>المصدر<

[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
Lihat postingan asal keterangan


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
19 - 11 - 1435 هـ
14 - 09 - 2014 مـ
01:37 صباحاً
ـــــــــــــــــــ



بيان الإمام المهدي للموقع المطلق لذات الله سبحانه الأكبر من ملكوته أجمعين، ورداً على السائلين في العالمين..

Bayan Imam Mahdi mengenai tempat yang mutlak bagi Dzat Allah Maha Suci Dia, Yang Maha Besar dari seluruh kerajaan alam malakut-Nya, sebagai jawaban untuk orang-orang yang bertanya dari seluruh dunia..


بسم الله الرحمن الرحيم والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله من الجنّ والإنس أجمعين من أولهم إلى خاتمهم محمد رسول الله بالقرآن العظيم رسالة الله الجامعة والشاملة إلى الثقلين وعلى من آمن منهم في كل زمانٍ ومكانٍ إلى يوم الدين، أما بعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh Nabi Allah dan Rasul-Nya, dari kalangan jinn dan manusia semuanya, dari yang pertama hingga ke penutup mereka Muhammad Rasulullah SAW dengan Al-Qur'an yang agung.

Sebuah Risalah Allah yang universal, lengkap dan menyeluruh untuk jinn dan manusia, juga ke atas orang-orang yang beriman kepada para Nabi Allah dan Rasul-Nya di setiap zaman dan tempat hingga Hari Pembalasan
amma ba'd..



ويا أيّها السائل عن مكان الله ربّ العالمين، فإنه في سماء الملكوت الأعلى، ألا وإنّ سماء الملكوت الأعلى هي سماء ملكوت الجنّة التي عرضها السموات والأرض. تصديقاً لقول الله تعالى:
{أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ ( 16 ) أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ ( 17 )}
صدق الله العظيم [الملك].

Wahai orang yang bertanya mengenai tempat Allah Tuhan Semesta Alam, bahawasanya tempat Allah adalah di langit kerajaan malakut yang tertinggi, ketahuilah bahawasanya langit kerajaan malakut yang tertinggi adalah langit kerajaan Syurga yang seluas langit dan bumi.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit, bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kalian, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?, (16)

atau apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit, bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana [akibat mendustakan] peringatan-Ku? (17)

Maha Benar Allah
[Al-Mulk]


فنستنبط من ذلك مكان الله المطلق خارج الملكوت، ويحيط بالملكوت أكبرُ شيءٍ خلقه الله وهي سدرة المنتهى التي تحيط بالملكوت كله، فما دونها خلق الله ومن وراءها خالق الملكوت سبحانه الله ربّ العالمين.

Dari yang demikian kami membuat kesimpulan (istinbath), bahawa tempat Allah yang mutlak adalah di luar kerajaan malakut-Nya, yang mana kerajaan malakut-Nya itu diliputi oleh sesuatu yang paling besar dari ciptaan Allah, ia adalah Sidratul Muntaha yang meliputi keseluruhan kerajaan malakut-Nya.

Segala sesuatu yang berada di bawah Sidratul Muntaha adalah makhluk ciptaan Allah, sedang dari sebaliknya adalah Al-Khaliq, Yang Maha Menciptakan kerajaan malakut-Nya Maha Suci Dia, Dia-lah Allah Tuhan Semesta Alam.



