تُنافسوا رسول الله المسيح عيسى ابن مريم في حُب الله وقربه؟ فحتماً سوف يُنكرون على المهديّ المنتظَر هذا القول ويحسبوه زوراً وبُهتاناً كبيراً فيقول: "فكيف يحقّ لأتباع رسول الله المسيح عيسى ابن مريم - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أن يُنافسوه في حُب الله وقربه لأنه أولى بالله من أتباعه لأنه ولد الله؟". ومن ثُمّ يردُّ عليهم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول: سبحان ربّي وتعالى علوّاً كبيراً عما يُشركون.

Wahai umat Islam, sesungguhnya Freemason Antarabangsa, yang merintis dan membuka jalan buat Al-Masih Al-Kadzdzaab, mereka telah dapat mengeluarkan kalian dari cahaya menuju kegelapan, kerana mereka tahu bilamana mereka dapat membuatkan kalian jatuh pada syirik dengan menyekutukan Allah, maka kelak kalian akan bersama dengan mereka, sama-sama masuk dalam neraka Jahannam.

Sebab itu mereka membuatkan kalian membesar-besarkan dan melebih-lebihkan para nabi, supaya kalian beriktikad dengan mempercayai bahawa Wasilah kepada Allah hanya tertentu untuk para nabi sahaja tanpa orang-orang sholeh, maka kalian telah menyekutukan Allah dan mereka telah menyesatkan kalian dari jalan yang lurus.

Demikian ini kerana, sekiranya Imam Mahdi menyatakan kepada ulama Nasrani:

Adakah kalian beriktikad bahawa kalian punya hak untuk berlomba-lomba dan bersaing dengan rasul Allah ‘Isa Putera Maryam dalam menggapai kecintaan Allah dan kedekatan dengan-Nya
?

Tentu sahaja kelak mereka akan mengingkari Al-Mahdi atas ucapannya dengan menyangka ucapan itu dusta, sebuah tuduhan besar, lalu mereka mengatakan:

“Bagaimana pula para pengikut Al-Masih ‘Isa Putera Maryam dapat punya hak untuk menyaingi dan berlomba-lomba dengan Rasulullah ‘Isa dalam menggapai cinta Allah dan kedekatan dengan-Nya, kerana ‘Isa lebih utama dan layak untuk itu dengan Allah, sebab dia adalah anak Allah
?”

Untuk itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:

Maha Suci Tuhanku, Dia Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar dari apa-apa yang mereka sekutukan.



وكذلك لو يقول الإمام المهديّ لأحد علماء المسلمين على مُختلف فرقهم وطوائفهم: فهل تعتقدون أنه ينبغي لكم أن تُنافسوا محمداً رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم في حُب الله وقربه فتبتغوا إليه الوسيلة فتُنافسوه في حُب الله وقربه؟ ومن ثُمّ يُجيب على الإمام المهديّ كافة علماء المسلمين على مُختلف فرقهم وطوائفهم برغم اختلافهم إلّا أنّهم سوف يتّفقون على إجابةٍ واحدةٍ موحّدة جميعاً فيقولون: "مهلاً مهلاً يا من يزعم أنه المهديّ المُنتظر؛ بل الوسيلة إلى الله هي حصرياً للأنبياء من دون الصالحين، وبما أن محمداً رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم هو أفضل الأنبياء والمرسلين فحتماً يفوز بالوسيلة الأقرب إلى الله ولا نزال ندعو له بالوسيلة عند إقامة كُلِّ صلاة، فكيف ينبغي لنا نحن الأُمّيّين أتباع محمد رسول الله صلى الله عليه وآله أن نبتغي إلى الله الوسيلة أيّنا يفوز بها فيكون الأحب والأقرب إلى الله؟! هيهات هيهات؛ بل نبيّنا هو الأولى بالوسيلة إلى الله". ومن ثُمّ يردُّ عليهم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول: ويا سبحان ربّي فبرغم اختلافكم إلى شيعٍ وأحزابٍ وكُلّ حزبٍ بما لديهم فرحون إلّا أنكم اتّفقتم على عقيدة الشرك بالله فجعلتم الوسيلة إلى الله حصرياً للأنبياء من دون الصالحين، فأعرضتم عن قول الله تعالى في مُحكم كتابه:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣٥﴾ } صدق الله العظيم [المائدة]

