الموضوع: Dari Imam Mahdi kepada yang berilmu di antara manusia dan jin dari kalangan Ulul Albab

النتائج 1 إلى 1 من 1
  1. Post Dari Imam Mahdi kepada yang berilmu di antara manusia dan jin dari kalangan Ulul Albab

    Dari Imam Mahdi kepada yang berilmu di antara manusia dan jin dari kalangan Ulul Albab


    اقتباس المشاركة 183353 من موضوع Sesungguhnya Syaitan-syaitan Jin dan Manusia Telah Berazam Untuk Menyatakan Perang Melawan Imam Mahdi Al Muntazhar Nasser Muhammad Al-Yamani



    من الإمام المهدي إلى عالم الإنس والجنّ من كان منهم من أولي الألباب ..



    - 2 -
    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
    Link postingan asal bayan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Imam Nasser Muhammad Al-Yamani
    13 - 02 - 1434 هـ
    27 - 12 - 2012 مـ
    03:57 صباحاً
    ــــــــــــــــــــ



    من الإمام المهديّ إلى عالم الإنس والجنّ من كان منهم من أولي الألباب..

    Dari Imam Mahdi kepada yang berilmu di antara manusia dan jin dari kalangan Ulul Albab


    بسم الله الواحد القهّار، وصلّى الله على كافة رسل الله من النّور والنّار ومن صلصالٍ كالفخار وآلهم الأطهار وجميع الأبرار التابعين من الجنّ والإنس ومن كل جنسٍ، أما بعد قال الله تعالى: {يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ} صدق الله العظيم [الأنعام:130]. ويا أحباب الله من الإنس والجنّ أحباب الرحمن الموقنين بالقرآن العظيم، فأمّا الجنّ: {فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْ‌آنًا عَجَبًا ﴿١﴾ يَهْدِي إِلَى الرُّ‌شْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَن نُّشْرِ‌كَ بِرَ‌بِّنَا أَحَدًا ﴿٢)} صدق الله العظيم [الجن].

    Dengan menyebut nama Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, semoga sholawat Allah tetap terlimpahkan ke atas seluruh para utusan Allah, yang diciptakan dari cahaya, dan yang diciptakan dari api, dan yang diciptakan dari tanah kering seperti tembikar, dan semoga terlimpahkan juga ke atas keluarga-keluarga mereka yang suci, para Abrar dari kalangan Tabi'in, dari kalangan jin dan manusia dari semua jenis, adapun sesudahnya,

    Allah berfirman:

    { يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإِنسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ }صدق
    الله العظيم


    "Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepada kalian rasul-rasul dari golongan kalian sendiri, yang menyampaikan kepada kalian ayat-ayatKu, dan memberi peringatan kepada kalian terhadap pertemuan kalian dengan hari ini? Mereka berkata: 'Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri', kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir".
    Maha Benar Allah.
    [الأنعام:130]

    Wahai kekasih-kekasih Allah dari kalangan manusia dan jin, yang menjadi kekasih Ar-Rahman orang-orang yang meyakini Al-Qur'an yang agung.

    Adapun golongan jin, maka:

    { فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْ‌آنًا عَجَبًا ﴿١﴾

    "..mereka berkata: 'Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur'an yang menakjubkan"

    يَهْدِي إِلَى الرُّ‌شْدِ فَآمَنَّا بِهِ ۖ وَلَن نُّشْرِ‌كَ بِرَ‌بِّنَا أَحَدًا ﴿٢) }


    Sebuah kitab yang memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya'. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan Tuhan kami dengan seseorangpun'."

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah
    [الجن]


    ولا يزالون من أنصار كتاب الله القرآن العظيم إلى يومنا هذا منذ أن ولَّوا إلى قومهم منذرين صلّى الله عليهم وملائكته والمهدي المنتظر، فبشّروا ببعث الإمام المهدي رحمةً الله للإنس والجنّ واستعدّوا فقد اقترب تهدّم سدّ ذي القرنين، ولذلك فأعلِنوا حالة الاستنفار القصوى في جيوش الجنّ والإنس جنوب سدّ ذي القرنين بقيادة ( 0000 )، فاستعِدّوا للحرب بكل ما آتاكم الله من قوةٍ لتكونوا من أنصار المهديّ المنتظر نصرةً لله الواحد القهًار صلّى الله عليكم وملائكته والمهديّ المنتظر وأسلم تسليماً، فاصبِروا واعلموا أنْ لو يحشركم الله إلى المهديّ المنتظر أنّ ذلك ليس من صالح دعوة الإمام المهديّ.

    Tidak henti-hentinya para Ansar (pejuang, pembela, penegak) Al-Qur'an wujud hingga ke saat kita kini, semenjak berlalunya zaman mereka melewati kaum mereka sebagai pemberi peringatan-semoga Allah bersholawat ke atas mereka, serta para malaikatNya dan Al-Mahdi Al-Muntazhar juga bersholawat ke atas mereka-, maka bergembiralah kalian dengan perutusan Imam Mahdi sebagai rahmat dari Allah untuk golongan manusia dan jin.