ألا وإنّ السدرة هي سقف ملكوت جنّات النّعيم، وهي نقطة انتهاء المعراج، وهي تحجب العبيد عن رؤية الربّ المعبود، وهي أكبر شيءٍ خلقه الله، وهي ذاتها عرش الربّ سبحانه، وهي أكبر من ملكوت الجنة التي عرضها كعرض السماوات والأرض لكون الله جعل سدرة المنتهى علامةً لوجود الجنة عندها برغم أنّ الجنة عرضها كعرض السماوات والأرض ولكن الجنة عند سدرة المنتهى لأن السدرة أكبر من الجنة. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ (1) مَا ضَلَّ صَاحِبُكُمْ وَمَا غَوَىٰ (2) وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ (3) إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَىٰ (4) عَلَّمَهُ شَدِيدُ الْقُوَىٰ (5) ذُو مِرَّةٍ فَاسْتَوَىٰ (6) وَهُوَ بِالْأُفُقِ الْأَعْلَىٰ (7) ثُمَّ دَنَا فَتَدَلَّىٰ (8) فَكَانَ قَابَ قَوْسَيْنِ أَوْ أَدْنَىٰ (9) فَأَوْحَىٰ إِلَىٰ عَبْدِهِ مَا أَوْحَىٰ (10) مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ (11) أَفَتُمَارُونَهُ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ (12) وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ (13) عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ (14) عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ (15) إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ (16) مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ (17) لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ (18)} صدق الله العظيم [النجم].

Ketahuilah bahawasanya Sidratul Muntaha adalah lelangit batas tertinggi bagi kerajaan malakut Syurga-syurga Kenikmatan, ianya adalah titik penghabisan bagi Mi'raj, ia menghijab hamba -Al-'Abid- dari menyaksikan Tuhan yang disembah -Al-Ma'bud-.

Sidratul Muntaha adalah sesuatu yang paling besar dari ciptaan Allah, dan sebenarnya ia adalah Arasy Tuhan Maha Suci Dia, Sidratul Muntaha lebih besar dari kerajaan malakut Syurga yang luasnya itu seluas langit dan bumi, kerana Allah telah menjadikan Sidratul Muntaha sebagai pertanda alamat bagi kewujudan Syurga di dekatnya.

Meskipun Syurga itu luasnya seluas langit dan bumi, namun Syurga itu berada di dekat Sidratul Muntaha kerana Sidratul Muntaha adalah lebih besar dari Syurga.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Demi bintang ketika terbenam, (1)

Kawanmu [Muhammad] tidak sesat dan tidak pula keliru, (2)

dan tiadalah yang diucapkannya itu [Al Qur’an] menurut kemauan hawa nafsunya. (3)

Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan [kepadanya], (4)

yang diajarkan kepadanya oleh [Jibril] yang sangat kuat, (5)

Yang mempunyai akal yang cerdas; dan [Jibril itu] menampakkan diri dengan rupa manusia biasa (6)

sedang dia berada di ufuk yang tinggi. (7)

Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, (8)

Maka jadilah dia dekat [pada Muhammad sejarak] dua ujung busur panah atau lebih dekat [lagi]. (9)

Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya [Muhammad] apa yang telah Allah wahyukan. (10)

Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. (11)

Maka apakah kamu [musyrikin Mekah] hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? (12)

Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu [dalam rupanya yang asli] pada waktu yang lain, (13)

[yaitu] di Sidratul Muntaha. (14)

Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal, (15)

[Muhammad melihat Jibril] ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (16)

Penglihatannya [Muhammad] tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak [pula] melampauinya. (17)

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda [kekuasaan] Tuhannya yang paling besar. (18)

Maha Benar Allah
[An-Najm]



فأمّا قول الله تعالى:
{وَلَقَدْ رَآهُ نَزْلَةً أُخْرَىٰ (13)}
فيقصد أنّ محمداً رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- شاهد جبريل عليه الصلاة والسلام نزلةً أخرى ولكن بصورته الملائكيّة كما خلقه الله وليس كما يراه من قبل بشراً سوياً.

Adapun firman Allah Ta'ala:

Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu [dalam rupanya yang asli] pada waktu yang lain, (13)

Maka yang dimaksudkan adalah Muhammad Rasulullah SAW menyaksikan Jibril AS pada waktu yang lain, namun dalam rupa bentuk malaikat sebagaimana Allah menciptakan Jibril pada asalnya, bukan sepertimana Nabi melihat Jibril sebelumnya dalam jelmaan seorang manusia.