Maka demikian pula sekiranya Al-Imam Al-Mahdi mengatakan kepada seorang dari ulama Islam yang berbeza-beza golongan dan kelompok:

Adakah kalian mempercayai bahawasanya kalian layak untuk menyaingi Muhammad Rasulullah Saw dalam menggapai cinta Allah dan kedekatan-Nya, dengan mencari jalan dan cara (Al-Wasilah) menuju Allah, lalu kalian bersaing dan berlomba-lomba dengannya untuk mendapatkan cinta Allah dan kedekatan dengan-Nya
?

Setelah itu seluruh ulama Islam yang berbeza-beza golongan dan kelompok, meskipun ada perselisihan dan perbezaan di antara mereka, kelak mereka akan menjawab Al-Imam Al-Mahdi dengan sepakat satu suara semuanya, mereka akan mengatakan:

"Nanti, nanti, tenang dulu wahai orang yang menyangka dirinya Al-Mahdi; bahkan Al-Wasilah kepada Allah adalah tertentu hanya untuk para nabi tanpa orang-orang sholeh, oleh kerana Muhammad Rasulullah SAW adalah nabi dan rasul yang paling utama, maka tentulah beliau yang akan berjaya mendapatkan Al-Wasilah yang lebih dekat kepada Allah"

"Kami tetap mendoakan untuknya dengan Al-Wasilah ketika azan dan iqamah pada setiap sholat, bagaimana pula kami layak untuk menginginkan Al-Wasilah menuju Allah, siapa antara kita yang berjaya dapatkannya hingga menjadi hamba yang paling cinta dan dekat dengan Allah, sedangkan kami ini hanya orang-orang ummi yang mengikuti Muhammad Rasulullah SAW?! Jauh, jauh sekali; bahkan nabi kitalah yang lebih utama dan lebih layak dengan Al-Wasilah menuju Allah"

Untuk itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:

Ya Subhaanallaah, aduhai Maha Suci Allah Tuhanku, meskipun mereka berbeza golongan dan berpuak-puak -yang mana setiap golongan berbangga dengan ilmu yang ada pada mereka-, namun kalian sepakat dalam akidah kepercayaan yang syirik menyekutukan Allah, dengan menjadikan Al-Wasilah menuju Allah hanya tertentu untuk para nabi sahaja tanpa orang-orang sholeh, maka kalian telah berpaling dan mengabaikan firman Allah Ta’ala dalam muhkam kitab-Nya:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (Al-Wasilah), dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (35)
Maha Benar Allah
[Al-Maaidah]


وأمركم الله أن تهتدوا بهدي أنبيائه ورُسله فجميعهم متنافسون إلى ربّهم فيبتغون إليه الوسيلة أيّهم أقرب، تصديقاً لقول الله تعالى:
{ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ } صدق الله العظيم [الإسراء:57]

Allah telah memerintahkan kalian agar mendapatkan bimbingan dari petunjuk para nabi dan rasul Allah, kesemua mereka itu bersaing dan berlomba-lomba menuju kepada Allah Tuhan mereka, kesemuanya mencari Al-Wasilah (cara dan jalan) untuk menuju Allah, siapa antara mereka yang lebih dekat dengan-Nya.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka (Al-Wasilah), siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang [harus] ditakuti. (57)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]


فلما لا تهتدون بهدي الأنبياء والمرسلين فتنّضموا إلى العبيد الذين هداهم الله من العالمين؟ فجميعهم يبتغون إلى ربهم الوسيلة أيّهم أقرب ويرجون رحمته ويخافون عذابه؛ أفلا تتقون؟! فتذكروا قول الله تعالى:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣٥﴾ } صدق الله العظيم

Lalu mengapakah kalian tidak mendapatkan bimbingan dengan petunjuk para nabi dan rasul, untuk bergabung dengan para hamba dari seluruh dunia yang telah Allah berikan petunjuk-Nya kepada mereka
?