    Bersiap sedialah kalian, kerana telah dekat waktu kehancuran tembok Dzulqarnain. Oleh kerana itu aku mengumumkan kepada kalian, tentang kondisi kesiapsiagaan maksimal yang ada pada tentera-tentera jin dan manusia di selatan tembok Dzulqarnain, dengan pimpinan sekitar
    (0000) prajurit.

    Maka bersiap sedialah kalian untuk berperang dengan seluruh kekuatan dari Allah yang ada pada kalian, agar kalian menjadi prajurit-prajurit Ansar Imam Mahdi Al-Muntazhar, sebagai sebuah pertolongan dan pembelaan semata-mata kerana Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan - semoga Allah bersholawat ke atas kalian, serta para malaikatNya, dan Al-Mahdi Al-Muntazhar juga bersholawat ke atas kalian, sertaku ucapkan salam penghormatan buat kalian-.

    Bersabarlah kalian serta ketahuilah bahawa, sekiranya Allah mengumpulkan kalian kepada Imam Mahdi Al-Muntazhar, maka sesungguhnya yang demikian itu bukanlah merupakan sebuah misi Imam Mahdi yang berkesan.


    و يا أحبتي في الله، لقد وعد الله عبده الإمام المهديّ أن يحشر له جنوده من كلّ شيء من الجنّ والإنس ومن كل جنسٍ من السماوات والأرض؛ ولكن للأسف فلو يحشر الله جنوده من كلّ شيء إلى الإمام المهديّ فلن يزداد كثيرٌ من المسلمين إلا كفراً وإنكاراً للمهديّ المنتظر. وربما يودّ أحد أحبتي الأنصار أن يقول: "مهلاً مهلاً يا إمامي، وكيف يزداد كثيرٌ من المسلمين إنكاراً للمهديّ المنتظر الحقّ من ربّهم حتى ولو يحشر له الله جنوده من كل شيء من السماوات والأرض من الملائكة والجنّ والإنس والطير وغيرهم! فكيف لا يؤمنون أنّ هذا الذي حشر الله له جنوده من كل شيء هو الإمام المهديّ وهم يرونهم قد جاءوا إليهم قُبُلا ليطيعوا أمر خليفة الله عليهم، فيأتون لمبايعة خليفة الله من السماوات والأرض لحرب المسيح الكذّاب وجيوشه من الجنّ والإنس، فكيف لا يؤمن المسلمون أنَّ هذا الذي أمدّه الله بجنوده من السماوات والأرض أنّه حقاً هو الإمام المهديّ المنتظر؟". ومن ثم يردّ على السائلين الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول: بل سوف يقولون إنّ هذا هو المسيح الكذاب. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَلَوْ أَنَّنَا نَـزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ (111)} صدق الله العظيم [الأنعام].

    Wahai para kekasihku di jalan Allah, sesungguhnya Allah telah berjanji kepada hambaNya Imam Mahdi bahawa Dia akan mengumpulkan bagi Imam Mahdi tentera-tenteraNya yang terdiri dari makhluk-makhluk jin dan manusia dari setiap jenis yang berada di langit maupun yang di bumi; akan tetapi malangnya, walaupun Allah mengumpulkan tentera-tenteraNya dari setiap makhluk kepada Imam Mahdi, namun yang demikian itu tidak akan menambah bagi kebanyakan kaum muslimin kecuali mereka bertambah tidak percaya dan bertambah ingkar terhadap Imam Mahdi Al-Muntazhar.

    Barangkali ada salah seorang dari para kekasih dari kalangan Ansarku ingin bertanya:

    Tenang, nanti dulu wahai Imamku, bagaimana pula kebanyakan kaum muslimin boleh bertambah ingkar terhadap Al-Mahdi Al-Muntazhar yang sejati dari Tuhan mereka, hatta walaupun Allah mengumpulkan bagi Al-Mahdi para tenteraNya dari makhluk-makhlukNya yang berada di langit maupun yang berada di bumi dari kalangan malaikat, jin, manusia, burung-burung dan lain-lain
    !?"

    "Bagaimana mereka boleh tidak percaya bahawa orang ini, yang telah Allah kumpulkan baginya para tenteraNya dari kalangan makhluk-makhlukNya, adalah Imam Mahdi; sedangkan mereka menyaksikan bahawa makhluk-makhluk itu telah datang bergabung dengan para tentera Al-Mahdi, untuk mentaati perintah Khalifah Allah ke atas mereka maka mereka berdatangan dari langit dan bumi demi membai'ah Khalifah Allah untuk memerangi Dajjal Al-Masih si pendusta beserta tentera-tenteranya dari kalangan jin dan manusia, maka bagaimana pula kaum muslimin boleh tidak mempercayai bahawa sesungguhnya orang ini, yang telah Allah memperkuatnya dengan tentera-tenteraNya dari langit dan bumi itu, bahawa sesungguhnya dia benar-benar adalah Imam Mahdi yang mereka nanti-nantikan
    ?"