وأما قول الله تعالى:
{عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ (14) عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ (15)}
وذلك حين وصلا إلى منتهى المعراج سدرة المنتهى فاستوى جبريل عليه الصلاة والسلام عائداً إلى صورته الملائكيّة فخرَّ لربه ساجداً، وفي هذا المكان شاهد محمدٌ رسول الله أخاه جبريل يستوي إلى مَلَكٍ عظيمٍ ذي أجنحةٍ يخرُّ لربه ساجداً.
فمعنى قوله { نَزْلَةً أُخْرَىٰ } أي بصورته الملائكية وليس بشراً سوياً كما يراه من قبل.

Adapun firman Allah Ta'ala:

[yaitu] di Sidratul Muntaha. (14) Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal, (15)

Maka demikian ini ketika sampai di pengakhiran Mi'raj di Sidratul Muntaha, lalu Jibril AS merubah bentuknya kembali ke bentuk asalnya rupa malaikat, kemudian dia menunduk untuk bersujud kepada Tuhannya.

Di tempat itulah Muhammad Rasulullah SAW melihat saudaranya Jibril AS, berubah rupa bentuknya menjadi rupa bentuk malaikat yang besar empunya sayap-sayap, tunduk merendahkan diri bersujud kepada Tuhannya.

Makna firman-Nya:

pada waktu yang lain

Yakni dengan rupa bentuknya yang asli sebagai malaikat, bukan dengan rupa bentuk jelmaannya sebagai manusia, sebagaimana Nabi SAW telah melihatnya sebelum ini.



وأما قول الله تعالى:
{عِندَ سِدْرَةِ الْمُنتَهَىٰ}
وتلك السدرة حجاب الربّ لكونها تحجب العبيد عن رؤية الربّ المعبود جهرةً. وأما وصف الله للسدرة بالمنتهى لكونها منتهى المعراج للعبيد وما وراءها الربّ المعبود.
وأما وصف الله لها بقوله تعالى
{عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ (15)}
وذلك لكي تعلموا عظيم حجمها وأنها أكبر من ملكوت الجنة التي عرضها السماوات والأرض، ولذلك قال الله تعالى:
{عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ (15)}
وذلك لأنها أكبر من الجنة ولذلك وصف الله موقع الجنة بالعلامة الأكبر من الجنة وهي السدرة فقال الله تعالى:
{عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ (15)}
صدق الله العظيم
أي عند السدرة لكونها العلامة الأكبر، فهل يصحّ أن يقال الجبل الفلاني عند بيت فلان؟ بل الصحيح أن نقول بيت فلانٍ عند الجبل الفلاني لكون الجبل هو أكبر من البيت ولذلك الجبل حتماً يكون علامةً دالةً على موقع البيت، وكذلك سدرة المنتهى الشجرة الكبرى جعلها الله علامةً لموقع الجنة التي عرضها السماوات والأرض، ورغم كبر حجم الجنة قال الله تعالى:
{عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ (15)}
صدق الله العظيم
لأن السدرة المباركة هي أكبر من الجنة.

Adapun firman Allah Ta'ala:

di dekat Sidratul Muntaha

Maka itulah As-Sidrah hijab Tuhan, kerana ianya menghijab hamba yang menyembah dari melihat secara langsung kepada Tuhan yang disembah.

Adapun Allah menyifatkan bagi As-Sidrah itu dengan Al-Muntaha (batas akhir) adalah disebabkan ianya merupakan batas terakhir Mi'raj untuk para hamba, sedang di sebalik Sidratul Muntaha itu adalah Tuhan yang disembah.

Adapun Allah menyifatkan baginya dengan firman-Nya:

Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal (15)

Maka demikian ini agar kalian tahu betapa besar dimensinya, bahawa ia lebih besar dari kerajaan malakut Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, kerana itu Allah berfirman:

Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal (15)

Yang demikian ini kerana Sidratul Muntaha itu lebih besar dari Syurga, sebab itu Allah menyifatkan tempat Syurga dengan pertanda alamat yang lebih besar dari Syurga, itulah As-Sidrah, firman Allah Ta'ala:

Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal (15)
Maha Benar Allah

Yakni, "di dekat Sidratul Muntaha", kerana ianya merupakan pertanda alamat yang terbesar, adakah benar seandainya dikatakan gunung fulan berada di dekat rumah fulan
?

