الموضوع: Jawaban Imam Mahdi Kepada Orang-orang Yang Mencampur-adukkan Yang Haq Dengan Yang Batil Padahal Mereka Mengetahuinya..

النتائج 1 إلى 1 من 1
  1. Post Jawaban Imam Mahdi Kepada Orang-orang Yang Mencampur-adukkan Yang Haq Dengan Yang Batil Padahal Mereka Mengetahuinya..

    Jawaban Imam Mahdi Kepada Orang-orang Yang Mencampur-adukkan Yang Haq Dengan Yang Batil Padahal Mereka Mengetahuinya..


    اقتباس المشاركة 227480 من موضوع Balasan Yang Membungkam Lisan, Dengan Hujjah Bukti Ilmu Pengetahuan Terhadap Pencari Bukti, Yang Sebenarnya Dia Adalah Pencari Kebatilan..

    ردّ الإمام إلى الذين يلبسون الحقّ بالباطل وهم يعلمون..

    - 4 -


    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]

    Lihat postingan asal bayan


    الإمام ناصر محمد اليماني
    Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    06 - 08 - 1435 هـ
    04 - 06 - 2014 مـ
    06:05 صباحاً

    ـــــــــــــــ


    ردّ الإمام إلى الذين يلبسون الحقّ بالباطل وهم يعلمون..

    Jawaban Imam Mahdi Kepada Orang-orang Yang Mencampur-adukkan Yang Haq Dengan Yang Batil Padahal Mereka Mengetahuinya..


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله وآلهم الطيبين والتّابعين الحقَّ إلى يوم الدين، أمّا بعد..
    ويا معشر الذين يلبسون الحقّ بالباطل وهم يعلمون، يا من تعتقدون أنّ الله لم يكن شيئاً مذكوراً سبحانه وتعالى علواً كبيراً! شيء ليس كمثله شيء وهو السميع البصير.
    وما دام الله ليس شيئاً مذكوراً في عقيدتكم فهنا لا يحتاج إلى حجابٍ بينه وبين عباده، ولكننا نجد أن الله جعل بينه وبين عباده حجاباً ليحجب الرؤية عن أبصارهم حتى لا يهلك عباده، وقال الله تعالى:
    { وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلاَّ وَحْياً أَوْ مِن وَرَآءِ حِجَابٍ }
    صدق الله العظيم [الشورى:51].

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam ke atas para Nabi Allah dan RasulNya beserta ahli keluarga mereka yang baik, juga ke atas para pengikut kebenaran hingga Hari Pembalasan, amma ba’d..

    Wahai sekalian orang-orang yang mencampur-adukkan yang haq dengan yang batil padahal mereka mengetahuinya, wahai orang-orang yang beriktikad bahawa Allah bukanlah sesuatu yang dapat disebut, Maha Suci Dia dan Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Agung! SESUATU yang tidak ada sesuatu apapun menyerupaiNya, sedang Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyaksikan.

    Selama mana Allah itu bukan sesuatu yang dapat disebut dalam akidah kalian, maka di sini, tidak perlulah adanya hijab antara Dia dan hambaNya.

    Akan tetapi kita mendapati bahawa Allah SWT telah menjadikan hijab di antara Dia dan hamba-hambaNya, untuk menghalang penglihatan dari daya lihat mereka agar hamba-hambaNya tidak binasa.


    Allah SWT berfirman:

    Dan tidak ada bagi seorang manusiapun bahwa Allah berkata-kata dengan dia kecuali dengan perantaraan wahyu atau di sebalik hijab.
    Maha Benar Allah
    [Asy-Syura: 51]



    ونستنبط كذلك من هذه الآية المحكمة الوجود الذاتي لربّ العالمين ولذلك جعل بين المعبود والعبيد حجاباً فيكلمهم من ورائه، ألا ترى أنّ الحجاب أوجده الله ليحجب العبيد عن رؤية الربّ المعبود؟ ولكنك من الممترين من الذين يلبسون الحقَّ بالباطل وهم يعلمون.

    Kita dapat melakukan istinbath seperti yang demikian, mengenai wujudnya Dzat Tuhan Semesta Alam dari ayat-ayat Muhkamat ini. Sebab itu Dia menjadikan adanya hijab antara Yang Disembah dan yang menyembah, dengan berkata-kata kepada hambaNya dari sebalik hijab itu.

    Tidakkah engkau lihat bahawa hijab itu telah diwujudkan oleh Allah SWT untuk menghalang hambaNya dari melihat kepada Tuhan Yang Disembah
    ?

    Namun engkau ini dari kalangan orang-orang yang ragu, dari kalangan mereka yang mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan padahal mereka mengetahuinya.



