وسألَ سائلٌ فقال: أفتوني في قول الله تعالى { وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ }..
وأجاب الذي عنده عِلم الكتاب فقال:
Pertanyaan:
Fatwakan kepadaku tentang firman Allah Ta'ala:
Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian..
Jawaban Imam:
بسم الله الرحمن الرحيم
ويستمر الزوج في ظُلم زوجته الأُخرى ويظن هذه فتوى من الله أنه لن يستطيع أن يعدل ولو حرص! فاتقوا الله. إنما يتكلّم عن الحُبِّ وما جعل الله لرجلٍ من قلبين في جوفه، وهذا يعود إلى أسلوب الزوجة وفنّها في الزواج وحكمتها البالغة فلا تؤذيه حين خلوتها به؛ بل يجدها جنّةً راضية ودود تُحسن المُعاملة والعناق وليست جُماد، وكذلك لا تُعكر مزاج زوجها قبل أن يُجامعها إذا كان لها طلبٌ منه أو غير ذلك، فالحكيمة لا تُكلّم زوجها بطلبٍ أو بشيء قد يُعكّر مزاجه إلّا بعد أن تُسلّيه وتُريحه فتُبسطه لأنه إذا غضب عزفت نفسه فلا يُريد جماعها ولا مُداعبتها، فالحكيمة تؤجّل أيُّ شيءٍ تُريد أن تقوله لزوجها خصوصاً إذا كانت تخشى أن تُعكّر مزاجه فلن تقوله له إلّا بعد أن تُبسطه وتُريح نفسه وتكسب قلبه، فتلك امرأةٌ حكيمةٌ تفوز بقلب زوجها على زوجاته أجمعين.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sang suami akan terus-menerus dalam ketidakadilan terhadap isterinya yang lain, dia beranggapan bahawa fatwa dari Allah ini bermakna dia memang tidak akan dapat berbuat adil meskipun dia sangat ingin berbuat demikian! Bertakwalah kalian kepada Allah.
Sesungguhnya Allah menyatakan firman-Nya ini mengenai cinta, yang mana Allah sama sekali tidak menjadikan bagi seseorang itu ada dua buah hati dalam rongganya, dan ini kembali ke cara, gaya, seni dan tipe sang isteri dalam perkahwinan dan rumahtangga serta kebijaksanaannya yang matang.
Sang isteri tidak mengganggu dan menyakiti suaminya ketika mereka bersama; bahkan sang suami mendapati isterinya adalah syurga yang memuaskan, penuh kasih sayang yang membaikkan hubungan serta kemesraan suami isteri yang terpuji dan tidak kaku, begitu juga sang isteri tidak mengeruhkan suasana dan mood suaminya sebelum sang suami mendatanginya untuk mengadakan hubungan intim bersama, tatkala ada suatu permintaan sang isteri kepada suaminya atau selain itu.
Seorang isteri yang bijaksana tidak bicara pada suaminya dengan permintaan atau dengan sesuatu yang akan mengeruhkan suasana dan mood suami, melainkan setelah sang isteri bergurau senda menghiburkan suaminya dan membuatnya berasa tenang, selesa dan gembira, kerana tatkala sang suami dalam keadaan marah dan panas baran, dia akan menghindarkan dirinya mengabaikan sang isteri, dan dia tidak merasa ingin mengadakan hubungan intim bersama atau bermesra-mesraan dengan isterinya.
Seorang isteri yang bijaksana akan menangguhkan apa-apa perkara yang ingin dia katakan kepada suaminya, terutamanya ketika sang isteri merasa khuatir dan takut ianya akan mengeruhkan suasana dan mood suaminya, maka sang isteri tidak akan mengatakan perkara itu kepada suaminya kecuali setelah sang isteri membuat suaminya merasa tenang, selesa, gembira dan dapat memenangi hati suaminya, itulah wanita bijaksana yang berjaya mengungguli semua madunya dalam memenangi dan menawan hati sang suami.
ولن يستطيع أن يعدل الزوج بالحُبِّ ولكن الله جعل بينكم مودةً ورحمة وذلك حتى إذا فازت أحدهُنّ بالودّ وهو الحُب ثُمّ تفوز الأُخرى بالرحمة، والرحمة قد تشمل نسوته الأُخريات جميعاً. والرحمة درجةٌ ثانيةٌ بعد الحُبِّ، ولكن في الحُبِّ لن يستطيع أن يُحبَّ إلّا واحدةً، ولن يستطيع أن يعدل بالحُبِّ في قلبه فيقسمه بين اثنتين أبداً. وذلك هو المقصود من قول الله تعالى: { وَلَن تَسْتَطِيعُوا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ } صدق الله العظيم [النساء: 129]
Sang suami tidak akan mampu berlaku adil dengan cinta, akan tetapi Allah telah menjadikan rasa kasih dan sayang di antara kalian, demikian ini supaya ketika seorang dari isteri-isterinya telah berjaya mendapatkan cinta, maka isteri-isteri yang lain pula berjaya mendapatkan kasih sayang, kerana kasih sayang suami seringkali meliputi dan dapat dirasakan oleh semua isteri.
Kasih sayang adalah derajat kedua setelah cinta, namun dalam cinta, sang suami tidak akan mampu untuk benar-benar mencintai melainkan hanya untuk seorang isteri, dan dia tidak akan dapat berbuat adil dengan cinta dalam hatinya untuk dikongsi dan dibahagi dua selama-lamanya.
Demikianlah maksud dari firman Allah Ta'ala:
Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian..
Maha Benar Allah
[An-Nisa: 129]
فلا يجوز له أن يميل كُلّ الميل، فإن كان يُحب إحداهُنّ فإنه يستطيع أن يعدل بينهُنّ في الكيلة والليلة، فلا يؤتي التي يُحبها أكثر من زوجته الأُخرى فيظلم نفسه.
Tidak boleh bagi sang suami untuk terlalu cenderung, jika sekiranya dia mencintai seorang dari isteri-isterinya, kerana dia mampu untuk berbuat adil di antara isteri-isterinya dalam menafkahi mereka zahir dan batin, maka hendaklah sang suami tidak memberikan lebih banyak kepada isteri yang dicintainya melebihi isteri-isteri lain, lalu menyebabkannya berbuat tidak adil terhadap dirinya sendiri.
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله رَبّ العالمين..
خليفة الله الإمام المهديّ ناصر محمَّد اليماني.
Salam ke atas para Utusan dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Khalifah Allah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.
_______
sumber:
ردّ الإمام المهدي على فتوى المُحصنات التي أحل الله نكاحهن..
بيــان هــام وبُشرى للمؤمنين..
https://albushra-islamia.net/showthread.php?t=1815
Dan kalian sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kalian, walaupun kalian sangat ingin berbuat demikian..
اقتباس المشاركة 210907 من موضوع Ensiklopedia Soal Jawab Ringkas - Juz 1
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..