Bahkan yang benar adalah sekiranya kita mengatakan rumah fulan berada di dekat gunung fulan, ini kerana gunung adalah lebih besar dari rumah, sebab itu gunung tentu sahaja menjadi pertanda alamat sebagai petunjuk keberadaan rumah itu.

Maka demikian juga Sidratul Muntaha, pohon besar yang Allah jadikan sebagai pertanda, alamat bagi tempat keberadaan Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, meskipun betapa besar dimensi Syurga itu namun Allah Ta'ala berfirman:

Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal (15)

Maha Benar Allah

Ini kerana Pohon Yang Diberkahi -Sidratul Muntaha- itu lebih besar dari Syurga.



وأما قول الله تعالى:
{إِذْ يَغْشَى السِّدْرَةَ مَا يَغْشَىٰ (16)}
أي ما يغشاها من نور ذات الله سبحانه نور السماوات والأرض.

Adapun firman Allah Ta'ala:

[Muhammad melihat Jibril] ketika Sidratul Muntaha diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. (16)

Yakni sesuatu yang meliputinya dari cahaya Dzat Allah Maha Suci Dia, cahaya langit dan bumi.


وأما قول الله تعالى:
{مَا زَاغَ الْبَصَرُ وَمَا طَغَىٰ (17) لَقَدْ رَأَىٰ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِ الْكُبْرَىٰ (18)}
صدق الله العظيم.
أي بصر محمدٍ رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- ما زاغ وما طغى بقول غير الحقّ الذي شاهد من آيات ربه الكبرى بالملكوت الأعلى، وأكبر ما شاهد بصرُه سدرةَ المنتهى من آيات ربه الكبرى، ألا وإنّ سدرة المنتهى حجاب الربّ أصلها ثابت وفرعها في السماء تؤتي أكلها كل حينٍ بإذن ربها، ألا وإنها لا شرقية ولا غربية لكونها تحيط بمشرق الملكوت ومغربه، وكذلك ذات الله سبحانه لا شرقيٌّ ولا غربيٌّ لكونه يحيط بالملكوت كله. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (115)}
صدق الله العظيم [البقرة].

Adapun firman Allah Ta'ala:

Penglihatannya [Muhammad] tidak berpaling dari yang dilihatnya itu dan tidak [pula] melampauinya. (17)

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda [kekuasaan] Tuhannya yang paling besar. (18)

Maha Benar Allah

Yakni penglihatan Muhammad Rasulullah SAW tidak berpaling dan tidak melampaui dengan ucapan selain kebenaran yang disaksikannya, dari tanda-tanda [kekuasaan] Tuhannya yang paling besar di kerajaan malakut tertinggi, perkara yang paling besar disaksikan oleh penglihatan Nabi SAW adalah Sidratul Muntaha, dari tanda-tanda [kekuasaan] Tuhannya yang paling besar.

Ketahuilah bahawasanya Sidratul Muntaha adalah hijab Tuhan yang akarnya teguh dan cabangnya ke langit, pohon yang memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya, ketahuilah bahawasanya pohon itu tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, kerana ianya meliputi timur dan barat kerajaan malakut-Nya.

Demikian juga Dzat Allah Maha Suci Dia yang tidak di timur dan tidak pula di barat, kerana Dzat Allah meliputi keseluruhan kerajaan malakut-Nya.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas [rahmat-Nya] lagi Maha Mengetahui. (115)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]



ألا وإنّ ذات الله المستوي على عرشه العظيم هو أكبر من عرشه العظيم وإنما العرش هو ذاته حجاب الربّ، وبما أنّ الحجاب هو أكبر من الملكوت كله ولذلك يحجب ما في الملكوت عن رؤية ربّ الملكوت سبحانه وتعالى علواً كبيراً!

Ketahuilah bahawasanya Dzat Allah yang bersemayam di Arsy-Nya yang agung, adalah lebih besar dari Arsy-Nya yang agung, sesungguhnya Arsy-Nya itu sebenarnya adalah hijab Tuhan.