    وأما الحرث، فسبقت فتوانا من قبل بالحقّ أنّ المرأة تسمى بالحرث كون الله جعلها حرثاً لذرية البشر، والبذور في صلب الرجل ولذلك قال [كان مني حرثك وعليّ بذرك]، ويا رجل ألم يقل الله تعالى: {نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ } صدق الله العظيم [البقرة:223]؟ أي حرث لذريتكم. فلماذا أنت مصرٌّ أن تلبس الحقَّ بالباطل؟ فوالله الذي لا إله غيره إنّك يا هذا إنّما تريد أن تصدَّ عن اتّباع الحقِّ بكل حيلةٍ ووسيلةٍ.

    Adapun Al-Harts,
    kami telah menyatakan sebelum ini dengan kebenaran bahawa wanita disebut sebagai Al-Harts, kerana Allah SWT telah menjadikan mereka sebagai ladang bagi zuriat keturunan manusia, dan benihnya pula ada pada sulbi lelaki, sebab itu Nabi SAW menyatakan

    [Ladang zuriatmu dariku dan benih keturunanmu dari Ali]


    Wahai pemuda, bukankah Allah SWT berfirman
    :
    Isteri-isterimu adalah [seperti] tanah tempat kamu bercocok-tanam
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]
    ?

    Yakni, ladang bagi zuriat kalian, lalu mengapa engkau tetap bertekad untuk mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan
    ?

    Maka demi Allah, Dzat yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya engkau wahai lelaki, hanya menginginkan untuk menghalang-halangi manusia dari mengikuti kebenaran dengan segala helah dan cara apapun.



    وكذلك أراكم تقولون: "إنّ علم ناصر اليماني قد قيل". ومن ثم نقيم عليكم الحجّة بالحقّ وأقول: إنما ابتعث الله الإمام المهدي ناصر محمد ليجعله حكماً بين المختلفين فيقول: يا فلان أنت على حقٍّ في المسألة الفلانيّة ولكنك على باطلٍ في المسألة الفلانيّة، والحقُّ فيها مع علماء مذهبٍ آخرَ ولكنهم على الباطل في العقيدة الفلانيّة، والعقيدة الحقّ مع علماء مذهب في طائفة أخرى. وهكذا... وليس شرطاً أن الإمام المهدي لا بدَّ أن ينطق بعلمٍ جديدٍ لم يقله أحدُ علماء الأمَّة. وسبقت فتوانا في بيانٍ أني لا أنتمي إلى القرآنيين، فحتى ولو وافقتُهم في مسألةٍ أو مسألتين فمن ثم تجدونني أخالفهم إلى الحقِّ في عشرة مسائل وأقول: إنّ الحقَّ فيها مع علماء مذهبٍ آخر. والمهم أن أستنبط الحكم من محكم كتاب الله القرآن العظيم ولا علم لي بكثيرٍ مما يقوله علماء مذاهبكم، وما أقمتُ عليكم الحجّة من كتيباتهم؛ بل أقمت عليكم الحجّة من محكم القرآن العظيم.
    ويا رجل، بل تَفرَّق الحقُّ هنا وهناك وتشتتَ إرباً إرباً بين المذاهب ونحن نجمعه ونفصِّله تفصيلاً من محكم القرآن العظيم، وأنسب فتواي إلى ربّي الذي أنزل القرآن العظيم، وأقول قال الله تعالى ولم أقل قال الغزالي ولا قال الشافعي؛ بل قال الله تعالى، فآتيكم بسلطان العلم من محكم القرآن العظيم. فماذا تريدون من بعد الحقِّ إلا الضلال البعيد؟

    Demikian juga aku dapati kalian mengatakan: “Sesungguhnya ilmu pengetahuan Naser Al-Yamani itu sudah pernah ada orang lain yang mengatakannya”
    .

    Untuk ini kami tegakkan hujjah terhadap kalian dengan kebenaran dan aku katakan: Allah SWT hanyalah mengutus Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed -pembela Muhammad- agar Allah SWT menjadikannya sebagai hakim di antara orang-orang yang berselisih dengan mengatakan:

    Wahai fulan, engkau benar dalam permasalahan sekian, namun engkau salah dalam permasalahan sekian, sedang kebenaran dalam permasalahan sekian ada bersama ulama mazhab yang lain, namun mereka salah dalam akidah sekian, dan akidah yang benar ada pada ulama mazhab kelompok yang lain.

    Jadi demikianlah… bukanlah suatu syarat bahawa Al-Imam Al-Mahdi itu tentu akan menyatakan ilmu pengetahuan baru, yang tidak pernah dinyatakan oleh seorangpun dari ulama umat.