    Oleh itu Imam Mahdi Nasser Muhammad Al-Yamani memberi jawaban kepada orang-orang yang bertanya; aku katakan:

    Bahkan kelak mereka akan mengatakan bahawasanya orang ini (Al-Mahdi sebenar) adalah Dajjal Al-Masih si pendusta.

    Benarlah firman Allah Ta'ala:

    { وَلَوْ أَنَّنَا نَـزَّلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ }

    "Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan segala sesuatu ke hadapan mereka, niscaya mereka tidak akan beriman, kecuali jika Allah menghendaki, akan tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui"

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah
    [ الأنعام-111]


    كون عقيدتهم بأنّ المسيح الكذّاب يؤيّده الله بمعجزات السماوات والأرض، فتطيع السماء أمره فيقول يا سماء أمطري فتمطر ويا أرض أنبتي فتنبت. ألا لعنة الله على الكاذبين.. ألا والله الذي لا إله غيره إني لا أخشى على المسلمين والنّاس أجمعين فتنة المسيح الكذاب بل أخشى عليهم فتنةَ أشرِّ علماءٍ تحت سقف السماء من الذين أبوا أن يكفروا أنّ المسيح الكذاب يؤيده الله بآياته الكبرى، ألا لعنة الله على الكاذبين. فلنحتكم إلى القرآن العظيم، ألا والله الذي لا إله غيره لا تستطيعون أن تأتوا بدليلٍ واحدٍ فقط من القرآن العظيم بأنّ الله يؤيّد بمعجزات آياته للمسيح الكذاب، فكيف إنّكم تعتقدون بما يخالف تحديّ الله في محكم كتابه إلى الباطل وأوليائه وتحسبون أنّكم مهتدون! وقال الله تعالى: {قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ لا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ}صدق الله العظيم [سبأ:22].

    Kerana akidah mereka bahawasanya Dajjal Al-Masih si pendusta itu kelak, diberi kemampuan yang menakjubkan luarbiasa di langit dan di bumi, di mana langit kelak akan taat perintah Dajjal hinggakan apabila dia berkata:

    "Wahai langit, turunkanlah hujan"
    lalu langit pun menurunkan hujan, dan Dajjal berkata pula kepada bumi:
    "Tumbuhkanlah tanaman"
    maka bercambahlah dari bumi tanaman-tanaman

    Ingatlah, sesungguhnya laknat Allah menimpa orang-orang yang berdusta..

    Ketahuilah, demi Allah; Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selainNya, sesungguhnya aku tidak mengkhuatirkan fitnah si pendusta Dajjal Al-Masih ke atas kaum muslimin, akan tetapi yang aku khuatirkan menimpa mereka adalah fitnah sejahat-jahat ulama di bawah kolong langit.

    Iaitu orang-orang yang enggan untuk mengingkari bahawa 'si pendusta Dajjal Al-Masih akan dianugerahkan Allah, dengan tanda-tanda kekuasaanNya yang besar agung', ketahuilah bahawasnya laknat Allah menimpa orang-orang yang berdusta.

    Marilah kita kembali kepada hukum Al-Qur'an yang agung. Ketahuilah, demi Allah; Dzat yang tidak ada tuhan yang berhak disembah selainNya, bahawasanya kalian semua tidak mampu untuk mendatangkan satu dalil pun dari Al-Qur'an yang agung, yang menyatakan bahawasanya Allah akan menyokong Dajjal dengan mengurniakan kemampuan yang menakjubkan luarbiasa dari tanda-tanda kekuasaanNya kepada si penipu Dajjal Al-Masih.

    Lalu, bagaimana pula kalian boleh beriktikad, berpegang pada keyakinan terhadap sesuatu yang menyalahi tantangan Allah melawan kebatilan, yang terdapat pada muhkam kitabNya, dan juga terhadap penolong-penolong kebatilan sedang mereka merasakan bahawa mereka mendapat petunjuk
    !!

    Firman Allah Ta'ala:

    { قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُم مِّن دُونِ اللَّهِ لا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلا فِي الأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِن شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُم مِّن ظَهِيرٍ }

    "Katakanlah: 'Serulah mereka yang kalian anggap selain Allah, mereka tidak memiliki seberat zarrahpun di langit maupun di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu sahampun dalam urusan di langit maupun di bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya"

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah
    [سبأ:22]


    كونهم لم يشاركوا في خلق السماوات والأرض ولذلك لن تطيع السماوات والأرض أمر الباطل عدوّ الله، ألا والله إنّ غيرة السماوات والأرض والجبال لهي أشدّ غيرةً على ربّهم وتستأذن الله بين الحين والآخر لتشفي غليلها من الباطل وأوليائه ولكن الله لم يأذن لهم بعد. وقال الله تعالى: {وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا (88) لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا (89) تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90) أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91) وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92) إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِلاَّ آَتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93) لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا (94) وَكُلُّهُمْ آَتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا (95)} صدق الله العظيم [مريم].

    Keadaan mereka itu (para makhluk), mereka tidak bersekutu dalam penciptaan langit dan bumi, kerana itulah langit dan bumi tidak akan mentaati perintah dari sebuah kebatilan, dari musuh Allah kerana ingatlah, demi Allah; sesungguhnya keghairahan dan kecemburuan langit dan bumi, serta gunung-ganang -dan ini merupakan keghairahan dan kecemburuan yang dahsyat- terhadap Tuhan mereka sehingga mereka meminta izin Allah dari waktu ke waktu untuk membalas dendam mereka terhadap kebatilan beserta penolong-penolongnya akan tetapi Allah belum lagi memberi izinNya.

    Allah Ta'ala berfirman:

    {وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا (88)

    "Dan mereka berkata: 'Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak'.


    لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا (89)

    Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar,

    تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90)

    hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh,

    أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)

    kerana mereka mendakwa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak

    وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92)

    Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak.

    إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِلاَّ آَتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93)

    Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba.

    لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا (94)

    Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti.

    وَكُلُّهُمْ آَتِيهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَرْدًا (95)}

    Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri
    .

    صدق الله العظيم

    Maha Benar Allah
    [مريم]


    فانظروا لغيرة السماوات والأرض والجبال على ربّهم حين يسمعون قول الضالّين على ربّهم أنّه اتّخذ ولداً فلم يُسمِعنا قولَهم: {تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90) أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91) وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92) إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِلاَّ آَتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93)} صدق الله العظيم؟ لكون السماوات والأرض والجبال يتّقين الله خالقهن ويخشَيْنَ ربّهن سبحانه ويَخَفْن أن يظلمنّ أحداً ولذلك رفضْن الخلافة. وقال الله تعالى: {إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72)} صدق الله العظيم [الأحزاب].

    Maka perhatikanlah kalian akan keghairahan dan kecemburuan langit, bumi serta gunung-ganang terhadap Tuhan mereka ketika mereka mendengar perkataan orang-orang yang sesat tentang Tuhan mereka; bahawasanya Allah itu mengambil anak sedang kita tidak mendengar ucapan mereka.

    { تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا (90)

    "Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh.."

    أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا (91)

    "..kerana mereka mendakwakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak"

    وَمَا يَنْبَغِي لِلرَّحْمَنِ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا (92)

    "Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak"

    إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ إِلاَّ آَتِي الرَّحْمَنِ عَبْدًا (93) }

    "
    Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba"

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah yang Maha Agung

    ??

    Ini kerana kondisi langit, bumi serta gunung-ganang yang taat kepada Allah, sebagai Pencipta mereka. Mereka takut pada Tuhan mereka -Maha Suci Dia- dan mereka khuatir akan menzalimi sesiapa kelak.

    Sebab itulah mereka menolak kekhilafahan/kepimpinan, Allah berfirman:

    { إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (72) }

    "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh"

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah.
    [الأحزاب-72]


    وكل شيء يسبّح بحمد الله نجده في أخبار كتاب الله أنه يستشيط غيظاً وغضباً غيرةً على الربّ سبحانه لولا الله أرحم الراحمين يمنعهم من أذيّة الكافرين إلى حين.

    Segala sesuatu bertasbih serta memuji kepada Allah, demikian kita mengetahuinya dalam pemberitaan Kitabullah, bahawasanya segala sesuatu akan terbakar dan membara api kemarahannya, kerana kecemburuan dan keghairahan mereka kepada Tuhan mereka -Maha Suci Dia- andai sahaja Allah bukan yang paling penyayang di antara para penyayang, Dia mencegah mereka (langit, bumi serta gunung-ganang) dari mencelakakan orang-orang yang tersesat itu hingga kini.


    ويا عباد الله استجيبوا لدعوة الإمام المهديّ إلى الاعتصام بالقرآن العظيم وإلى الكفر بما يخالف لحكم القرآن العظيم فقد أضلّكم شياطين البشر بكثيرٍ مما في كتبكم من أحاديثٍ ورواياتٍ باطلةٍ مخالفةٍ لمحكم كتاب الله القرآن العظيم ومخالفةٍ للعقل والمنطق، فكيف أنّ الله يتحدّى الباطل وأوليائه أن يعيدوا روح ميتٍ إلى الجسد فيصير حياً! وقال الله لئن فعلوا فقد أصبح الله الحقّ هو الباطل والباطل هو الحقّ. وقال الله تعالى: {فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (83) وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ (84) وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ (85) فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87) فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88) فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّةُ نَعِيمٍ (89) وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (90) فَسَلَامٌ لَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (91) وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ (92) فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيمٍ (93) وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ (94)} صدق الله العظيم [الواقعة].

    Wahai hamba-hamba Allah, sambutlah seruan Imam Mahdi untuk benar-benar berpegang pada Al-Qur'an yang agung, dan sambutlah seruan untuk menolak apa-apa yang bertentangan dengan hukum-hakam Al-Qur'an yang agung, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan manusia telah menyesatkan kalian dengan kebanyakan dari hadits-hadits dan riwayat-riwayat yang batil lagi bertentangan dengan muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, dan juga bertentangan dengan akal dan logik, kerana bagaimana Allah mencabar kebatilan beserta pengikut-pengikutnya untuk mengembalikan ruh orang yang telah mati ke dalam jasadnya lalu mayat tadi hidup
    !

    Allah berfirman bahawa seandainya mereka dapat menghidupkan orang mati, maka sesungguhnya Allah telah membuat kebenaran itu menjadi kebatilan, dan kebatilan itu menjadi kebenaran.

    Allah Ta'ala berfirman:

    { فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (83)

    Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan,

    وَأَنْتُمْ حِينَئِذٍ تَنْظُرُونَ (84)

    padahal kalian ketika itu melihat,

    وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ (85)

    dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kalian. Tetapi kalian tidak melihat,

    فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86)

    maka mengapa jika kalian tidak dikuasai?

    تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87)

    Kalian tidak mengembalikan nyawa itu, jika kalian adalah orang-orang yang benar

    فَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ (88)

    adapun jika dia termasuk orang-orang yang didekatkan ,

    فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّةُ نَعِيمٍ (89)

    maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta jannah keni'matan.

    وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (90)

    Dan adapun jika dia termasuk golongan kanan,

    فَسَلَامٌ لَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْيَمِينِ (91)

    maka keselamatanlah bagimu karena kamu dari golongan kanan.

    وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ (92)

    Dan adapun jika dia termasuk golongan yang mendustakan lagi sesat,

    فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيمٍ (93)

    maka dia mendapat hidangan air yang mendidih,

    وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ (94) }

    dan dibakar di dalam jahannam".

    صدق الله العظيم

    Maha Benar Allah
    [الواقعة]


    ونستنبط من هذه الآيات إعلان التحديّ إلى الباطل والذين يدعونه من دون الله أن يُرجعوا روح ميّتٍ واحدٍ فقط إلى الجسد من بعد موته، فقال الله تعالى: {فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87)} صدق الله العظيم، ولكن أشرّ علماء على خلق الله تحت سقف السماء يؤمنون بعكس ذلك التحديّ من ربّهم في محكم كتابه فتجدونهم يعتقدون أنّ المسيح الكذاب يشطر رجلاً إلى نصفين فيمرّ بين الفلقتين، ومن ثم يعيد إليه روحه فيصير حياً، ومن ثم لا يسلط عليه مرة أخرى، ويا سبحان الله! بل أراد شياطين الجنّ والإنس أن تكفروا بالتحدي من ربّ العالمين: {فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87)}، فتعتقدوا بالعقيدة الباطلة بأنّ المسيح الكذاب يعيد الروح إلى جسدها فيحيي الموتى! قاتلكم الله أنّى تؤفكون.

    Dan kita dapat mengeluarkan hukum dari ayat-ayat ini, pernyataan yang mencabar dan menantang kebatilan beserta penyeru-penyerunya selain Allah, iaitu tantangan agar mengembalikan ruh orang yang telah mati -seorang sahaja- pada jasadnya semula setelah kematiannya.

    Allah Ta'ala berfirman:

    { فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86)

    maka mengapa jika kalian tidak dikuasai (tidak tunduk dibawah kekuasaan Allah)?


    تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87) }

    Kalian tidak mengembalikan nyawa itu jika kalian adalah orang-orang yang benar

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah

    Akan tetapi sejahat-jahat ulama di atas makhluk-makhluk Allah di bawah kolong langit mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan cabaran dan tantangan dari Tuhan mereka dalam muhkam kitabNya, kerana kalian akan mendapati mereka (ulama yang jahat) beriktikad bahawasanya Al-Masih Dajjal si pendusta, akan membunuh seorang lelaki dengan memotongnya menjadi dua bahagian, setelah itu dia melalui antara kedua-dua bahagian terpisah tadi kemudian mengembalikan ruhnya menjadi hidup semula lalu dia tidak memberi wewenang kepadanya sekali lagi,
    ya Subhaanallah
    ويا سبحان الله
    !!!