Oleh kerana hijab itu lebih besar dari seluruh kerajaan malakut-Nya, maka sebab itulah ianya menghijab semua yang berada di kerajaan malakut dari menyaksikan Tuhan Yang Maha Menciptakan kerajaan malakut Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung
!



ويا أيّها السائل، لا تسعى معاجزاً بالسؤال فلن تعجز الإمام المهدي بإذن الله مهما سألت عن آيات الكتاب، ولكن لا تسعى معاجزاً بالأسئلة حتى لا تفتن نفسك وتفتن قوماً آخرين، لكون سبب ارتداد بعض أتباع الأنبياء إلى الكفر كثرة أسئلتهم لأنبياء الله فمن ثم يجيبون عليهم بالحقّ من عند الله فمن ثم يكفرون إلا من رحم ربي. تصديقاً لقول الله تعالى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِن تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ وَإِن تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللَّـهُ عَنْهَا ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ ﴿١٠١﴾قَدْ سَأَلَهَا قَوْمٌ مِّن قَبْلِكُمْ ثُمَّ أَصْبَحُوا بِهَا كَافِرِينَ ﴿١٠٢﴾} صدق الله العظيم [المائدة].

Wahai orang yang bertanya, jangan cuba jadi orang yang berusaha untuk melemahkan dan menentang kami dengan pertanyaan, kerana Al-Imam Al-Mahdi tidak akan lemah dari memberikan jawaban dengan izin Allah, meskipun kamu bertanya tentang tanda-tanda dan ayat-ayat Al-Qur'an.

Jangan jadi orang yang berusaha untuk menentang kami dengan soalan-soalan, supaya kamu tidak memfitnah dirimu sendiri dan orang-orang lain, kerana penyebab kembalinya kebanyakan pengikut para Nabi kepada kekafiran, adalah disebabkan mereka itu banyak bertanya kepada para Nabi Allah, setelah para Nabi menjawab mereka dengan kebenaran dari sisi Allah, lalu mereka mengingkarinya kecuali orang-orang yang dirahmati Tuhanku.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan [kepada Nabimu] hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, niscaya menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Qur’an itu sedang diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu. Allah mema’afkan [kamu] tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (101)

Sesungguhnya telah ada segolongan manusia sebelum kamu menanyakan hal-hal yang serupa itu [kepada Nabi mereka], kemudian mereka tidak percaya kepadanya. (102)

Maha Benar Allah
[Al-Ma'idah]



فكن من الشاكرين حبيبي في الله إذ قدّر الله وجودك في زمن بعث الإمام المهدي صاحب علم الكتاب الذي تجهلون قدره ولا تحيطون بسره وتحقرون من شأنه، وما كان لكم أن تصطفوا خليفة الله الإمام المهدي من دونه؛ بل الأمر لله يصطفي من يشاء ويختار. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَرَبُّكَ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ وَيَخْتَارُ مَا كَانَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ (68) وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ (69) وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (70)} صدق الله العظيم [القصص].

Maka jadilah kamu termasuk kalangan orang-orang yang bersyukur wahai kekasihku di Jalan Allah, yang mana Allah telah mentakdirkan kewujudanmu di zaman perutusan Al-Imam Al-Mahdi, pemilik ilmu pengetahuan Al-Qur'an yang kalian tidak tahu kadar kemampuannya, yang kalian tidak tahu rahasianya, yang kalian memandang rendah dan meremehkan urusannya.

Tiadalah kalian punya hak untuk memilih Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi selain dari-Nya; bahkan urusan itu milik Allah, Dia-lah yang memilih siapa yang dikehendaki-Nya sebagai pilihan-Nya.

Benarlah firman Allah Ta'ala:

Dan Tuhanmu menciptakan apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekali-kali tidak ada pilihan bagi mereka. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan [dengan Dia]. (68)

Dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyikan [dalam] dada mereka dan apa yang mereka nyatakan. (69)

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. (70)

Maha Benar Allah
[Al-Qasas]



فلا ينبغي لكم أن تصطفوا الأنبياء وأئمة الكتاب من دون الله؛ بل الله من يصطفيهم في أممهم بقدرٍ مقدورٍ في الكتاب المسطور فيزيد أئمة الكتاب عليكم بسطةً في العلم في حياتهم وبسطةً في الجسم من بعد موتهم فلا تكون أجسادهم من بعد موتهم جيفةً قذرةً ولا عظاماً نخرةً لتكون تلك آية أيضاً لكم من بعد موتهم حتى تتمسكوا بما تركوه لكم من العلم، أم تظن الإمام المهدي يبعثه الله وقد تتلمذ على أيدي علمائكم؟ هيهات هيهات!! إذاً فكيف يستطيع أن يحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون لو كان كما تزعمون قد تتلمذ على أيدي علمائكم! أفلا تتفكرون؟ ومن ذا الذي يقول أنه تولّى تعليم الإمام المهدي المنتظر ناصر محمد بعلوم الدين؟ وما عمري يوماً كنت طالب علمٍ عند أحد مشايخ المسلمين ولا رهبان النّصارى ولا أحبار اليهود؛ بل الله من اصطفاني وعلّمني البيان الحقّ للقرآن العظيم بوحي التفهيم بسلطان العلم من محكم القرآن العظيم وليس وسوسة شيطانٍ رجيمٍ بل بالتفهيم من الرب إلى القلب فيذكِّرني بسلطان العلم في محكم الكتاب القرآن العظيم، ولم يبعثني الله بوحيٍ جديدٍ؛ بل لنعلمكم بالبيان الحقّ للقرآن المجيد ونهدي الناس به إلى صراط العزيز الحميد.

Tidak layak buat kalian untuk memilih para Nabi dan pemimpin-pemimpin yang memimpin dengan petunjuk wahyu selain dari Allah; bahkan Allah-lah yang memilih mereka pada umat-umat mereka dengan ketetapan yang telah ditentukannya dalam Kitab yang tertulis.

Maka Allah menambahkan keluasan dan penguasaan dalam ilmu pengetahuan kepada para pemimpin itu yang melebihi kalian dalam kehidupan mereka, juga kekuatan dan keutuhan jasad mereka setelah mereka mati, kerana tiadalah jasad-jasad mereka itu menjadi mayat yang mereput dan tidak pula tulang belulang mereka hancur.

Supaya yang demikian itu juga menjadi pertanda untuk kalian setelah kematian mereka, agar kalian tetap berpegang teguh pada ajaran ilmu pengetahuan yang mereka tinggalkan untuk kalian.

Ataukah kamu mengira Al-Imam Al-Mahdi yang diutus Allah itu pernah jadi murid dan belajar dari para ulama kalian
?

Jauh.. jauh sekali
!!

Jika begitu, bagaimana pula Al-Mahdi mampu memberikan hukum keputusan di antara kalian pada perkara-perkara yang kalian perselisihkan, sekiranya dia seperti yang kalian duga telah pernah jadi murid dan belajar dengan ulama-ulama kalian
!

Mengapakah kalian tidak memikirkan
?

Siapa pula yang sanggup mengatakan bahawa dirinyalah yang bertanggungjawab dalam memberikan pelajaran kepada Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed dengan ilmu pengetahuan agama
?

Seumur hidupku tidak pernah sehari pun aku jadi penuntut ilmu di sisi para syaikh kaum muslimin, tidak pula para pendeta Nasrani ataupun para bishop Yahudi;

Namun Allah-lah yang memilihku dan mengajarku Bayan Yang Hak bagi Al-Qur'an yang agung melalui wahyu tafhim, dengan bukti ilmu pengetahuan dari Muhkam Al-Qur'an yang agung, bukan dari bisikan was-was syaitan yang direjam, namun dengan pemahaman yang datang dari Tuhan ke dalam hati.

Maka Allah memperingatkanku dengan bukti ilmu pengetahuan dalam Muhkam Al-Qur'an yang agung, Dia tidak mengutusku dengan wahyu baru; namun untuk mengajarkan kepada kalian Bayan Yang Hak -keterangan yang benar- bagi Al-Qur'an yang mulia, agar kami membimbing manusia dengan Al-Qur'an itu ke Jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.