    Kami telah menyatakan sebelum ini dalam sebuah bayan, bahawa aku tidak menyebelahi kelompok anti-hadits, bahkan sekalipun aku bersetuju dengan mereka pada sebuah permasalahan ataupun dua permasalahan, kerana kalian akan mendapati bahawa aku bercanggah dengan mereka pada kebenaran dalam sepuluh permasalahan dan aku katakan:

    Sesungguhnya kebenaran dalam permasalahan sekian, ada bersama ulama mazhab yang lain.

    Apa yang penting, aku melakukan istinbath hukum (mengeluarkan hukum keputusan) dari Muhkam Kitabullah Al-Qur’an yang agung, dan tidak ada bagiku ilmu pengetahuan terhadap kebanyakan dari fatwa-fatwa ulama mazhab kalian.

    Aku tidak menegakkan hujjah terhadap kalian dari kitab-kitab karangan mereka; namun aku menegakkan hujjah terhadap kalian dari Muhkam Al-Qur’an yang agung.

    Wahai lelaki, bahkan engkau memisah-misahkan kebenaran di sini dan di sana, engkau memecah-belahkannya menjadi bahagian-bahagian di antara mazhab-mazhab, padahal kami ini menyatukannya dan menjelaskannya dengan terperinci dari Muhkam Al-Qur’an yang agung, dengan merujuk dan menisbatkan fatwaku kepada Tuhanku yang menurunkan Al-Qur’an.

    Aku mengatakan Allah SWT berfirman, bukan mengatakan Imam Al-Ghazali berkata, ataupun berkata Imam Syafi’I menyatakan; Bahkan aku menyatakan Allah SWT berfirman, kemudian aku datangkan bukti ilmu pengetahuan dari Muhkam Al-Qur’an yang agung.

    Maka apa yang kalian inginkan setelah jelas nyata kebenaran, bukankah selain kebenaran itu merupakan kesesatan yang jauh
    ?



    ورجوت من ربّي أن يحكم بيني وبينكم بالحقِّ كما يحب ويرضى، يا من يُسَخِّرون وقتَهم ليصدوا عن الحقِّ صدوداً ألا تخشون ممن يعلم بما في أنفسكم فتحذروه؟ بل أراكم مُصرِّين على الصدِّ عن اتّباع الدعوة المهديّة، فمن ثم نردّ عليكم بالحقّ وأقول: يا معشر شياطين البشر ممن يظهرون الإيمان ويبطنون الكفر والمكر للصدِّ عن اتّباع الذِّكر، فلا تأمنوا مكر الله الواحد القهار، وإن شئتم دعوناكم للمباهلة فنجعل لعنة الله على الكاذبين، فقد أقمنا الحجّة عليكم و حواركم بلغ أكثر من سبعة وثلاثين صفحة ولا تزالون تُلبسون الحقّ بالباطل وتحرفون الكلم عن مواضعه المقصودة وأنتم تعلمون، ولا زال الحوار مستمراً حتى نختمه بالمباهلة بيني وبينكم فنبتهل فنجعل لعنة الله على الظالمين.

    Aku berharap pada Tuhanku untuk memutuskan di antaraku dan kalian dengan kebenaran sebagaimana yang Dia sukai dan redhai.

    Wahai orang yang menggunakan waktu mereka untuk menghalang-halangi manusia dari kebenaran dengan sekuat-kuatnya, tidakkah kalian takut dan gentar terhadap Dzat Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam diri kalian supaya kalian ingat dan waspada terhadapNya
    ?

    Akan tetapi aku lihat kalian bertegas untuk menghalang-halangi manusia dari mengikut seruan dakwah Al-Mahdi, untuk ini aku balas kalian dengan kebenaran, aku katakan:

    Wahai sekalian syaitan-syaitan manusia, dari kalangan orang-orang yang menampakkan keimanan dengan menyembunyikan keingkaran dan makar tipudaya untuk menghalangi manusia mengikuti Al-Qur’an, janganlah kalian merasa aman dari azab Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.

    sekiranya kalian mahu, kami akan panggil kalian untuk bermubahalah, lalu kita minta agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta, kerana kami telah menegakkan hujjah terhadap kalian sedang hiwar bersama kalian ini telah mencapai lebih dari tigapuluh tujuh halaman.

    Namun kalian tetap mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan, dan kalian mengubah perkataan dari tempatnya yang dimaksud padahal kalian mengetahuinya.

    Hiwar ini tetap berlanjut hingga kita tuntaskan ia dengan bermubahalah antaraku dan kalian, supaya kita mohon, agar laknat Allah itu tetap ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim.



    وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربِّ العالمين.

    Salam sejahtera ke atas para Rasul, segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam

    ــــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=145838

    https://albushra-islamia.net/showthread.php?p=147968

    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..

المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 26-06-2016, 01:59 AM
  2. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 28-06-2015, 06:46 PM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 27-06-2015, 01:43 AM
  4. مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 15-06-2015, 12:00 AM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-12-2014, 03:24 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •