(((((ما أعظم ندم الذين أعثرهم الله على دعوة المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الفتح المبين ولم يكونوا من الأنصار السابقين الأخيار)))))
Alangkah Besarnya Penyesalan Bagi Sesiapa Yang Telah Allah Tunjukkan Padanya Seruan Al-Mahdi Al-Muntazhar Di Era Hiwar Sebelum Hari Kemenangan Nyata, Sedang Mereka Tidak Termasuk Dari Kalangan Pendahulu Anshar Yang Terpilih
اقتباس من بيان للإمام المهدي ناصر محمد اليمانى:
Nukilan dari bayan Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani
https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=6617
*********
فلا يفتنكم الشيطان ياأيها الصديق فتعرضوا عن الحق خشية أن لا يكون ناصر محمد اليماني هو المهدي المنتظر ولكنكم لا تنتظرون بعث المهدي المنتظر لتعبدوه من دون الله يارجل أفلا تتفكرون فكن من الشاكرين حبيبي في الله أن قدر الله خلقك في أمة المهدي المنتظر ليهديك بالقرآن المجيد إلى صراط العزيز الحميد
Janganlah sekali-kali kalian semua dapat ditipu syaitan wahai teman, sehingga menyebabkan kalian berpaling dari Al-Haq, hanya kerana khuatir sekiranya Nasser Mohammed Al-Yamani tidak menjadi Al-Mahdi Al-Muntazhar. Bukankah kalian semua tidak menunggu perutusan Al-Mahdi Al-Muntazhar untuk kalian agungkan dia selain dari Allah wahai pemuda, tidakkah kalian memikirkan
?
Jadilah hamba-hamba yang bersyukur wahai kekasihku di jalan Allah, kerana Dia telah menciptakan dirimu termasuk di kalangan umat Al-Mahdi Al-Muntazhar, agar dia menunjukimu dengan Al-Qur'an yang mulia lagi utama, ke jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
وكن من الشاكرين أن قدر الله عثورك على دعوة المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الظهور فما أعظم ندم الذين أعثرهم الله على دعوة المهدي المنتظر في عصر الحوار من قبل الفتح المبين ولم يكونوا من الأنصار السابقين الأخيار بل أعظم من ندم رجل كان في سفر ومر بصخرة كبرى صفراء تزن ألف طن فنظر إليها فوجدها لون الذهب ومن ثم قال إنما هي نحاس وتركها ومن ثم جاء رجل من بعده وقال أن الظن لا يغني من الحق شيئاً فلن أقول أنها نحاس وأتركها فلعلها تكون ذهب فلا بد لي أن أتيقن منها حتى لا أندم إن ذهبت مني إلى آخر
Jadilah hamba-hamba Allah yang bersyukur, kerana Dia-lah yang menetapkan takdir yang menunjukimu dan mempertemukanmu dengan seruan dakwah Al-Mahdi Al-Muntazhar di era diskusi sebelum tiba waktu manifestasi.
Alangkah besarnya rasa penyesalan yang melanda orang-orang yang telah Allah tuntun dia hingga menemukan dakwah seruan Al-Mahdi Al-Muntazhar di zaman hiwar sebelum tiba saat Kemenangan Nyata (Al-Fath Al-Mubin), namun mereka bukan dari kalangan pendahulu Anshar yang terpilih, bahkan penyesalannya kelak akan lebih besar dan mendalam, lebih besar dari penyesalan seorang musafir yang melewati sebuah bongkahan besar kekuningan seberat 1000 ton, lalu dia memerhatikannya dan mendapati warna bongkahan besar itu kuning keemasan, namun begitu dia berkata, "Ini hanyalah kuningan (logam tembaga+seng)", kemudian dia meninggalkannya.
Lalu kemudian datang musafir lain setelah musafir pertama tadi dengan berkata "Sesungguhnya sangkaan dan dugaan itu sama sekali tidak berguna untuk menggapai kebenaran, aku tidak akan mengatakan ianya besi kuningan lantas terus meninggalkannya, mudah-mudahan ia adalah emas, jadi aku mesti pastikan betul-betul mengenai bongkahan ini supaya kelak aku tak menyesal sekiranya ia terlepas ke tangan orang lain".