وها قد وصل عمر الدعوة المهديّة العالميّة إلى مشارف نهاية العام العاشر وعلماء المسلمين لم يجيبوا دعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم لنحكم بينهم فيما كانوا فيه يختلفون في دينهم بحكم الله بالمنطق الحقّ، فاستنبط لهم من محكم كتاب الله القرآن العظيم حكم الله بينهم فيما كانوا فيه يختلفون في دينهم وليس بقول الظنّ الذي لا يغني من الحقّ شيئاً؛ بل نلجمكم بسلطان العلم إلجاماً إن كنتم مؤمنين بكتاب الله القرآن العظيم الذي اتخذتموه مهجوراً من التدبر في آياته، وما يذكر إلا أولو الألباب، فاتقوا الله وأجيبوا دعوة الاحتكام إلى الكتاب المحفوظ من التحريف رسالة الله الجامعة لكل الكتب فيه ذكركم وذكر من كان قبلكم وخبركم وخبر ما كان بعدكم رسالة الله إلى الثقلين إنسكم وجنكم، فاتقوا الله وأطيعوني لعلكم ترحمون.

Tempoh seruan dakwah antarabangsa Al-Mahdi telah mencapai penghujung akhir tahun yang kesepuluh, sedang para ulama kaum muslimin tidak menyahut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, supaya kami memberikan keputusan hukum di antara mereka pada perkara-perkara yang mereka perselisihkan dalam agama, dengan hukum keputusan Allah, dengan perkataan yang hak.

Maka kami keluarkan hukum keputusan untuk mereka dari Muhkam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, sebagai sebuah hukum keputusan antara mereka dalam perkara-perkara yang mereka perselisihkan dalam agama, bukan dengan perkataan dari persangkaan yang tidak berguna sama sekali buat menggapai kebenaran;

Bahkan kami bungkam lisan kalian dengan bukti ilmu pengetahuan dengan sebenar-benarnya, jika sekiranya kalian benar-benar beriman kepada Kitabullah Al-Qur'an yang agung, yang telah kalian jadikan ianya terabai tidak dipedulikan, untuk mentadabburi dengan merenungkan ayat-ayatnya.

Tiadalah yang dapat mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikiran mereka untuk memikirkan
(ayat-ayat Tuhan)

Maka bertakwalah kalian semua kepada Allah, merasa takutlah terhadap-Nya, sambutlah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an, Kitab Suci yang terpelihara dari sebarang perubahan, risalah Allah untuk sekalian manusia dan jinn, maka bertakwalah kalian kepada Allah dan taatlah kalian semua padaku mudah-mudahan kalian dirahmati.



ويا معشر الأنصار السابقين الأخيار لا تهنوا ولا تستكينوا من الدعوة إلى الله ونصرة خليفته، وتذكروا نعمة الله عليكم كيف ألّف بين قلوبكم فأصبحتم بنعمة الله إخواناً وخصوصاً عبيد النعيم الأعظم منكم صفوة البشريّة وخير البريّة؛ قوم يحبهم الله ويحبونه. وكونوا من الشاكرين وتذكروا هدفكم الذي تسعون لتحقيقه نعيم رضوان الله على عباده النّعيم الأكبر من نعيم جنته. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنَ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (72)} صدق الله العظيم [التوبة].

Wahai sekalian anshar pendahulu yang terbaik, janganlah kalian bersikap lemah, jangan kalian menyerah dari seruan dakwah kepada Allah dan membantu khalifah-Nya.

Ingatlah kalian semua akan nikmat Allah ke atas kalian, bagaimana Allah menyatukan di antara hati-hati kalian, sehingga dengan semata-mata kurniaan nikmat dari Allah-lah kalian menjadi orang-orang yang bersaudara, khususnya para pengabdi An-Na'eem Al-'Adzom di kalangan kalian, golongan manusia elit lagi terpilih dan merekalah sebaik-baik makhluk; kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah.