Kesemuanya mereka itu mencari jalan dan cara menuju kepada Allah, siapa antara mereka yang paling dekat dengan-Nya, mereka mengharapkan rahmat Allah dan takut terhadap azab seksaan dari-Nya; maka mengapakah kalian tidak bertakwa kepada Allah, mengapa kalian tidak takut kepada-Nya
?!

Ingatlah kalian akan firman Allah Ta’ala:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (Al-Wasilah), dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (35)
Maha Benar Allah


ويا معشر من آمن بالله، إني الإمام المهديّ أدعوكم إلى كلمةٍ سواءٍ بيني وبينكم إلى لا إله إلّا الله وحده لا شريك له فتلك كلمةٌ سواء بيني وبينكم، فلكم من الحقّ في الله ما للإمام المهديّ ولكافة الأنبياء والمرسلين فلا فرق بيننا وبينكم فنحن لسنا إلّا عبيدٌ لله أمثالكم ولذلك فلكم الحقّ في الله ما للأنبياء والمهديّ المنتظَر، فاستجيبوا إلى عبادة الله وحده لا شريك له وتنافسوا على حُبه وقربه فاتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة أيّكم أقرب، فلمَ تجعلوها حصرياً للأنبياء والمهديّ المنتظَر من دون الصالحين فيعذبكم الله عذاباً نُكراً؟ فو الله أنكم قد أشركتم بالله وأنتم لا تعلمون بسبب تعظيم الأنبياء والمرسلين فتركتم الله حصرياً لهم من دونكم فأصبحتم من الذين لا يؤمنون بالله إلّا وهم به مشركون عبادَه المُقرّبين. وقال الله تعالى:
{ وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللَّهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ ﴿١٠٦﴾ } صدق الله العظيم [يوسف]

Wahai sekalian orang yang beriman kepada Allah; sesungguhnya akulah Imam Mahdi, aku seru kalian semua menuju kepada kalimah yang sama antara aku dan kalian, kepada kalimah tauhid Laa ilaaha illa_Allaahu wahdahu laa syariika lahu, Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa semata tiada sekutu bagi-Nya.

Itulah kalimah yang sama antara aku dan kalian, kalian punya hak yang sama di sisi Allah seperti hak yang sama pada Al-Mahdi dan seluruh nabi dan rasul, tiada perbezaan antara kita, tiadalah kita ini kecuali hanya sebagai hamba-hamba Allah, maka dari itu kalian punya hak di sisi Allah sama seperti hak yang ada pada para nabi dan Imam Mahdi.

Oleh itu sambutlah seruan untuk beribadah kepada Allah yang Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya, bersaing dan berlombalah untuk mendapatkan kecintaan Allah dan kedekatan dengan-Nya, bertakwalah kalian kepada Allah dan carilah Al-Wasilah menuju-Nya, siapa antara kalian yang lebih dekat dengan-Nya.

Jadi, mengapa pula kalian menjadikan Al-Wasilah itu hanya tertentu untuk para nabi dan Imam Mahdi sahaja tanpa menyertakan orang-orang sholeh, yang lantas menyebabkan Allah menyeksa kalian dengan azab seksaan yang tiada taranya
?

Ini kerana demi Allah, sesungguhnya kalian telah menyekutukan Allah sedang kalian tidak mengetahuinya, disebabkan pengagungan kalian dan berlebih-lebihan yang telah kalian lakukan terhadap para nabi dan rasul, lalu kalian meninggalkan dan menyerahkan Allah hanya untuk mereka, tanpa kalian ikut serta bersama mereka saling bersaing (At-Tanaafus) menuju-Nya.

Maka dengan demikian menjadilah kalian ini termasuk kalangan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan Allah dengan peribadatan mereka kepada hamba-hamba Allah yang didekatkan-Nya.

Allah Ta’ala berfirman:

Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah [dengan sembahan-sembahan lain]. (106)
Maha Benar Allah
[Yusuf]


ويا معشر من آمن بالله؛ يا من حصرتم الوسيلة إلى الله للأنبياء من دون الصالحين، فأين أنتم من أمر الله تعالى:
{ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٣٥﴾ } صدق الله العظيم. وقال الله تعالى: { أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا ﴿٥٧﴾ } صدق الله العظيم [الإسراء]

Wahai sekalian orang yang beriman kepada Allah, wahai orang yang membatasi dengan menjadikan Al-Wasilah menuju Allah hanya untuk para nabi sahaja tanpa menyertakan orang-orang sholeh, di manakah kedudukan kalian dari perintah Allah Ta'ala:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (Al-Wasilah), dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (35)
Maha Benar Allah

Firman Allah Ta'ala:

Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka (Al-Wasilah), siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang [harus] ditakuti. (57)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]



فهل ترون فرق في الوسيلة في قول الله تعالى:
{ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ } صدق الله العظيم

Adakah kalian mendapati adanya perbezaan dalam Al Wasilah pada firman Allah Ta'ala:

dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (Al-Wasilah)
Maha Benar Allah


وفي قول الله تعالى:
{ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ } صدق الله العظيم، وذلك الذين لا يؤمنون بالله إلّا وهم مُشركون حتماً سوف يُفرّقون بين الوسيلة في الآيتين، سبحان ربي! أليست الوسيلة إليه { وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ } وكذلك قوله { يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ } صدق الله العظيم؟

Dan pada firman-Nya:

mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka (Al-Wasilah), siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah]
Maha Benar Allah

Adapun orang-orang yang tidak beriman kepada Allah melainkan mereka dalam keadaan mempersekutukan-Nya, tentu kelak mereka ini akan membeza-bezakan Al-Wasilah dalam kedua-dua ayat tadi, Subhaana Rabbii, Maha Suci Tuhanku
!

Bukankah Al Wasilah itu adalah untuk menuju-Nya

dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (Al-Wasilah)

dan demikian juga dalam firman-Nya

mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka (Al-Wasilah)
Maha Benar Allah
?


فكيف السبيل لإنقاذكم وإخراجكم من عبادة العبيد إلى عبادة ربّ العبيد ربّي وربُّكم الله الذي لا إله غيره؟! فكيف يكون على ضلالٍ مبينٍ من يدعوكم إلى عبادة الله وحده لا شريك له مُخلصين وفي حُبه وقربه مُتنافسين إلى يوم الدين؟ فلا يزال صاحب الدرجة العالية عبدٌ مجهول فلم يُفتِكم الله ورسوله فلا يزال عبداً مجهولاً، والحكمة من ذلك لكي يتم تنافُس جميع العبيد من الجنّ والإنس والملائكة إلى الربّ المعبود أيّهم أقرب. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ يَبْتَغُونَ إِلَىٰ رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ ۚ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا } صدق الله العظيم [الإسراء:57]

Bagaimanakah lagi caranya untuk menyelamatkan kalian dan mengeluarkan kalian dari peribadatan kepada hamba menuju peribadatan kepada Tuhan hamba, peribadatan kepada Tuhanku dan Tuhan kalian Allah yang tiada tuhan berhak disembah selain-Nya
?!

Bagaimana pula dapat dikatakan berada atas kesesatan yang nyata, terhadap orang yang menyeru kalian untuk beribadah hanya kepada Allah semata-mata tiada sekutu bagi-Nya, dengan mengikhlaskan diri untuk menggapai cinta-Nya dan kedekatan-Nya, dengan bersaing dan berlomba-lomba untuk itu hingga Hari Pembalasan
?

Ini kerana pemilik derajat yang tinggi itu masih tidak diketahui, Allah dan rasul-Nya tidak menyatakan kepada kalian, hamba yang memiliki derajat yang tinggi itu adalah hamba yang masih tetap menjadi rahasia tidak diketahui lagi.

Hikmah dari yang demikian itu adalah supaya sempurnanya kompetisi, persaingan dan perlumbaan seluruh hamba dari kalangan jinn, manusia dan malaikat untuk menuju kepada Tuhan yang disembah, siapa di antara mereka yang lebih dekat dengan Allah.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta’ala:

mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka (Al-Wasilah), siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah] dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang [harus] ditakuti. (57)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]


فما خطبكم لا ترجون لله وقاراً؟ فاتقوا الله الواحد القهّار واستجيبوا دعوة المهديّ المنتظَر، وإن أبيتم فاشهدوا أني من عبيد الله المُتنافسين في حُب الله وقربه. ولربّما يودّ أحد علماء المسلمين أن يقاطعني ويقول: "مهلاً مهلاً يا ناصر محمد اليماني فنحن علماء المسلمين عبيد لله مُتنافسون في حُب الله وقربه." ومن ثُمّ يردُّ عليه الإمام ناصر محمد اليماني: فهل تُنافسون كافة عبيد الله أم تُعظّمون آخرين منهم فتعتقدون أنه لا ينبغي لكم مُنافستهم في حُب الله وقربه؟ فإن كان الجواب: "نعم نُنافس كافة عبيد الله في حُب الله وقربه إلّا الأنبياء والمرسلين فهم أولى بالله من الصالحين"، ومن ثُمّ يردُّ عليه الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول: فذلك هو الإشراك بالله ومن يُشرك بالله فقد ظلم نفسه وإن الشرك لظلمٌ عظيم.

Ada apa dengan kalian ini tidak mempercayai kebesaran Allah? Bertakwalah kalian kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, sambutlah seruan dakwah Al-Mahdi Al-Muntadhar, namun sekiranya kalian enggan dan menolak, maka saksikanlah bahawasaya aku ini termasuk kalangan hamba-hamba Allah yang bersaing dan berlomba-lomba dalam menggapai cinta Allah dan kedekatan dengan-Nya.

Mungkin ada seorang dari ulama Islam mahu memintas ucapanku dengan mengatakan:

“Nanti dulu, tenang wahai Naser Mohammed Al-Yamani, kami para ulama Islam adalah hamba-hamba Allah yang berlomba-lomba dalam menggapai kecintaan Allah dan kedekatan-Nya”.

Untuk itu Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:

Adakah kalian bersaing dan berlomba-lomba dengan seluruh hamba Allah, ataukah kalian mengagungkan dan melebih-lebihkan sebahagian di antara mereka, lalu kalian beriktikad bahawa tidak layak untuk kalian menyaingi mereka dalam menggapai cinta Allah dan kedekatan-Nya
?

Jika sekiranya jawaban mereka:

“Benar, kami bersaing dengan seluruh hamba Allah untuk menggapai cinta-Nya dan kedekatan dengan-Nya kecuali para nabi dan rasul, kerana mereka itu lebih layak dan lebih utama dengan Allah dari orang-orang sholeh”.

Untuk itu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalasnya, aku katakan:

Maka yang demikian itu adalah syirik, menyekutukan Allah, barangsiapa yang menyekutukan Allah maka sesungguhnya dia telah menzalimi dirinya, sesungguhnya syirik adalah sebuah kezaliman yang besar.



وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخو عبيد الله المُخلصين الذين لا يُشركون به شيئاً الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Saudara hamba-hamba Allah yang ikhlas, yang tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apapun, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

ـــــــــــــــــــــ


sumber:
https://albushra-islamia.net/showthread.php?t=1498