ومن ثم أخذ عينة منها جُزيئات بسيطة وقام بفحصها بحمض النيتريك الذي يذيب النحاس فإذا وكأنه يسكب عليها ماء فلم تفور في الحمض تلك الحُبيبات الصفراء فيحولها إلى سائل أخضر ونظراً لأن الحبييات من الصخرة لم تتأثر بحمض النيتريك ومن ثم يتيقن أنها حقاً ذهب خالص عيار 24 ومن ثم علم ذلك الرجل الفقير الذي مر عليها من قبل فظن أن الصخرة نحاس وتركها وتبين له أنها كانت ذهب فتأسف عليها أسفا" عظيما"
Setelah itu, dia mengambil sedikit sample dari bongkahan itu, lalu mula menelitinya dengan menguji sample tersebut menggunakan asid nitrik, yang akan bertindak balas mengakis dan melarutkan kuningan, maka ketika dia menuangkannya seperti menuang air, maka sample serbuk kekuningan tadi tidak berbuih yakni tiada tindak balas dalam asid, lantas asid tadi berubah menjadi cairan kehijauan, kerana serbuk kekuningan itu tidak terjejas oleh asid nitrik, maka di situlah dia telah mengetahui dengan pasti bahawa bongkahan tadi benar-benar emas murni, 24 karat.
Kemudian, barulah si musafir pertama yang malang tadi sadar. Dia telah melewati bongkahan emas itu sebelumnya lalu dia menyangka bahawa bongkahan itu adalah besi kuningan kemudian dia mengabaikannya, dan jelaslah padanya bahawa bongkahan itu adalah emas, maka penyesalannya sangatlah "besar".
وسبب أنه خسرها بعد أن أعثره الله عليها هو الحُكم على الصخرة أنها نحاس بالظن من غير أن يتبين بالعلم الفيزيائي هل هي حقاً نحاس كما يظنها أم إنها ذهب ولكن الآخر الذي فاز بها لم يتبع الظن بل استخدم العلم وسأل كيف يستطيع أهل محلات المجوهرات للذهب أن يميزوا بين الذهب والنحاس
Penyebab kerugian dirinya terhadap yang demikian adalah ketika Allah telah menunjukkan padanya bongkahan itu, dia langsung berhukum bahawa ianya kuningan dengan sangkaan, tanpa menelitinya dan mengujinya dengan ilmu fisika, adakah ianya kuningan seperti sangkaannya ataupun ianya emas.
Akan tetapi musafir yang beruntung tadi, dia tidak mengikuti prasangkanya bahkan dia menggunakan ilmu pengetahuan, dan bertanya bagaimana tukang-tukang emas di toko-toko barang perhiasan emas dapat membezakan antara emas dan kuningan.
ومن ثم يقولون له إنهم يفحصوه بنطفة من حمض النيتريك فإذا فارت عليه فتأثر فهذا يعني أنه نحاس وإذا لم يتأثر فهذا يعني أنه ذهب ومن ثم ذهب الرجل وأخذ سائل حمض النيتريك أو الكبريتيك وذهب إلى الصخرة ليفحصها وتبين له أنها ذهب خالص عيار 24 ثم أغناه الله بها وتصدق في سبيل الله وأنفق وفاز بالدُنيا والآخرة وكان من الشاكرين
Keputusannya, para tukang emas itu memberitahunya bahawa mereka meneliti dan menguji dengan titisan asid nitrik, jika ia terjejas oleh asid nitrik dan meninggalkan kesan maka yang demikian menunjukkan ianya kuningan, dan sekiranya tidak terjejas oleh asid nitrik, maka yang demikian merupakan pertanda bahawa ia adalah emas.
Kemudian musafir itu pergi sambil membawa cairan asid nitrik atau asid sulfurik, lalu menuju ke bongkahan itu untuk memeriksanya, maka jelaslah baginya bahawa ia adalah emas murni 24 karat, maka Allah telah membuatnya kaya dengan penemuannya terhadap bongkahan itu, kemudian dia bersedekah di jalan Allah dan memberi nafkah, maka dia berjaya di dunia dan di akhirat, sedang dia termasuk hamba-hamba Allah yang bersyukur.
وكذلك الصخرة الإمام المهدي فإن كثيراً من الذين أعثرهم الله علي دعوته في الإنترنت العالمية في عصر الحوار من قبل الظهور يظنون أن ناصر محمد اليماني ليس إلا كمثل المهديين المُفترين بين الحين والآخر يظهر مهدي منتظر جديد ولكن الذين اتبعوا ناصر محمد اليماني قالوا إن الظن لا يغني من الحق شيئاً فلعله هو المهدي المنتظر فما يضيرنا أن نتدبر بياناته وسوف يتبين لنا الأمر من خلال بيانه وسلطان علمه
Seperti itulah bongkahan Imam Mahdi, di mana ramai di antara orang-orang yang Allah tuntun mereka menemukan seruan dakwahnya di jaringan internet antarabangsa di zaman hiwar sebelum tiba zaman kemunculan, mereka menyangka bahawa Nasser Mohammed Al-Yamani tidak lain tidak bukan, sama sahaja seperti mahdi-mahdi lain yang mengaku-ngaku dari zaman ke zaman, yang muncul sebagai mahdi muntazhar yang baru.
Namun begitu, para pengikut Nasser Mohammed Al-Yamani, mereka ini mengatakan "Sesungguhnya sangkaan itu tidak berguna sama sekali untuk mencapai Al-Haq. Mudah-mudahan dia adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, tidak ada salahnya kami membaca dan memikirkan keterangan-keterangannya, kerana kelak perkara itu akan jelas bagi kami melalui bayannya dan kemantapan ilmunya."
ومن ثم تدبروا وتفكروا في بيانات ناصر محمد اليماني فاقشعرت جلودهم فلانت ومن ثم خشعت قلوبهم ودمعت أعينهم مما عرفوا من الحق وعلموا أن ناصر محمد اليماني يدعو إلى الحق ويهدي إلى صراط مُستقيم ومن ثم اتبعوه ونصروه وأشدوا أزره فأشركهم الله في أمره وجعلهم من وزرائه على العالمين من بعد الظهور وفازوا بالدُنيا والآخرة برغم أنهم لم يكونوا يرجون جزاءا" ولا شكورا وإلى الله تُرجع الأمور يعلمُ خائنة الأعين وما تخفي الصدور وسلامُ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين )
Oleh itu mereka mentadabburi, memikirkan dan merenungkan keterangan-keterangan Nasser Mohammed Al-Yamani, maka keterangan-keterangan itu telah menggetarkan kulit mereka lalu menjadi tenang dan lembut.
Kemudian hati mereka menjadi khusyu' dan air mata mereka mengalir, disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui. Jadi yakinlah mereka bahawa Nasser Mohammed Al-Yamani menyeru kepada kebenaran, dan memberi petunjuk ke jalan yang lurus. Maka dari situlah mereka mengikutinya, membantunya, dan meneguhkan kekuatannya.
Dengan demikian Allah menyertakan mereka di dalam urusan Al-Mahdi dan menjadikan mereka sebagai para menterinya setelah zaman kemunculan, menyebabkan mereka berjaya dan beruntung di dunia dan di akhirat, walaupun mereka sebenarnya tidak menginginkan apa-apa balasan dan tidak pula mengharapkan ucapan terima kasih.
Hanya kepada Allah-lah kembalinya segala urusan, Dia-lah yang mengetahui mata yang khianat dan mengetahui apa yang disembunyikan dalam hati. Salam sejahtera tetap terlimpahkan ke atas para utusan, dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني
Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
sumber keterangan
https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=90620
sumber asal terjemahan
https://www.facebook.com/notes/%D9%9...46306032120607