Maka jadilah kalian semua termasuk kalangan orang-orang yang bersyukur, ingatlah cita-cita dan tujuan kalian yang kalian usahakan untuk merealisasikan nikmat redha Allah atas hamba-hamba-Nya, itulah kenikmatan yang lebih besar dari nikmat Syurga.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mu’min lelaki dan perempuan, [akan mendapat] surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan [mendapat] tempat-tempat yang bagus di surga Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar. (72)
Maha Benar Allah
[At-Taubah]



واعلموا أن الله لا يرضى في نفسه حتى يُدخل عباده في رحمته فيرضى، ولن يرضى الله حتى يكون عباده شاكرين لكون الله يرضى لعباده الشكر ولا يرضى لهم الكفر، فنحن نسعى لتحقيق رضوان الله على عباده لنجعل الناس أمةً واحدةً على صراطٍ مستقيمٍ إلا من أبى رحمةَ الله من بعد ما تبين لهم أنه الحق، أولئك أشر الدواب في الكتاب حصب جهنم هم لها واردون. فما خطبكم يا معشر الأنصار ما إن انقضى رمضان إلا ووهنتم واستكنتم عن الدعوة إلى الله ونصرة خليفته إلا من رحم ربي من عبيد النعيم الأعظم؟ فهل تستعجلون العذاب للناس؟ إذاً فأين هدفكم، ألستم تريدون من الله أن يجعل الناس أمةً واحدةً على صراطٍ مستقيمٍ ليرضى؟ إذاً فلا تستعجلوا العذاب وتمنّوا من الله أن يعطيكم الفرصة لهداية أمتكم. ألا ترون أنهم كل يومٍ في تناقصٍ وأنصار الإمام المهدي كلّ يومٍ في تزايدٍ؟ حتى يتم الله بعبده نوره ولو كره المجرمون ظهوره.

Ketahuilah kalian semua bahawa Allah tidak redha dalam Diri-Nya, sehinggalah hamba-hamba-Nya dimasukkan ke dalam rahmat-Nya, barulah Dia meredhai mereka.

Allah tidak akan redha sehinggalah hamba-hamba-Nya menjadi orang-orang yang bersyukur, kerana Allah meredhai kesyukuran bagi hamba-hamba-Nya, dan Dia tidak meredhai kekufuran bagi mereka.

Maka kami berjuang untuk merealisasikan keredhaan Allah ke atas hamba-hamba-Nya, untuk menjadikan mereka sebagai satu umat yang berada di Jalan Yang Lurus.

Melainkan orang-orang yang enggan dan menolak rahmat Allah setelah jelas bagi mereka bahawa ianya benar, mereka itulah seburuk-buruk makhluk dalam Kitabullah, mereka adalah umpan Neraka Jahannam, mereka pasti masuk ke dalamnya.

Apa pula urusan dan kepentingan kalian wahai sekalian anshar, tiadalah berlalunya Ramadhan kecuali kalian pasti bersikap lemah dan menyerah dari seruan dakwah menuju Allah dan membantu khalifah-Nya, melainkan orang-orang yang dirahmati Tuhanku dari kalangan para pengabdi An-Na'eem Al-A'dzom
?

Adakah kalian mahu meminta supaya azab seksaan disegerakan bagi manusia
?

Jika begitu, ke mana perginya cita-cita dan tujuan kalian, bukankah kalian menginginkan dari Allah agar Dia menjadikan manusia sebagai satu umat yang berada di Jalan Yang Lurus supaya Dia meredhai mereka
?

Maka dari itu, janganlah kalian meminta azab seksaan itu disegerakan, berharaplah dari Allah agar Dia memberikan peluang dan kesempatan buat kalian untuk memberikan petunjuk kepada umat kalian.

Tidakkah kalian lihat bahawa mereka itu pada setiap harinya berkurang, sedang anshar Al-Imam Al-Mahdi pada setiap harinya bertambah
?

Demikianlah sehingga Allah menyempurnakan cahaya-Nya dengan hamba-Nya meskipun orang-orang yang berdosa tidak menyukai kemunculannya.


وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله رب العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Saudaramu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

ـــــــــــــــــــ

sumber:
https://albushra-islamia.net/showthread.php?t=19522