    Padahal syaitan-syaitan jin dan manusia sebenarnya mahu mengingkari tantangan dan cabaran dari Allah, Tuhan sekalian alam iaitu

    { فَلَوْلَا إِنْ كُنْتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ (86) تَرْجِعُونَهَا إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (87) }

    Maka mengapa jika kalian tidak dikuasai (tidak tunduk dibawah kekuasaan Allah)?, Kalian tidak mengembalikan nyawa itu, jika kalian adalah orang-orang yang benar?

    Mereka beriktikad dengan akidah yang batil, bahawasanya Al-Masih Dajjal si pendusta akan mengembalikan ruh ke jasadnya lalu dia dapat menghidupkan orang yang telah mati! Semoga Allah membinasakan kalian, bagaimana kalian sampai dapat dipalingkan
    ?


    ألا والله لا أخشى على المسلمين والضالّين في العالمين فتنة المسيح الكذاب بل أخشى عليهم فتنتكم يا علماء الضلال! فمنكم خرجت الفتنة إلا من رحم ربي منكم من أولي الألباب مَنْ اطّلع منكم على البيان الحقّ للكتاب ومن ثم تاب وأناب إلى ربّه من علماء المسلمين، ومَنْ اعتصم بحبل الله القرآن العظيم وأعلن الكفر بالاعتقاد لما يخالف لمحكم كتاب الله القرآن العظيم في جميع الكتب فقد فاز فوزاً عظيماً، ولا نقول أنّ جميع علماء المسلمين أشرارٌ بل فيهم الأخيار من الذين أظهرهم الله على البيان الحقّ للقرآن العظيم وسلّموا تسليماً. وأما معشر علماء الضلال من النّصارى الذين يدعون قومهم إلى عبادة المسيح عيسى ابن مريم وأمّه من دون الله فلن يجدوا لهم من دون الله ولياً ولا نصيراً إلا من تاب وأناب واتّبع البيان الحقّ للكتاب المهيمن على كافة الكتب القرآن العظيم، وأما علماء الشياطين من اليهود من الذين يدعون إلى عبادة الطاغوت من دون الله فويلٌ لهم من عذاب يومٍ عقيمٍ.

    Ingatlah dan ketahuilah, demi Allah, aku tidak khuatirkan fitnah Dajjal menimpa kaum muslimin, akan tetapi fitnah yang lebih aku risaukan menimpa mereka adalah fitnah kalian wahai alim-ulama yang sesat lagi menyesatkan kerana dari kalianlah fitnah itu datang, kecuali orang yang dirahmati Tuhanku di antara kalian dari kalangan Ulul Albab, yang menelaah dan meneliti keterangan yang benar bagi Al-Qur'an, lalu kemudian bertaubat dan kembali pada Tuhannya.

    Mereka itu dari kalangan alim-ulama kaum muslimin. Barangsiapa yang berpegang teguh pada tali Allah Al-Qur'an yang agung, dan menyatakan pengingkaran terhadap iktikad yang bertentangan dan menyalahi muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung dalam semua kitab, maka sesungguhnya dia benar-benar telah menang dan beruntung, dengan kemenangan dan keberuntungan yang besar.

    Kami tidak mengatakan bahawa semua alim-ulama kaum muslimin itu jahat. Bahkan ada yang di antara mereka itu merupakan orang-orang pilihan, iaitu di antara orang-orang yang telah Allah perlihatkan kepada mereka terhadap keterangan yang benar bagi Al-Qur'an yang agung lalu mereka benar-benar menerimanya.

    Dan adapun sekalian alim-ulama yang sesat dari kalangan Nasrani, iaitu mereka yang mengajak kaumnya menyembah Al-Masih 'Isa putera Maryam dan juga mengajak menyembah ibunya selain dari menyembah kepada Allah, maka mereka tidak akan menemukan bagi diri mereka seorang penolong maupun pembela selain dari Allah.

    Kecuali mereka yang bertaubat, kembali ke jalan yang benar dan mengikuti keterangan serta penjelasan yang benar dari kitab yang menguasai dan melampaui seluruh kitab-kitab, iaitu kitab Al-Qur'an yang agung,

    Adapun alim-ulama syaitan-syaitan dari kalangan Yahudi, iaitu mereka yang menyeru agar menyembah kepada Thoghut, yakni menyeru kepada selain Allah, maka kebinasaan dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka dari siksaan hari pembalasan.


    ويا عباد الله، إنّ كوكب العذاب آتٍ إلى الأرض من أطرافها لينقصها من البشر المجرمين فيمطر عليها أحجاراً من نارٍ فترميهم بشررٍ كالقصر كأنه جِمَالَتٌ صفر، فويلٌ لكم من عذاب يومٍ عقيمٍ، وما دعوناكم إلى الكفر بالله العظيم بل أمرناكم بما أمر الله به رسله من الملائكة والجنّ والإنس أن اعبدوا الله وحده لا تشركوا به شيئاً واعتصموا بحبل الله القرآن العظيم واكفروا بما يخالف لمحكم كتاب الله القرآن العظيم في التّوراة وفي الإنجيل وفي أحاديث السنّة النبويّة؛ فهل أمرناكم بباطلٍ! أفلا تعقلون؟ فإن أبيتم فأتوني بكتابٍ لله هو أهدى من القرآن العظيم فأتّبعه خالٍ من التحريف والتزييف إن كنتم صادقين، ونترك الجواب مباشرة من الرب سبحانه: {قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآَنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا} صدق الله العظيم [الإسراء:88].

    Wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Planet Siksaan / Hukuman akan datang ke bumi dari arah tepi / hujungnya, untuk mengurangi populasi penduduk bumi dari manusia-manusia pendosa dengan menghujani mereka dengan batuan-batuan api lalu menembak mereka dengan percikan-percikan api seperti tak terpelihara seakan-akan ia adalah iringan unta yang kuning (كأنه جِمَالَتٌ صفر)
    maka kecelakaan dan kebinasaanlah untuk mereka dengan siksaan hari pembalasan.

    Tidaklah kami ini menyeru kalian agar mengingkari Allah yang Maha Agung, akan tetapi kami memerintahkan kalian dengan perintah Allah kepada utusan-utusanNya dari kalangan malaikat, jin dan manusia; agar kalian menyembah Allah Yang Maha Esa tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu apapun; dan agar kalian berpegang teguh pada tali Allah iaitu Al-Qur'an yang mulia; serta agar kalian mengingkari segala yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, iaitu pada apa-apa yang terdapat pada Taurat, Injil, dan juga pada hadits-hadits nabawi yang menyalahi Al-Qur'an; Jadi, adakah kami memerintahkan kalian dengan sesuatu yang batil?! Mengapakah kalian tidak memikirkan
    ?!

    Sekiranya kalian enggan dan menolak, maka kalian datangkan-lah padaku sebuah kitab keterangan dari Allah yang lebih memberi petunjuk dibanding Al-Qur'an yang agung ini kerana aku pasti akan mengikutinya tanpa merubah atau memalsukannya, jika kalian orang-orang yang benar.

    Kami akan tinggalkan jawaban yang tepat dari Allah, Maha Suci Dia:

    { قُلْ لَئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنْسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَنْ يَأْتُوا بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآَنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا }

    Katakanlah: 'Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur'an ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain'.

    صدق الله العظيم
    Maha Benar Allah
    [الإسراء: 88]


    فكم أنتم مجرمون يا معشر المعرضين عن اتّباع كتاب الله القرآن العظيم! فقد كفرتم بما أُنزل على محمدٍ -صلّى الله عليه وآله وسلّم- وتحسبون أنّكم مهتدون واعتصمتم بما يخالف لمحكم كتاب الله القرآن العظيم، وتحسبون أنكم على شيء فلستُم على شيء حتى تُقيموا هذا القرآن العظيم، فويلٌ لكم من عذاب يوم عقيمٍ قبل يوم القيامة في عصري وعصركم في عمركم هذا، وينجّي الله من يشاء ويعذّب من يشاء ولا يظلم ربّك أحداً.

    Maka alangkah berdosanya kalian semua wahai orang-orang yang berpaling dari mengikuti Kitabullah Al-Qur'an yang agung! Sungguh kalian telah kafir terhadap apa yang diwahyukan kepada Muhammad
    - صلّى الله عليه وآله وسلّم -
    lalu kalian menyangka bahawa kalian mendapat petunjuk, dan kalian berpegang teguh pada apa-apa yang bertentangan dan menyalahi muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung lalu kalian menyangka kalian mempunyai sesuatu pegangan; padahal kalian tidak mempunyai suatu pegangan pun kecuali jika kalian menegakkan hukum serta melaksanakan ajaran-ajaran Al-Qur'an.

    Maka kecelakaan dan kebinasaan-lah buat kalian dengan kedatangan siksaan hari pembalasan yang akan datang pada zamanku dan zaman kalian, sebelum datangnya siksaan pada hari kiamat, iaitu ia akan datang dalam kehidupan kalian kini lalu Allah akan menyelamatkan sesiapa yang dikehendakiNya serta mengazab sesiapa sahaja yang dikehendakiNya, dan tidaklah Tuhanmu itu menzalimi sesiapapun.


    وما جئتكم بكتابٍ جديدٍ من ربّ العالمين بل أدعوكم إلى اتّباع ما جاء به موسى في التّوراة وعيسى في الإنجيل وما جاء به محمد رسول الله بالقرآن العظيم صلّى الله عليهم وأسلّم تسليماً، وآمركم بالكفر بما جاء في التّوراة والإنجيل مخالفاً لمحكم القرآن العظيم المهيمن عليهم بالحكم، وما خالف لمحكمه فهو باطلٌ مفترًى، ولكن العجيب أنّ علماء المسلمين -إلا من رحم ربي- أبوا أن يهيمن القرآن العظيم على أحاديث وروايات في مؤلفاتهم فهل هي أصدق من كتاب الله! بل الحكم لله يقضي بالحقّ وهو خير الفاصلين. وبرغم أنّ الإمام المهدي لا يكفر بالأحاديث والروايات الحقّ في السنّة النبويّة بل أعلن الكفر بما جاء مخالفاً من أحاديث السنّة لمحكم القرآن العظيم، فاشهدوا أنّي لما خالف لمحكم القرآن العظيم من الكافرين في جميع الكتب في الجنّ والإنس، وأنا الإمام المعتصم بحبل الله القرآن العظيم لا أخاف في الله لومة لائم فإن كان لكم كيدٌ فكيدوني ثم لا تنظرون إنّ ربّي لشديد العقاب سيدافع عن الذي آتاه علم الكتاب ليبلّغ البيان الحقّ للقرآن إلى كافة الإنس والجانّ.

    Aku tidak datang kepada kalian membawa sebuah kitab baru dari Tuhan Sekalian Alam, akan tetapi aku menyeru kalian agar mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi Musa di dalam Taurat, dan mengikuti apa yang dibawa oleh Nabi 'Isa di dalam Injil, dan agar kalian mengikuti apa-apa yang dibawa oleh Muhammad Rasulullah -semoga sholawat Allah tetap terlimpahkan ke atas mereka- dan aku ucapkan salam penghormatan kepada mereka; dan aku juga memerintahkan kalian agar mengingkari apa-apa yang terdapat di dalam Taurat dan di dalam Injil, yang bertentangan dengan muhkam Al-Quran yang mendominasi mereka secara mutlak dengan hukum-hakamnya.

    Maka dari itu, apa sahaja yang bertentangan dengan muhkamnya, yakni yang menyalahi pernyataan yang tepat dan jelas dari Al-Qur'an, maka ianya merupakan sebuah kebatilan dan rekayasa, akan tetapi yang menghairankan bahawasanya alim-ulama kaum muslimin kecuali yang dirahmati Allah- telah menolak untuk menjadikan Al-Qur'an yang agung sebagai pegangan utama dalam menghukum dan mendominasi hadits-hadits serta riwayat-riwayat yang terdapat dalam karangan-karangan mereka, adakah kerana hadits-hadits serta riwayat-riwayat yang terdapat dalam karangan-karangan mereka itu lebih utama dan lebih benar jika dibanding dengan Kitabullah! Padahal menetapkan hukum itu adalah hak Allah kerana Dia menghukum dengan keadilan dan Dia-lah sebaik-baik pembuat keputusan.

    Sungguhpun bahawasanya Imam Mahdi tidak menolak hadits-hadits serta riwayat-riwayat yang benar dalam sunnah-sunnah kenabian, akan tetapi aku menyatakan penolakan terhadap hadits-hadits dalam sunnah yang menyalahi dan bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an.

    Maka saksikan-lah kalian bahawa sesungguhnya aku mengingkari semua yang bertentangan dan menyalahi muhkam Al-Qur'an, yang terdapat dalam semua kitab-kitab yang ada di alam jin maupun berada di alam manusia.

    Kerana sesungguhnya aku adalah seorang pemimpin yang berpegang teguh pada tali Allah Al-Qur'an yang agung, yang tidak takut pada celaan orang-orang yang suka mencela. Dan sekiranya kalian mempunyai rencana tipu-daya terhadapku, maka jalankanlah rencana tipu-daya kalian itu lalu kalian tidak akan diberi tangguh,

    Sesungguhnya Tuhanku yang benar-benar memiliki kerasnya siksaan, Dia akan mempertahankan orang yang telah dianugerahiNya ilmu pengetahuan dari Al-Kitab, agar menyampaikan keterangan serta penjelasan yang benar terhadap Al-Qur'an,kepada seluruh manusia dan jin.


    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    عدو شياطين الجنّ والإنس؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam penghormatan terlimpahkan ke atas para rasul, dan segala pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan Penguasa Alam Semesta.

    Musuh Syaitan-syaitan Jin dan Manusia;
    Imam Mahdi Nasser Muhammad Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــــــــ ـــــــــــــ

    Terjemahan Arab-Melayu oleh:
    Nasir Al-Mahdi 07.00 am
    1434 24 Safar
    2013 Januari 06


    Link-link terkait:-

    http://www.facebook.com/notes/nasir-...27054740792811

    https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=79931

    https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=81292


    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..


المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 27-05-2019, 10:08 PM
  2. مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 09-06-2017, 08:40 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-06-2016, 10:12 PM
  4. مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 22-06-2014, 07:48 PM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 09-01-2013, 01:20 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •